Saturday, August 25, 2012

24 Ogos 2012



Hari ini.. saya dapat tau ada orang dah menemui blog picisan ini... hhahahaha. Tak sangka yang amat boleh juga ditemui ya. Walau sebenarnya bingkisan ini hanya sekadar utk coretan peribadi dan hanya beberapa orang yang terappat dengan saya aje mengetahui. Yang pelawat-pelawat lain saya tak kenal.... Segan and malu.... sebenarnya. Tapi nak buat cam mana orang dah terjumpa kan.... Tak mungkin saya berhenti menulis di sini kerana perasaan malu dan segan itu... hahahahha
Walau apa pun.. thanks sebab sudi membaca coretan saya ni ya. Nampaknya bertambah sorang pembaca yang saya kenal inperson. Yang saya tak kenal.. saya tak kisah sangat... hehehehehehe.

Masa saya menaip karangan ini, dah 25 Ogos pun.. seharian saya mengadap my lappy... tak pasti apa  yang saya buat. Tapi yang pasti saya tak buat kerja sekolah pun.... Nak kata saya mengadap novel.. pun tidak jugak.... so.... apa saya buat... ntahlah... yang pasti hari ni.. saya buat laundry... pakaian saya, and my parent.... then mengemas bilik saya yang and ubah sikit kedudukan tempat saya bekerja ni....

Then.. masa saya tengah bersipa-siap nak mandi... my cousin datang. Wahhhhhhhhhhhhhh... it’s really long time not see her... dah ada 5 pun anak dia. Nadisah.. is one of cousin yang closed gila dengan saya. Especially masa bujang dia dulu. Selalu ke sana sini bila  berweekend di Sibu.  Last year saya ada singgah rumah bapak di Sibu...(bapak dia merangkap pakcik saya le) tapi dia kat rumah dia sendiri... so tak de kesempatan nak jumpa dia.... Dia nampak kurus, like it very much.. bila la pulak saya nak kurus macam tu... sekarang ni baru berjaya menurunkan ke 60kg.... lepas tu tak bergerak dan tak berganjak langsung..... hahahahha.. and dia punya comment untuk saya... wahhhhh.... cerah betul kau sekarang.... tapi... tak de lah cerah mana pun.. masih jugak kelabu asap macam dulu-dulu jugak. Tapi dia tak singgah lama sebab dah nak balik Sibu dah.  InsyaAllah ada kesempatan ke Sibu akan ke rumah dia and wanna try her chocholate cake... hehehehehe.

Lepas tu terus lah mengadap laptop dan menonton cerita korea and membaca blog-blog yang saya suka.... hehehehehe. Langsung tak de semangat nak buat kerja sekolah. Kertas soalan pun terus terbengkalai begitu saja. Insya Allah mesti siapkan esok hari and have to prepare bahan for the first week of schooling session after 1 week break for Hari Raya.. or i should aske the new teacher to build up the question.. kang... saya pulak tak puas hati... hehehehehe. Susah jugak kan... tyak pelah.. buat aje sendiri. Still have time for it. Lagipun saya dah berjaya mengkeyinkan markah percubaan dalam SAPS. So beban tugas tak le pening sangat sekarang ni.

Cuma beban perasaan masih sukar dikikis. Biarlah... yakin dengan apa yang dilakukan. Tak kisahlah orang nak buat cam mana pun kat kita kan... Macam tak biasa kan..... hehehehe.. and teruskan berkhidmat mengikut apa yang termampu dan berikan yang terbaik. Yang penting ganjaran dari Allah... sebagai bekalan hidup di alam yang abadi.

Ohh before terlupa... Thanks Sim for the cake from The Tupperware yang u bagi for my Hari Raya. And thanks Kertina, sebab pilih Tupperware pink and tinggalkan untuk saya orange Tupperware.





1 Syawal...... bersamaan 19.08.2012


Alhamdulillah hari ni dah hari kelima syawal. Rumah yang riuh rendah dah mula sunyi balik…. Waaaaa…
Tak suka sungguh bila menghadapi masa-masa seperti ini. Saya dah mula rindu balik pada my sisters and brothers serta anak-anak sedara.
Apa istimewanya raya ni?????

Nothing… macam raya-raya yang lepas juga. Kemeriahan agak berkurangan kerana  raya pertama dua-dua kakanda tak balik.

And… saya and my parents balik dari sibu petang 29 Ramadhan. U can imagine????? How’s kelam kabutnya saya membuat apa2 yang perlu.
Nasib baik ruang tamu dah dibersihkan dan langsir yang berwarna pink… (huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa) dah tergantung seminggu awal.

Menu kami di hari lebaran…
1.            Ayam masak merah
2.           Ayam kari
3.           Daging lembu kari
4.           Ayam rending
5.           Kuih-muih
6.           Biskut
7.           Kacang-kacang
8.           Steamboat.
9.           Jambu batu and anggur
10.        Lemang, ketupat and kelupis beras merah

Tahun ni kami buat steamboat (ntah macam mana ejaan…. Biar pi lah kan). Secara kebetulan saya membeli  kuali tefal yang tak melekat itu… hahahah
(hadiah untuk diri sendiri sebenarnya)… so boleh guna utk daging… so cepat sikitlah  and kami guna dua dapur kecil yang memang dah sedia ada di rumah.

Malas nak citer banyak…. Nanti line dah okey aku buat gambar kat sini...


Pengumuman.. Kampung saya dah ada WIFI kampong. Lepas ni nak cari reuters(betul ke nama benda ni?)  nak tarik line supaya lebih laju... and dengar khabar boleh guna start isnin ni.. SO petang isnin (27.08.2012) nanti nak  gi Mukah nak cari benda tulah.... atau ada yang nak sponsor?  Isnin pagi nak selidik dulu dengan pakar yang ada di sekolah,,... hehehehehe. Alhamdulillah





Sebelum Syawal




Ramadhan berlalu... Alhamdulillah target tercapai.. Walaupun ada rasa terkilan di hati... tapi terima keadaan seadanya. Pasrah, mungkin ia bukan rezeki saya, mungkin Allah tau apa yang terbaik untuk saya, sedih, pilu dan bermacam perasaan bercampur baur... but.. memang biasalah perasaan begitu everytime syawal menjelma.... lebih2 lagi... sekarang. But.... (biarlah rahsia...)
Kat sini tak nak citer pasal target-target ni.... minggu terakhir persekolahan sebelum raya adalah minggu meeting... huhuhu. Bermula meeting utk kem pengawas on Monday... diikuti staff meeting yang konon-kononnya.. PPD nak ikut serta tapi akhirnya tak ikut sebab kena fly to KL.. lega sikit...
Then.. rabu meeting kewangan pula. Hahahaha... penat betul every week kena meeting... but.. meeting HEM saya tak buat lagi ... nanti-nanti saya akan cari masa utk meeting HEM dan Lembaga DIsiplin sekolah....
Hari selasa pagi-pagi aku jumpa pengetua about cuti gentian yang diumumkan ptg semalam.... My Boss setuju... ambil utk Friday saja seperti perancangan awal.. memandanglan sukar utk mengubah jadual waktu and cikgu2 yang balik naik flight kebanyakan dah beli ticket on Friday..  Selamat.. tak perlu buat kelas gentian lagi.. sebab for Friday dah diganti on 11th August.
So Friday... seperti yang dijanjikan... saya ke Sibu with my parent... my sis and my niece..
Bermula dengan menghantar service kereta .. buat major service.... sebab lama nak tunggu kami dihantar ke Bandar and akan ambil keta petang nanti.... SO.. check in hotel semua and shopping tempat berdekatan aje sebab malas nak jalan. Sambil2 tunggu my brother. MY father pergi meneropong apa-apa yang perlu dibeli awal pagi esoknya.... and then tidur sampai petang sebelum ke Proton Edar semula nak ambil kereta....
MAsa nak bayar... baru sedar bag saya tertinggal kat hotel.. Nasib baik ada cash dalam handbag yang cukup utk buat pembayaran. Satu cerita pula nak ke hotel semula ambil purse..huhuhu untuk menyopping baju raya .. yang akhirnya ditemui di PEACE dekat GIANT... Dahlah nak ke GIANT tu dah sesat barat... tapi Alhamdulillah sampai ke hotel sebelum waktu berbuka... huhuhu. Nasib baik purse yang saya dapat percuma itu ada di hotel... So.. nekad utk dapatkan purse yang betul2 boleh dikatakan sebagai purse.. Yalah takkan nak tunggu orang bagi aje kan.... But who knows... bila dah rezeki.... hehehhehe. Alhamdulillah dapat apa yang saya nak.... and berpuas hati.
Sebelum balik keesokan harinya.. saya ke Pasar Sibu membeli ayam dan daging..and my mum pulak bei durian and terpaksa dicari jalan utk mengelakkan kemabukan on the way back....
Sampai rumah pun dah around 2pm and minta sapa2 yang berkenaan menyediakan peralatan utk masakan. Then my mum suruh ke Pasar utk membeli alas meja .. hahahaha bagai mendapat durian runtuh bila dapat arahan tu,... sebab tak de tudung lagi yang sesuai utk saya pakai.... so.. menyopping tudung and alas meja. Di Mukah... and balik just before berbuka ketika my big brothers dua2 dah sampai rumah.
Malam sekali lagi ke Mukah dgn anak sedara... tapi  tak ingat untuk apa...... Biasalah dah tua kan.. and bila2 masa akan dijemput Allah..... huhuhuhu
Raya.... macam biasa aje.... tak de apa yang menarik sebenarnya. Sebab saya tak ke mana2 and sekali lagi tidak bergerak ke rumah sedara mara baik sebelah mak or bapak. CUma pergi sebuah rumah aje...di Igan.,

Memang saya tak begitu gembira di hari raya... but I am try to make everyone happy especially my parents. Walaupun pocket kering lepas raya.. yang penting saya memenuhi kkehendak my parent.
Raya ni.. saya membeli TV baru sebab TV kat ruang tamu rosak and tV di bilik saya di bawa keluar..... alasan.... sebenarnya utk dapatkan TV yanf size lebih besar. Walaupun murah tapi habis juga duit saya. And beli gelang tangan untuk diri sendiri dan tambah sedikit utk mak beli gelang tangannya juga.  Yalah takkan asyik mak aje nak beli gelang tangan utk saya kan... sesekali saya beli juga sebagai hadiah utk diri sendiri. Nak harap orang bagi hadiah?????
Malas nak cari gambar so tengok tulisan ajelah... ya....



Sunday, August 12, 2012

Tempahan Kek raya.


Actually rasa malas nak buat kek raya tahun ni. And malas juga nak ambil tempahan...

So I buat senyap2 ajelah... but kesian pulak bila ada org siap tempah sebelum Ramadhan tiba lagi,,,

So... tabahkan hati kuatkan semangat....

Cuma tetapkan akan buat dua jenis kek saja iaitu.... Kek Idola and Chocolate Cheese layer cake...

Untukdiri sendiri... rasanya nak buat Kek Intan terpilih. It's yummy semakin lama ia disimpan dalam icebox...

But utk diri sendiri ... bila2 boleh buat kan....

I am done with 10 cake already....

But then tiba2 teringat sebiji lagi yang tak buat yang orang tempah... Aduhhhhhhhhhhh...

Bila lagi nak buat ni... Esok, Lusa dan tulat meeting hari2....

Kena berjaga malam lah macam ni..... Ingat nak bangun awal.. and buat apa yang sepatutnya

sebagai hamba kepada PenciptaNya... lebih2 lagi malam-malam terakhir Ramadhan ni.....

Moga di beri kekuatan mengadap yang Pencipta.. dengan penuh tawadhuk...

Tanpa perlu mengabaikan tuntutan duniawi......




Wednesday, August 8, 2012

Belajar buat cocholate............. Best.

Last saturday.. my dear sister.. Puan Pengetua.. balik berpuasa di rumah 27 Julai 2012.

Gambar yang tak tersusun....

MUla-mula lupa nak ambil gambar...

Bila dah mula masuk piping bag baru teringat... 

So inilah hasilnya




Bekas yang telah dilicinkan....








 Paling suka gambar ni and chocolate ni....


 Yang ni gambar hiasan semata


Malas nak citer banyak... kesimpulannya... buat chocolate ni tak delah susah mana


Dah berangan tak nak beli chocolate kan pasar dah,.,

Tapi masalah nya.............

Penyakit Malas... mengatasi  segalanya.

The eight of us....



Miss the moment that everyone at home............

But it's really hard to get back the time.. the sweetiest time......

So... kepada adik saya yang belum berkahwin.... sila kahwin cepat-cepat


Supaya everyone have very strong reason to be at hme at the same time..............




Tuesday, August 7, 2012

2 Ramadhan yang lalu....


Alhamdulillah 2 Ramadhan hari ni. Aktiviti hujung minggu diisi dengan jadual yang telah saya susun dalam minda saya. Semalam telah susun dengan cantik jadual waktu saya. Dengan diiringi bacaan Al-Quran, saya mengemas bilik saya seawal subuh.. di saat rumah saya sunyi sepi. Semua  orang masih lagi lena dibuai mimpi selepas bersahur dan solat subuh. Alhamdulillah… matlamat pertama hari ni selesai.
Petang teringin nak ke Pasar Ramadhan.. tapi kemalasan menguasai diri… akhirnya, segalanya tinggal harapan. Tak keluar pun di hari pertama Ramadhan. Kagum sekejap sebab tak berbelanja pada 1 Ramadhan dengan juadah yang pelbagai.
Hari ni tak pasti le….  Setelah menyiapkan tugasan utk latihan anak-anak esok hari and beberapa persiapan sekolah… tergerak hati nak mengisi ink printer.. Oh. Tidak… dua btl. Ink telah tumpah. Arghhhhhhhhhhhhhh…….. tension. Tak de kerja cari kerja . Habis semua kotor tangan, lantai dan kerusi… sampai ke lengan dimusnahkan. Huhuhu…Punah harapan rasanya tika tu… yalah kan… tgh nak print bahan, ink habis… dalam keadaan malas nak keluar… and driving… ink pula tak de….. Keadaan yang cukup tidak saya sukai.

Yang bestnya... esok hari nya isnin.... baru saya perasan.. tapak kaki habis merah..... so... saya pergi ke sekolah dengan tapak yang berwarna merah. Macam hiasan pulak dah... hahhaha

Sebenarnya entry dah lama saya type ... masa hari ke tiga Ramadhan dah,... tapi saya terlupa untuk mempublishkan kat sini. Hari ni dah masuk hari ke 18 Ramadhan. Betapa ketinggalannya peristiwa bersejarah ini untuk dipaparkan. ENtah kenapa mood untuk menype di sini seolah-olah malap. Sedangkan target masih jauh lagi nak capai..... hahahahahha... Berangan ada target konon dalam berblog. Tapi blog sekadar mengisi masa and melepaskan kebosanan dan keboringan di hati. Heheheheheh

Okey jumpa lagi.... rajin-rajin nanti saya akan kembali.






Saturday, July 28, 2012

Hari ke-8 Ramadhan..

Assalamualaikum... dan selamat pagi,

Lama sungguh rasanya tak jenguk ke sini..... Last updated on 3rd July... and hari ni dah 28th July... busy kononnya...

But sebenarnya, tak le busy mana pun... cuma keadaan hati dan perasaan yang selalu kucar-kacir ke belakang ni.

Tak tau... sejak dua menjak dah melepasi angka 40... terasa teramat sensitif pula.  Sabar ajelahkan....

Nasib baik bulan Ramadhan. 

Saya cuba mengambil kesempatan untuk melaksanakan apa yang termampu masa Ramadhan ni. Kalau tak buat rasa rugi pulak. Walau hati dan perasaaan tengah kucar-kacir, apa yang patut dilakukan mesti dilaksanakan...

Sekarang ni saya jarang online masa di rumah. That why... saya tak punya masa untuk menjengah.. apa lagi menaip entry2 baru di sini. Walaupun banyak aktiviti dan peristiwa yang dilalui.   

Saya lebih banyak habiskan masa utk buat and menaip soalan ulangkaji berfocus for my student. So... saya rasa that can help them to study.... Kalau nak study sekali harung memang agak sukar rasanya untuk mereka.. so that the approach yang saya ambil ... alhamdulillah ada perubahan. Memang mula2 hari tu.. result tak menyenangkan hati sangat... tapi dah masuk yang ketiga semua dah melebihi 50% betul malah ada yang dah 90% and above. So.. I can smile... walaupun bahagian B tak pasti lagi. 

Tapi... bila mereka belajar bahagian A.. secara automatik bahagian B pun covered jugakkan... ALah tajuk yang sama.. tak adalah membebankan sangat, Cuma... perlu di asah cara menjawab dan how to get full marks for every single question aje.  Cehhhhhhhhhhhhhhh....... cakap macam pakar aje. But.. I cuma guna pengalaman yang ada aje... to help them. Mengajar memang saya tak terror. Marah orang itu kepakaran saya.

Okeylah,,.. nak sambung buat kerja.. nanti lapang2 saya update lagi. Insya Allah bila keadaan dah stabil... saya akan kembali mengaktifkan diri mencatat perjalanan hidup yang tak ada yang menariknya di sini. 

Semoga puasa kita dan amalan kita mendapat redha Illahi dan mendapat ganjaran sebagaimana yang dijanjikanNya... amin.



Halwa telinga