Friday, June 11, 2010

Kembali Ke Sekolah

Kembali ke sekolah ....  huhu.. Setelah berjuang untuk PTK konon-kononnya... saya mula ke sekolah untuk menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu. Walau apa  pun mood tengah tak de. Cuma membuat  beberapa perbincangan denga pengetua untuk beberapa perkara. Agak-agaknya pengetua mesti terfikir.. pasallah cikgu ni tak jumpa sekali gus dan bincang satu persatu setiap perkara yang perlu diselesaikan. hahahaha
Sebenarnya tak de apa yang nak diceritakan dalam bingkisan ni. Semalam saya menduduki PTK dengan harapan saya mendapat IV. Saya dah mencuba  dan sekarang saya berdoa' mudah-mudahan Allah murahkan rezeki saya... dan saya berjaya melepasinya. Sebab nilah paper terakhir saya untuk DG44. Lepas atau tidak tak de peluang untuk mengulang kembali kecuali tahun depan dibuat perubahan lagi dalam PTK ni. Bagaimana saya menjawab???? Entahlah... sebab saya dah rasa pening dan nak muntah bila tengok soalan. Saya habiskan tugasan saya iaitu menjawab soalan ini dalam masa 35 minit. Entahlah berserah kepada  yang Maha Esa menetukan rezeki saya seterusnya. Bukan apa... sejak minggu lepas saya sakit kepala.. Hari Isnin malam agak teruk sehingga saya tak boleh nak mengulangkaji. 
Hari selasa... saya membawa my father to hospital. Buat check berkala. Hari Rabu saya  menghabis masa untuk study.. walaupun kepala pun dah pening dan saya akhirnya tidur awal... sebab tak mampu nak menahan sakit kepala.
Hari khamis.... saya sakit perut senggugut....Aduhhhhhhhhhh.... So.. duduklah saya PTK dalam keadaan yang tak berapa nak sihat... buat i tried my best.
So..hari ni.. setelah beberapa maklumat yang saya perlukan ada ditangan... saya akan balik rumah dan bersedia untuk melaksanakan tugasan sekolah secepat mungkin. Insya Allah sebelum Isnin semuanya akan selesai dibuat. harap segalanya dipermudahkan Allah ...amin Ya Rabbal A''lamin

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga