Tuesday, November 9, 2010

Menangis Dalam Hati

Entahlah. Apa perasaan saya masa ni. Hanya Allah yang tau. Saya bergembira.. ketawa .. bergurau.. tapi dalam hati rasa risau yang teramat. Saya masih menunnggu perkhabaran. Rasa lambat sangat perkhabaran itu untuk sampai pada saya. 

Entah cam mana agaknya dia sekarang ni? Rasa bersalah kerana saya syak dia yang bukan2. Sekarang entahlah... harap-harap Allah menyelamatkannya. Ingat lagi... sebulan yang lalu.. dia kata " Rasa berdebar aje nak turun ke laut kali ni " mungkin itu petandanya.  Ya Allah................. pada-Mu aku berserah. Selamatkanlah dia dari bala yang Kau turunkan. Berikan saya peluang untuk berjumpa dia lagi Ya Allah............ Berikan peluang untuk kami yang Ya Allah..


Monday, November 8, 2010

La Tahzan..............

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

1. Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada anaknya Siti Fatimah.

2. Berdoa - Mohonlah kepada Allah s.w.t. Ingatlah, doa adalah senjata bagi orang mukmin.

3. Sibukan Diri dengan Sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran dan pelbagai bahan bacaan. Libatkan diri dengan aktiviti usrah,kemasyarakatan dan sebagainya.

4. Luahkan Perasaan - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya, menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.

5. Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

My Room.....

Hujung minggu ni... saya mengecat bilik satu bahagian sajalah. Sekarang yang berwarna biru sudah berwarna hijau... buktinya.......
 Tada.................. dah jadi hijau.. Ni masih dalam proses mengecat.. sekarang dah siap sepenuhnya. 

Cat yang saya gunakan untuk bilik saya. Seumur hidup saya tak pernah membeli cat. inilah kali pertamanya. Terpinga-pinga jugaklah saya bila cina tu  tanya nak cat jenis apa.... dan macam2lagi. Padan muka... tapi pengalaman.. nanti saya boleh kata saya pernah membeli cat...... dan tau aa macam2 jenis cat rupanya...

 Ini cat dan berus yang digunakan.... jenuh jugaklah rasanya... nak mengecat. Lastly malamnya sampai kat ruang dapur pun saya cat guna warna yang ni jugak. 
...........
...........................
.......................................
......................................................

Benda baru dalam bilik saya... hahaha (Gambar semua tak dirotatekan)
 Tempat menggantung tudung. Memang sesuai.. untuk orang yang malas,.. dapatmengurangkan kapasiti dalam almari pakaian.. and hanger2 kecil kebanyakkannya dah dinyah keluarkan

 Rak buku saya yang baru......  Rasa macam nak beli satu lagi.....
(Gambar nipun tak dirotatekan lagi)

Saja nak menunjukk... sebab tak de benda lain yang nak dituliskan kat sini...huhuhuhu

Quiches Loirance.. dah jadi dah

Inilah hasilnya saya bangun 4.30pagi. Biasanua 450 pagi baru bangun nak gi kerja hari ni saya dah bangun awal2 dah seperti yang dijanjikan ... Ta daaaaaaaaaaaaaa

Rasanya...okey lah......................

Sunday, November 7, 2010

Entah untuk apa entah

Saya dah letak dua benda yang saya tak tau untuk apa. Saya tengok kat blog orang lain ada saya pun letak juga lah benda alah tu. Utk apa...... tak pelah... biar dia kat situ. Apa yang saya maksudkan adalah Nuffnang and Churpchurp....

Harap-harap menjadi

Inilah resepi yang yang ingin saya cuba hari ni.... Harap-harap menjadi.

QUICHES LORRAINE

CRUST    250 gm Plain Flour
                A pinch of Salt
                125 gm Butter
                1 no        Egg Yolk
                50 ml      Iced Water

  • Tepung, garam dan mentega ramas sebati
  • Buat lubang di tengah
  • Masukkan kuning telur + iced water, campurkan sebati.
(Gunakan jari)
                menjadi doh
  • bungkuskan dengan plastic, rehatkan selama 30 minit dalam chiller

Garnish  1 no Onion
                4 pcs  chicken meat
                20 gm oil
                100 gm Cheddar cheese

  • Panaskan minyak, masukkan bawang wangi
  • Masukkan chicken meat / beef (ikut suka nak yang mana satu) masak. Biarkan.
  • Cheddar Cheese diparut.

Egg Custard          250 gm Milk (Full Cream)
                                250gm Double Cream/ Reduced Dream/Nestle Cream
                                2 nos Egg Yolk
                                2 nos whole eggs
                                Salt, pepper, nutmeg & cayenne pepper

  • Campurkan semua bahan, pukul hingga sebati

*** Keluarkan doh selepas 30 minit. Canaikan & masukkan dalam acuan.
Masukkan adunan inti dan taburkan Cheddar Cheese yang telah diparut,     tuangkan egg custard. Bakar menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit / sehingga masak menggunakan suhu 180ยบC


Kalau menjadi adalah gambarnya di sini esok... hahahaha

Thursday, November 4, 2010

Macam mana ya?

Awal pagi ni saya melihat ada miss called dari kawan yang bertugas di IPG Tun Abdul Razak.  Peluang kali kedua diberikan untuk saya mengubah gaya hidup. Perasan... my friend told me that pihak IPG membuka peluang seluas-luasnya untuk berhijrah ke IPG bagi guru-guru (terutamanya yang ada master in education). Kebetulan pula pensyarah untuk Pendidikan Islam amat diperlukan sekarang ni.
Bila saya  check email.. saya dapati sudah ada  borang permohonan dan panduan mengisi  borang dihantar pada saya. Saya tak tau... apa yang perlu saya pilih. Tapi ... rasanya saya akan isi saja dulu... apa-apa keputusannya akan saya fikirkan kemudian.....
Sayang nak tinggal mak bapak saya dan nak tinggalkan bilik saya... yang luas itu. Dah rasa bagaimana hidup di KL ... berdikari. Cukuplah kan. Rasanya suasana akan berbeza berbanding dengan d IPG. Kalau ditimbang-timbangkan okey jugak sebab dekat je..and di Kuching pun ada adik-beradik yang boleh access dengan cepat ke Kota Samarahan.

Tengoklah nanti... macam mana...kesudahannya. Tapi rasanya .. saya akan memohon. Tapi nak dapatkan tandatangan pengetua tu adalah masalahnya. Gen... mungkinkah benar yang kamekk katakan... kamek akan move out from SMK Oya. hehehehehhe.

Wednesday, November 3, 2010

mistery al-fatihah

Saya dapat bende ni dalam FB …. Saja je.. nak letak sini untuk panduan dari masa ke semasa.
AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selaluAL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepaskan rasa sakit dalamanAL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mentalAL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluanAL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala.Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masaAL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintuSUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADAALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWARYANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAHBuatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut:Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib. Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).

AWET MUDA (dalaman dan luaran)Zikir BacaYa Badiyah -1 kaliYa Nur - 1 kaliYa Hadi - 1 kaliYa Allah – 3 kaliBaca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.Ayat Al-Waqiah (ayat 35,36,37,38)Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman

Halwa telinga