Tuesday, January 17, 2012

Busy... lagi

Asyik title yang sama kan....????? Tapi apa nak buat.. memang itulah hakikatnya.

Kesibukan tak le melampau sangat... tapi sebab monday pengetua dan PK Pentadbiran tak de di sekolah

Nak atau tidak terpaksa juga lah melayani segala perkara yang perlu.

Dari melayani telefon hinggalah ke perkara melibatkan ibu bapa dan pendaftaran masuk pelajar baru dan

perpindahan keluar  pelajar. Termasuk juga uurusan KWAPM yang masih tak selesai-selesai lagi.

Walau bagaimanapun.. sudah hari ke-4 saya beriadah pada waktu petang...


mengeluarkan peluh..hari pertama saya  berbasikal hingga ke sekolah.. buat lawatan lewat petang

hingga ke Pasar Oya, Rasa macam serik pula berbasikal hingga ke Pasar sebab semua orang tegur.

Saya berbasikal dengan siapa,,,, dengan my cousin Izal, Asan and Tah.

Then sekarang saya cuba berusaha untuk beriadah sebelah petang di kawasan rumah my auntie,...

Alhamdulillah... azam tahun ni ...?? nak kuruskan badan????? hahahahha tak da maknanya

Saya berazam untuk mengekalkan kesihatan badan saya... mengekalkan berat badan yang dah sedia terlebih

 10kg dari ideal weight.  Kalau dapat mengurangkan ke 5kg di penghujung tahun 2012.. kira bonuslah kan.

Anak sedara saya pun dah berlari bersama saya.. petang2. Dia bukan main lagi.. sehingga basah lecun satu

badan.... Tapi serius... memang rasa lebih sihat and lebih lena tidur. Tapi kan,,...............

Hari pertama beriadah.. Allah mak..... sakitnya kaki ketika malam hari. Rasa tak larat nak jalan. Teringat

kenangan lama di SMK Dalat, selepas lama tidak bersukan.. and kembali bersukan sebaik keluar dari UM...

saya sakit kaki seminggu. Seksanya .. hanya Allah saja yang tahu bila saya naik turun tangga, hahhahaha

alhamdulillah kali ni... tak delah teruk sangat. Setakat dua hari saja... Ahad petang saya dah boleh berlari dan

berjalan serta berbasikal seperti biasa.

Ohh... ya saya dah beli basikal baru yang murah.... warna merah....  Kawan saya kata saya ni obses dengan

merah. Purse Merah, kereta merah,... baju banyak warna merah... hahahahhaha

Tak pe.. yang penting saya happy.... saya dapat melupakan kan kepedihan walau seketika....




No comments:

Post a Comment

Halwa telinga