Saturday, January 14, 2012

Perlukah?

Terbaca status and comment yang agak negatif bagi saya di muka buku.

Feel really sad....  Betapa generasi lama guru-guru berusaha keras untuk mencapai matlamat

Tetapi guru yang baru setahun mmengajar boleh beranggapan bahawa murid yang ada tidak boleh

digilap kelebihan mereka.  Kalau dah tau murid tak mampu berubah... so lebih baik tak payah kerja

mrnjadi guru. Cari kerja lain saja.

Bagi saya meningkatkan prestasi sekolah, bukan bergantung kepada pandai atau tidaknya pelajar tetapi

usaha dan sikap dari semua pihak. Kita sedia maklum..kemampuan murid adalah berbeza.. tapi layakkah

kita untuk menidakkan hak murid sebelum kita berusaha  membantu mereka.. Renung dalam diri kita..

adakah terus berjaya menjadi guru atau menjawat apa jua pekerjaan tanpa ada usaha.. atau kita memang

dah tau memang kita akan jadi guru.

Teringat satu ketika dulu, apabila ada seorang guru baru melapor diri bertugas dan diminta menetapkan

sasaran untuk pelajarnya... dan disasarkan semua pelajar gagal... Bila saya minta dia fikir dan selidik dulu,

dengan selamba guru tersebut memberitahu saya, budak yang lemah memang dah confirm gagal buat apa nak

disasarkan lulus.

Panas akak dik.... SO..ppantas juga melancarkan serangan balas, kalau macam tu cikgu balik kampung aje,

sebab jadi guru pun tak de maknanya. Kerajaan hantar cikgu untuk membantu murid memperbaiki

kelemahan. Kalau dah tau mereka tak dapat dibantu buat apa nak tunggu lagi kat sekolah, Baik buat kerja

lain. Sebab tak de faedah pun kalau sekadar datang dan tak mampu mengubah apa2.

Rasa ingin membalas juga kata-kata guru yang bagi saya tak selayaknya menjadi guru. Sepatutnya kita

mampu melihat murid mana yang boleh dibantu, murid mana yang boleh diperbaiki dan murid mana yang

boleh  menjadi cemerlang. Kalau tak mampu meluluskan dalam semua mata pelajaran, at least murid tu masih

boleh lulus satu atau dua mata pelajaran.  Yang penting strategi yang kita gunakan.

Layakkah kita yang dibayar gaji untuk mempertikaikan kemampuan anak didik kita tanpa kita melakukan

apa-apa pun untuk membantu murid.

Mungkin mereka masih terlalu baru dalam dunia pendidikan,

mungkin juga mereka belum cukup matang untuk memahami amanah dan tanggungjawab yang dipikul

dengan gaji yang diterima pada penghujung bulan.

Mungin juga masih terlalu muda untuk memahami perjuangan seorang guru. dan pelbagai mungkin muncul

di minda.

Tapi terkadang rasa menyesal pulak menghalang seorang bapa dari berjumpa dia last tuesday. Biar dia

tau dimana harapan dan had yang ada pada seorang guru dan dimana hak dan batasan yang ada pada

seorang murid.

Tolonglah cikgu, fahamilah tugas kita  untuk melulus dan mencemerlang anak-anak didik kita, bukannya

menidakkan keupayaan mereka sebelum berusaha.

Rassa nak menangis bila ada guru yang bersikap dan amat negatif sebelum memulakan langkah...

dan terus menghukum sahaja ....

p/s   Luahan rasa dan kesedihan seorang guru terhadap sikap dan persepsi negatif rakan seperjuang yang baru setahun jagung dalam dunia pendidikan. Yang belum merasa kepuasan dan manisnya perasaan bila melihat kejayaan yang dinikmati oleh anak didik...


No comments:

Post a Comment

Halwa telinga