Monday, September 26, 2011

Airmata wanita

Dalam keadaan hati yang kurang tenteram….
Terbaca catatan dalam  diari mukminah tahun 2010 yang dihadiahkan oleh seorang teman..
Saya terasa rajin nak menaip kembali apa yang saya baca dalam diari muslimah tersebut
Tajuknya adalah “hargai airmata wanita”
Secara ringkasnya terdapat dialog dalam artikel tersebut
Anak      :  Mengapa engkau menangis?
Ibu         :  Kerana aku seorang wanita
Anak      :  Aku tidak mengerti
Ibu         :   Dan kau tak akan pernah mengerti (sambil memeluk anaknya erat)
Si anak berjumpa ayahnya pula
Anak      :  mengapa ibu suka menangis tanpa sebab?
Ayah      :  Semua wanita menangis tanpa sebab…
Anak tidak faham dan tidak mengerti… dan persoalan it terus menguasai mindanya hingga dewasa…
Akhirnya… jawapan yang ditemuinya adalah seorang wanita dijadikan Allah dengan penuh keistimewaan …
ü  Bahunya  cukup kuat untuk menopang dunia namun harus cukup lembut untuk memberi keselesaan
ü  Diberi Allah kekuatan  dari dalam sehingga mampu melahirkan anak dan menerima penolakan dari anak-anaknya
ü  Diberi kekerasan untuk membuatnya tetap tabah ketika orang lain menyerah dan mengasuh  keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh
ü  Kepekaan untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan bahkan ketika anaknya bersikap menyakitkan perasaan
ü  Kekuatan untuk menyokong suami dalam kegagalan dan melengkapi tulang rusuk suami untuk melindungi  hatinya
ü  Kebijaksanaan untuk mengetahui suami yang baik takkan pernah menyakiti hati isteri tetapi  kadang kala menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suami tanpa ragu
ü  Diberi airmata untuk dititiskan  dan digunakan bila-bila masa ia memerlukan.

Sebenarnya… secara jujurnya… saya tidak faham….
Tapi bagi saya.. airmata bagi saya boleh
v  Meredakan tekanan di jiwa
v  Meleraikan kekusutan hati
v  Memberi ketenangan dan kekuatan
Walaupun kadang kala… saya menganggap ia sebagai kelemahan seorang wanita
Tetapi… kelemahan itu… dalam masa yang sama menjadi senjata utama wanita…




No comments:

Post a Comment

Halwa telinga