Thursday, June 24, 2010

La Tahzan

Membaca cebisan-cebisan kisah dalam La Tahzan Gadisku... Menyingkap persoalan-persoalan yang sentiasa bermain di fikiran si gadis....
Memikirkan... apakah aku tergolong dalam golongan gadis-gadis itu?  Entahlah.. tak pa... saya bukan ingin  bercerita ttg La tahzan Gadisku....
La Tahzan Norhayati... that is the right topic  I think. Bukannya saya tahzan kerana saya masih single. Tapi saya Tahzan kerana saya selalu disalah anggap. Adakah setiap orang yang single selalu di anggap terdesak untuk mencari jodoh.  
Saya juga tahzan... dengan keadaan saya sendiri. Keadaan kerja saya yang saya rasakan semakin merosot. Ini mungkin sebab saya dah lama di SMK Oya kot. Tapi kalau nak transfer pun kemana arah perjalanan kaki ini seharusnya saya bawa.
Saya tahzan sebab saya masih belum berjaya memberi kesenangan kepada ibu bapa saya.. Tapi saya tetap tak lupakan tanggungjawab saya kepada mereka. Saya tahzan kerana ibu saya risaukan kehidupan saya... yang tiada berteman.. yang dunianya asyik dengan kerja atau menghadap benda alah laptop ni. 
Saya tahzan..kerana saya semakin hilang keyakinan untuk meneruskan hubungan saya... dengan insan yang mungkin masih saya sayangi. Saya merasakan seolah tiada penghujung atau penyudahnya. Tak nampak lagi di mana akhirnya hubungan yang dijalankan sejak 10  tahun lalu......... wahhhhhhhhhhh.... macam tak percaya saja.. dah lebih sepuluh tahun,,....
Yang pentingnya... saya tahzan kerana saya masih belum berjaya mencantikkan blog saya ni macam blog orang lain.... Aduhhhhhhhhhhhh.. ini yang menyebabkan saya tahzan. Saya dah cuba buat kat rumah... tapi line terlalu seperti siput bergerak.... warghhhhhhhhhhhhhhh. Sedihnya.... terlukanya.... dan kecewanya....
Walau apa pun... La tahzan ya Norhayati.  Hidup mesti sentiasa ceria dan senyum selalu.

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga