Saturday, September 24, 2011

Apa nak jadi agaknya?

Hari ini saya menghabiskan separuh hari di pejabat, berusaha menyemak buku-buku pelajar saya dan kerja-kerja yang terbengkalai.

Entah macam mana saya terjumpa satu surat yang perlu perhatian saya sebenarnya

Tapi oleh kerana pelajar yang ditunggu tak juga muncul.. saya jadi lupa.

Saya teringat pada pelajar ini,

Kurus kering orangnya, gelap mungkin kerana banyak berjemur..

Tapi mungkin itu perkara biasa bagi  orang kampung seperti kami..

Apa yang berlaku ke atas pelajar ini sebenarnya amat menyedihkan.

Tapi siapa yang harus disalahkan...???
Sudah sekian lama pelajar ini tidak bersekolah.
Apabila ibunya memohon untuk berhenti sekolah  bila mana tak tahan kerana sering dipanggil ke sekolah kerana salah laku displin anaknya.

Saya pernah bercerita dengan pelajar ini tentang kegiatan nya di luar.... mungkin tak tercapai dek akal saya..

bagaimana bijaknya anak ini mencari duit...

bagaimana petahnya dia bergaul dengan orang yang lebih dewasa...

bagaimana bijaknya komunikasi skillnya sehingga mampu membuat deal dengan orang yang lebih dewasa...

Apa yang dilakukannya di luar pagar sekolah...

Merokok...??? itu memang kebiasaan dalam hidupnya

Menghidu Gam...?? Juga perkara yang menjadi hobi..

Minum arak... ???? telah dilakukan sejak tahun 6 lagi.

Berjudi....??? wah... dia akui sebagai cara paling cepat nak dapat duit banyak.

Nasib baik bila saya tanya.. ada kacau anak darta orang.. dia kata .. dia tak berani..

Apa yang ditakutkan????  Takut kalau terlanjur susah nak berundur.

Bijakkan/.....???? walau usia baru 14 tahun... dia boleh membezakan mana yang boleh menghancurkan hidupnya paling cepat.

Walaupun aktiiviti lain ... sama aje bahayanya pun...

Ibu pelajar ini telah mengambil sijil berhenti dan sudah menghantar segala buku teks...

Pelajar ini adalah pelaajr yang miskin..

Bapa hanya balik 3 atau 4 bulan sekali (my father pun sama juga dulu. tapi alhamdulillah kami tetap jadi manusia)

Bapa datang berjumpa saya selepas cuti hari raya..

dan seperti biasa saya beri procedurnya... dan  ... pengetua kata terima saja pelajar ini kembali ke sekolah

So saya berpesan kepada Guru Kelasnya yang memang mengenali keluarga ini...

But till now..... bayang pun tak nampak budak ni ke sekolah.

Terfikir lagi... yang nak bersekolah adalah bapa... ke anak????

Mak dia memang dah tak nak dah uruskan hal anak dia.

So... bagaimana ya... nasib anak ini. Yang masih muda dan tenaga terlalu sedikit

untuk dikerahkan ......

Mengharap agar anak ini akan berubah dan mencari hala tuju sebenar hidupnya.

Moga dia takkan terjebak dalam perkara yang lebih teruk lagi...

Moga anak-anak didik yang lain tidak memusnahkan hidup dengan perkara negatif seperti ini...

Sedih rasanya,... bila anak bangsa semakin hanyut dalam benda yang memang sedia maklum merosakkan masa depan...

Tapi ... siapa yang harus disalahkan...???

Sekolah @ Ibu @ Bapa @ Masyarakat??????

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga