Thursday, June 16, 2011

Good Morning

Saya memulakan pagi seperti biasa.. tapi hari ni saya terlewat  bangun. 530 baru terdaya nak bangun walaupun dah sedar awal.

Teramat letih rasanya. Sejak akhir-akhir ini jadual tak begitu menentu.. tu yang jadi begini... agaknya lah,

Datang ke sekolah dengan badan yang rasa macam tak sihat. Tapi diteruskan jugalah dengan semangat yang ada.

Walaupun kepala berdenyut... tapi mesti diteruskan langkah kaki......

Yang penting esok saya ke kuching.......................... Yeahaaaaaaaaaaaaaa


Tuesday, June 14, 2011

Rasa nak marah...

Title tak hengat hahahahhahaha.... But that what am i felt before. dan rasanya esok bila saya mengadap sistem tu semula saya akan rasa nak marah semula. Bukan saya nak marah pada sistem tapi kepada orang yang sukar menerima arahan yang diberikan.

Memang saya terpaksa bekerja keras membetulkan beberapa kesilapan yang dibuat and data yang tidak lengkap.

Terkadang terdetikdi hati biar saja data tu macam tu... tapi bila dah waras sikit.. tak sampai hati pula rasanya. sebab yang jadi mangsa adalah anak2 murid bukan orang yang saya rasa nak marah. So,, be profesional dear..... hahahhahahahahaha

Tapi pada siapa saya nak marah kan.... marah sorang diri ajelah....  hahahahhaha. Muka balik rumah semacam aje. Nasib baik saya tak de suami... Kalau tak mesti suami lari tengok muka saya balik ke rumah hari ni.

Entah apa-apa yang saya  type kat sini.............. ookey,.. stop dulu........



Thursday, June 9, 2011

Kehidupan

Dalam kehidupan tak semua yang kita impikan akan tertunai.
dalam kehidupan bukan semua yang kita lalui indah belaka
dalam kehidupan selalunya ada suka dan ada duka
dalam kehidupan sering dihiasi dengan tangis dan jua tawa
Dalam kehidupan pelbagai bentuk dan corak yang kita temui

memang sukar untuk mencorak kehidupan mengikut kata hati
Memang sukar untuk mewarna kehidupan mengikut warna pilhan hati

Tapi.... itulah kehidupan...
hendak atau tidak
Suka atau benci
wajib dilalui....

dengan tabah.. tenang....
dengan senyum....
walau selalunya hati ingin menagis...

Tapi... tak salah andai kita menangis
kerana itu juga warna kehidupan...

percaya..lah....
Setiap apa yang kita lalui..
suka atau duka..
semuanya warna kehidupan yang mendewasakan kita
... yang mematangkan kita
... yang menjadikan kita  lebih bijak mencaturnya

Jadi....
Jangan mudah berputus asa...
Jangan mudah rasa kecewa....
dan jangan takut untuk menghadapi apa saja dugaan

Yakin diri....
Apa saja halangan..... dilalui dengan penuh kekuatan
Apa saja celaan.... ditempuhi penuh kebijaksanaan.

Pasti.... segalanya... akan
.... menjadikan kehidupan menjadi lebih indah
.... menjadikan kehidupan menjadi pelbagai warna
... menjadikan kehidupan tidak sekadar kosong semata.






Noms! #EatonVietThai serving Thai delicacies at mouth watering prices (RM34). #MilkADeal

Noms! #EatonVietThai serving Thai delicacies at mouth watering prices (RM34). #MilkADeal

entah apa benda kat atas ni kan.. nak tau.. sila clickkan.... hehehhehe

Noms! #EatonVietThai serving Thai delicacies at mouth watering prices (RM34). #MilkADeal

Noms! #EatonVietThai serving Thai delicacies at mouth watering prices (RM34). #MilkADeal

Boring

BEGINILAH ... HOW AM I FEELING NOW

I AM REALLY ANGRY....

I feel that i want to hit somebody


I feel like a valcano (macamlah boleh bertukar jadi valcanokan !!!!)



Terasa keluar asap dari telinga..



After that,,.. perasaan ini pula yang hadir dalam diri saya


saya merasakan saya keseorangan ketika bersedih..

REALLY FEEL ALONE IN THIS WORLD.. I HAVE NOBODY THAT CAN SHARE MY FEELING NOW....  


but... I am still keep smiling.. as if nothing happen...


I will smile with a beautiful smile (even i am not beautiful at all)
But.. i hope that i can smile like this...


and make everyone around me smiling....

Wednesday, June 8, 2011

Answer Scripts

Kertas jawapan pelajar form five velum habis semak walau satu kertas pun. Rasa tak bermaya aje nak habiskan semakan kali ni. Nasib baik paper tingkatan tiga saya dah selesaikan. Mood saya.,.... nak menyemak kali ni... memang tunggang langgang

sebabnya... cara menjawab amat-amat tidak memuaskan hati saya, So.. buka sekolah ni sebaik menghabiskan dua tajuk lagi... kerja keras untuk membetulkan kesilapan dan memantapkan ingatan student saya terhadap fakta dan cara menjawab yang membolehkan mereka mendapat markah penuh. Bukan sekadar menjawab tanpa memberi impak yang baik pada  keputusan SPM mereka nanti.

Tahun 2011.. rasany agak berat bagi saya... tapi saya belum berputus asa. Cuma satu perbezaan yang ketara pada saya tahun ini adalah... mood menyemak saya jatuh merundum... teramat teruk sejak saya tidak mengajar kelas-kelas yang lemah.

Apa sudah jadi..... i have to raise up my spirit.... Make sure..keputusan tahun ini lebih baik dari tahun lepas... Kalau tahun lepas 34/39 dapat A. Tahun sepatutnya 36/40. yakin bolehkan ati......

and untuk SPM mesti dapat yang lebih baik.. tahun lepas dapat 22/35 dapat A... tahun ni mesti dapat 27/30. Mampu ke Ati....................

walau apa pun...... usaha dulu... selepas keluar result baru boleh berputus asa kalau tak tercapai....


Ingin memiliki keyakinan seperti semut.....


Ingin senyum semanis ini..... hehehhehe... so cute (yang pastinya kalau saya senyum sure tak le secute ini)


Walau terkadang saya jadi segarang dan seteruk ini....


Tapi... apayang saya mahukan adalah yang terbaik dari pelajar saya....


bILA KEPUTUSAN KELUAR MEREKA AKAN SENYUM SECANTIK SENYUMAN WANITA INI.

bIARLAH..... untuk saya tak ada apa-apa .. cuma satu kepuasan dalam kerjaya.....

Moga anak-anak didik ini akan terus berpegang kepada ajaran islam... dan memberi saham  untuk bekalan buat saya ke akhirat kelak.

Kenapa saya berkata seperti di atas..

Sebab hadith Rasulullah ada menyebut bahawa.. apabila terpisah nyawa dari badan.. maka terputuslah manusia dari perkara dunia kecuali tiga perkara  :
a.  Doa' anak yang soleh
b.  Amal Jariah
c.  Ilmu yang dimanfaatkkan...

So faham sendirikan kenapa saya perlu memberi didikan yang terbaik kepada anak2 didik... Saya hanya mengharap mereka untuk kehidupan saya di alam kubur nanti........ Insya Allah.



Hehehehhehehe



Monday, June 6, 2011

Without title

Sudah agak lama  ruangan ini dibiarkan sepi tanpa ada cerita baru @ apa-apa pengisian dari tuan rumah. Banyak cerita sebenarnya.. tapi tak leh lagi nak dimasukkan ke sini sebab.... bukan ada masalah pun. Penyakil Mim Alif lam Sin.... amat-amat kronik. Masa saya dihujung minggu.... sebelah pagi saya menghaadiri majlis2 kenduri kahwin kawan2. Sebelah petang saya habiskan dengan novel....
Saya dah menamatkan cerita terbaru tulisan Fauziah Ashari

Bisik-bisik gelora... Best.... seperti biasa.... cerita mesti lain dari yang lain

Buku ini saya tamatkan bacaan saya dala masa dua hari ditolak dengan  waktu saya pergi kenduri kahwin orang lah.. and tolak masa tidur saya around 2 pagi.... memang marvelouse..... beli dan bacalah...

Inilah kulit depannya..... saya mengikuti hampir semua buku tulisan Fauziah Ashari seperti mana buku-buku tulisan kak Norhayati Berahim jugaa..

Buku-buku Fauziah Ashari yang saya miliki adalah...

Ombak rindu.... buku kedua hasil olahan FA yang menarik hati dan membuat saya terus  jatuh hati pada tulisan beliau...

Pergilah sepi... novel ni sebenarnya belum memikat hati saya untuk mengikuti tulisan FA yang seterusnya

Masih lagi about Izzah dan Hariz

Yang ni... saya tak ingat about apa (Cik Mastura and masmary.. boleh ingatkan saya agaknya yea...... heheheh)


Yang ni abaout Izzah dan hariz jugak

Rasanya inilah antara novel2  FA yang saya miliki...  .. saya sentiasa looking for her next novel.. Sebab cerita dia sentiasa meruntun hati dan menemukan kita dengan konflik yang berlainan.





Halwa telinga