Wednesday, June 23, 2010

When u buy,... u must know your objectives.........

Pelik aje tajuk hari ni...kan?  Apa kaitannya dengan kehidupan seharian. Banyak perkara yang saya lalui dalam kehidupan. Banyak pahit dan dalam masa yang sama yang manis pun tetap banyak juga, Kan Allah tu Maha Adil... Suka dan duka... pahit dan manis dijadikan sebagai warna dalam kita menjalani kehidupan. 
Bila menghadapi keadaan yang merunsingkan... saya mudah hilang sabar.. saya jadi mudah marah. Namun begitu saya masih dapat membezakan pada siapa yang perlu marah dan tegur. Dalam hidup  saya.. saya tak ramai kawan. Mungkin sebab saya  jenis yang kasar dan bila menegur saya selalunya berterus terang. Mungkin juga kerana airmuka saya memang garang. Sampaikan murid di sekolah takut untuk mendekati saya. So.. saya terfikir layakkah saya menjadi seorang guru. Seorang guru seharusnya seorang yang  lemah lembut... memahami dan mudah didekati.  Agak-agaknya kerjaya apa yang sesuai dengan diri saya. Sebab itulah saya letakan tajuk di atas.... sepatutnya saya selepas memilih  bidang ini.... Nampaknya saya tidak melihat secara objektif peranan seorang guru.. Tapi bagaimana saya nak merubah diri saya... Tentu janggal agaknya orang melihat kalau saya jadi orang yang lemah lembut....  Saya sendiri pun tak mampu membayangkan. Dan yang terbayang di kepala saya ialah... mesti orang kata...: "biar betul....  Ustazah ni okey ke?????"
Dalam hidup.... bila kita telah memiliki sesuatu..kita seharusnya menjadikan ia milik kita sepenuhnya. Tiada lagi dua tiga... dan perlu berusaha menjadi yang terbaik. Namun... saya tak mampu melakukan. Keadaan kerja saya yang agak kelam kabut  sejak dua menjak ni telah... menyebabkan saya mula berfikir kembali... Perlu kah saya menukar kerjaya saya.  Atau terus statik pada kedudukan masa kini. Senang cerita.. I am not very happy with my performance now. Kerja lambat disiapkan. Yang dah siap saya tak tau kat mana saya letak... keadaan bilik saya sama kucar-kacir dengan diri saya sendiri dan jua kehidupan saya.
Tapi... dalam masa yang sama... saya tidak boleh hanya memikirkan diri saya sendiri sahaja. Ibu... bapa.... adik2  dan siapa saja yang ada disisi saya ketika susah dan senang. Malah saya juga perlu juga fikirkan anak-anak murid saya,.. walaupun saya tak pandai mengajar... tetapi saya tetap mahu mereka berjaya.  Jadi... di mana harusnya titik noktah perjalanan saya di SMK Oya. Dan di mana seharusnya saya memulakan titik awal untuk sebuah penghijrahan...... Apa pun.. doa saya dalam melalui kehidupan ini.. Moga Allah sentiasa melindungi perjalanan ini... apa jua pilihan yang dibuat tidak tersasar dari landasan yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa" Ya Allah... mudah-mudahan Kau sentiasa permudahkan perjalanan ini...  Andai kau dikurniakan  kebahagiaan seperti orang lain... Kau kurniakanlah kebahagiaan  yang terbaik untuk hamba yang lemah ini.... Aminnn.........

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga