Friday, December 4, 2009

Menikmati ayam goreng KFC

Snack Plate and nasi ayam KFC menu makan tengahari saya and nana hari ni. Nana belanja saya di KFC. Hingga menjilat jari. Inilah baki yang tinggal selepas kami ratahnya. Perut taklah lapar sangat sebenarnya sebab kami dah menghabiskan satu tin buah laici sebelum berangkat ke Mukah. tapi nak juga makan. So chezzy wedges yang tinggal tiga ketul tu nana kena habiskan




sebenarnya saja je na lepaskan perasaan.... malangnya sebelah petang aku kena ke pejabat PPD Mukah lagi untuk uruskan pasal duit majlis-majlis kebesaran islam 2009. Ada masalah tapi saya pass kan kepada kerani kewangan dan biarkan dia uruskan selepas ni. Balik sekolah tanya .. dia kata okey dah.... Malas nak fikir banyak tentang duit tersebut biar mereka uruskan peringkat mereka di sana. Saya dah tolong uruskan kerja orang lain pun dah okeylah tu.
Last night saya ke rumah pengetua..... Offer diri pada chief clerk untuk ambil tandatangan boss... ssebenarnya ada tujuan lain jugak..hehehehe.... saya nak minta boss sahkan salinan dokumen peribadi untuk kegunaan diri sendiri juga sebenarnya...heheheh... sambil menyelam minum air.. orang tua kata.
Alhamdulillah... boss cool saja dan dokumen yang saya perlukan pun dah ready semuanya... tunggu masa untuk digunakan saja lagi.... Thanks Boss.

Thursday, December 3, 2009

Buku-buku saya

ALhamdulillah.. hari cuti berlalu dengan aman damai. Saya ke sekolah setiap hari. Mulai minggu depan saya mula menjalankan tugasan di luar kawasan sekolah dan kampung. Saya akan berangkat ke kuching on 8th December 2009. Akan kembali semula paling awal 21 December 2009.
Semalam saya mengemas bilik... sampai ke sudah my friend tak percaya yang saya mampu mengangkat icebox seorang diri dan memasukkan ke dalam kereta kancilku.... malamnya saya bawa pulak washing mechine ( yang ini.. my youngest sister helped me di tengah malam.




Disini adalah novel-novel ku yang mencecah 300 naskhah. Aku adalah makhluk paling kejam dan kedekut untuk meminjamkan novel-novelku pada orang lain.

Ini pula kartun ipin dan ipin yang aku tak pernah tonton sebelum ni. aku dengan ilmu yang langsung tak ada... take photo from TV..hehehehehe

Thursday, November 26, 2009

Kenangan Silam Kes You Tube......



Menanti kehadiran KPPM.... tak larat nak berdiri..... sedih sungguh



Melihat gambar ni teringat kisah lama..... hanya yang tau keadaan sahaja memahami kenapa situasi ini berlaku..... huhuhu. Kawan datang tidak dilayan. Semua perkara terpaksa dipastikan okey.... dan yang paling dahsyatnya hanya beberapa bulan selepas itu baru dokumen tu diperlukan... dan yang paling malang sekali... kerana peristiwa hitam 12 March 2009 itu telah membawa saya menjadi Ketua Warden.. di SMK Oya. Nak menangis atau tidak masa tu... tak tau... Nak tolak tak mampu nak terima pun sakit diri sendiri. Tapi yang pasti ia adalah pengalaman paling berharga buat saya sebagai pengalaman hidup dan pengalaman yang menjadikan saya lebih berhati-hati dalam menjalankan kerja. Cuma yang pastinya..... sakit hati pada yang menguploadkan ke You Tube belum lagi terubat... walau apa pun thanks.. sebab ia telah mendewasakan saya dan menjadikan saya lebih berpengalaman dan lebih berani... chewaah....



Mesyuarat lembaga disiplin sampai 730pm. Muka serius... dan tension... sampai nana tertidur kepenatan...

Terima kasih untuk semua yang begitu memahami keadaan saya masa tu. Thanks mak, bapak, jay and family yang sentiasa bersedia mendengar luahan hati. Tapi... saya akan ingat kata-kata cikgu Piel... my pengetua (pada masa tu)... sebaik saja telah selesai jamuan and ketika kami ke rumah nya.... "Ustazah.... pentingnya ada seseorang yang boleh berkongsi segala derita dan kesedihan kita. Kejayaan seseorang itu perlu ada sokongan dari belakang...."

Mana lah saya nak carikan... Cikgu Piel... selalu buat saya terkedu.. walaupun biasanya... mulut cepat aje nak jawab kata2 orang.

Tuesday, November 24, 2009

angau ke?

You are taken your time,
Patiently waiting an watching for that special
someone who'd be just right for u.
You have a lot of love to give,
You knew what are you wanted in life
and no way would you settle for anything but the best.
Now it's wonderful to see u so happy with some one
with whom you feel at home,
and it's exciting to imagine your dreams coming true
for you in the days ahead.
What a good feeling
it must be for you
to know that all along
Your "little voice" was right,
and what a joy it is for me
to feel that you've found the kind of love you deserves.
This is what you believed in, what you waited for .....
and it's so worth the wait!

Alza (Produa)



Purple.... not my favourite colour....

Wow....kereta baru yang ingin dimiliki konon2nya. Tak le mewah.. cukup utk kesenangan saya dan my parent bergerak ke mana2. Saya dah berkira2 cukup ke gaji saya nak tanggung kos dua kereta. InsyaAllah next year kereta kancil ku akan habis bayara,... so... kalau beli kereta baru ni..agak2nya macam mana ya. Sesuai ke untuk saya.... atau.....???
Saya masih belum buat keputusan lagi... tunggulah pengumuman penting untuk tahun 2010... I am eyeing for it

Boring....?

hari ni... selepas selesai menyelia murid spm.. saya mula membawa kereta saya yang comel itu meredah hujan yang sesekali lebat dan sesekali reda ke bandar mukah. Msi utama adalah renew insuuran dan road tax mootorsikal my father. Kali pertama saya mengurus sendiri.... hahaha... tiga kali saya tawaf bandar mukah yang comel itu. Hampir sejam berpusing-pusing mencari tempat memaksa saya berhenti KFC mengisi perut yang lapar. Bila saya merayau seorang diri jarang saya makan di kedai makanan biiasa.. hanya kfc dan sugar bun yang jadi pilihan.. bukan apa... tak de lah suara2 sumbang menegur dan bertanya soalan cepumas bila nampak saya sendirian. Perasan le.... macam le ramai sangat yang kenal...hahaha. Menyambung pengembaraan saya meredah hujan yang seolah2 nak bermanja..... rasa buntu... singgah sebentar ke kedai tempat saya menempah sejadah untuk surau sekolah.. lepas tu beli barangan rumah..... malangnya bila saya sampai rumah... baru saya perasan yang sabun masih banyak lagi... dan tak mungkin akan habis till december. huhhu.. tapi tak pa.. ia bukan barang mudah rosak.
Selepas itu saya meneruskan misi yang tergendala. Singgah di satu kedai yang pernah saya temankan my auntie.... terkejut dengar bayarannya RM137.++. Yang bestnya pekerja kat kedai insuran tu cadangkan saya ke kedai lain yang menurutnya lebih murah. and suruh saya check dulu takut bossnya tau.. yang dia bagi cadangan yang merugikan syarikat tpt dia bekerja.... hahahahaha.. tapi.. saya amat berterima kasih pada dia.. memang murah. berbanding dgn tpt tadi. Hahahaahaha
Malam.. aku ke Pantai untuk mencari makanan sebab perut kelaparan... terjumpa... orang yang menyokong kata2 yang menyumpah seranah aku... tapi order makanan and then duduk bersama mereka... bercerita dan bergurau seolah2 aku tak tau betapa buruknya mereka mengata aku..... hahahahaha.... Aku tak tau apa mereka punya perasaan... biarlah,,,,....
Dendam takkan membawa ke mana... so biarlah ia begitu selagi tak mengganggu aku. Sesungguhnya ALlah pemberi ketenangan kepada kita... andai kita tidak lupa mengingatiNya. Ya ..Allah lindungilah aku dari apa jua bentuk kesusAhan dan kepayahan...AMIN

Boring/....?

Friday, November 20, 2009

Tahniah...Ona

Semalam keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan semalam. Dan anak saudara saya HUSNA NAJIHAH BIN ISA@DANIAL memperolehi 5A dalam peperiksaan tersebut. Semalam juga selepas mendapat sms dari Ona, saya menjanjikan sehingga masa saya ke Kuching nanti untuk membeli hadiah untuknya. Tak taulah apa yang saya nak bagi untuk dia.. may be books... as usual..kot. nantilah sampai di Kuching akan difikirkan bentuk hadiahnya,,,... anyway.. CONGRATULATION.. MY DEAR.

Halwa telinga