Wednesday, February 2, 2011

The Great Wife Aisyah r.a (by Ahmad Salim Badawilan & Suzilawati Hassan)

Sejak akhir-akhir ini saya suka sekali membaca buku-buku berkaitan Aisyah r.a. Isteri Rasulullah yang tercinta. Memang sejak sekian lama saya mengkagumi segala macam yang berkaitan Aisyah. Saya akan membeli buku-buku berkaitan dengan Aisyah. Apa yang menariknya sebagai Aisyah r.a....
..... Sudah semestinya keistimewaannya sebagai isteri Rasulullah s.a.w
.......kebijaksanaannya dalam meneruskan ilmu yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w
........kecantikan dia sebagai wanita sehingga Rasulullah s.a.w memberi gelaran Humaira' kepadanya dek kerana indahnya wajah Aisyah r.a.
......... Kesabarannya menghadapi fitnah Kubra yang menimpa dirinya 
............Keberaniannya  mengikut Rasulullah ke medan perang.
..................Ketaatannya pada orang tua sehingga sanggup berkahwin dengan Rasulullah di usia yang muda
...........................Sifat tawadhuknya kepada Allah sehingga tidak ingin  diingati oleh orang 
.............................. Keunguulan peribadi Aisyah yang skar ditanding oleh sesiapa pun apatah lagi di zaman kita ini.

Itulah yang saya peroleh dari buku The Great Wiife  : Aisyah r.a terbitan Synergy Media. 

Buku ini telah tiga kali saya tamat menelaahnya. Terutama di saat  tidak mampu melaksanakan  tugasan yang diberikan. Saya mencari kekuatan dari perjuangan Aisyah sebagai  anak, isteri dan penyampai ilmu. Walaupun saya tidak bergelar isteri tetapi apa yang dilalui Aisyah dan cara Aisyah menangani dugaan yang menimpa amat saya kagumi. Aisyah, wanita yang  saya rasakan sabagai role model yang dilahirkan dan dididik oleh Rasulullah. Kita sepatutnya menjadikan dia sebagai contoh dan teladan utama.. Sebagai wanita yang berkerjaya... sebagai isteri.. dan juga sebagai seorang yang bujang (Rasulullah wafat ketika Aisyah  hanya berusia 18 tahun)

Malahan Aisyah  adalah manusia biasa yang Allah kurniakan dengan ketinggian dan keunggulan peribadi. Sebagai manusia dia ada perasaan... cemburu.. marah... sedih... menjadikan ia adalah contoh terbaik bagi seorang wanita.

Tapi.. saya sedar... iman saya terlalu lemah untuk  menandingi Aisyah. Tapi saya perlu berusaha untuk menjadikan Aisyah sebagai contoh terbaik untuk saya ikuti... dan menjadi panduan bagi saya daam menghadapi pancaroba dan dugaan hidup  di zaman ini....

Thanks Rasulullah s.a.w telah meninggalkan satu role model untuk umatmu contohi ddalam melalui perjalanan dan perantauan menuju dunia yang abadi.....



2 comments:

  1. Salam.Saya juga sedang mengkaji peribadi Aisyah r.a. Rasanya remaja skrg perlukan the right role model. Jadi mereka tidak mengambil artis atau selebriti mengisi kekosongan jiwa mereka. Jika ada perkongsian terutamanya rujukan-rujukan yang menarik dan berguna, kongsilah dengan saya. salam perkenalan. Saya bangga ada orang menjadikan saidatina Aisyah r.a sebagai role model. kerana mencintai s.Aisyah r.a bermaksud mencintai Rasulullah s.a.w. Saya nak cari buku ni jgk.trm kasih atas perkongsian. (^_^)aishah_ai@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Salam..... Thanks kerana sudi memberi comment anda and saam perkenalan. Actually banyak buku berkaitan Aisyah di pasaran. Saya ada terjumpa buku terbaru about Aisyah but belum berkesempatan untuk memilikinya lagi. Insya Allah.. kalau saya dah memiliki i will share it with u. Thanks

    ReplyDelete

Halwa telinga