Monday, October 10, 2011

Sunday…. How am I make use my time…

Ahad… seperti biasa…. Saya selalu keboringan di rumah.
Apatah lagi hari ahad saya tidak seperti selalu, saya hanya duduk terperap di rumah.
Namun akur dengan kehendak dan keadaan.
Ini masanya saya berkhidmat kepada orang tua… Alhamdulillah… Allah memberi peluang
Untuk saya merasainya. Memang tidak dinafikan… kadang timbul perasaan kecil hati, bila mana apa yang kita lakukan tidak memuaskan hati orang tua,.. Kadang rasa nak marah balik bila kena marah atas sesuatu yang tidak masuk akal… Kadang rasa.. nak lari saja bila terasa apa yang dilakukan tidak memberi makna….
Alhamdulillah… Allah masih memberi kekuatan kepada saya untuk terus melayan mak dengan baik.
 Saya berusaha sedaya upaya untuk menggembirakan hatinya. Saya berusaha memastikan di hujung minggu, saya luangkan masa dengan mak..  Saya tiada lagi aktiviti luar bersama rakan. Dan saya juga tidak menghadiri beberapa mesyuarat persatuan yang saya jadi AJK kerana tidak sampai hati meninggalkan mak saya di rumah di hujung minggu begini. Apatah lagi weekdays.. biasanya waktu balik saya dari sekolah adalah apabila jarum menunjukkan angka 5.
Hari ini saya rancangkan untuk membuat kek… bagi mengisi masa di hujung minggu.. dan kek itu saya kirimkan buat rakan saya di Kuala Terengganu atas jasanya memberi bahan-bahan Pengajian Am untuk digunakan oleh my friends. Alhamdulillah.. cake nan sebiji itu berjaya direalisasikan… Insya Allah esok akan terbanglah ia ke Kuala Terengganu… Moga hari selasa @ rabu akan tiba ke tangan  sahabat saya  di sana…
Saya juga menghabiskan masa dengan menelaah novel remaja (mode perasan muda) Coklat Penyet…. Hasil karya Norhayati Berahim… Novel itu sebenarnya saya belikan untuk anak saudara saya yang meningkat remaja HUSNA NAJIHAH BINTI ISA@DANIAL. Kira okeylah… Chiknya membaca dahulu.
Yang pelik bin ajaibnya… saya langsung tidak merasa hendak membuat kerja sekolah. Sedangkan saya tau saya ada skema jawapan yang perlu saya siapkan… OHHHHHHHHHHH…. Apa dah jadi kepada diri ini.????
Selain dari skema jawapan… ada juga dokumen yang perlu disettlekan. Itu tugas yang baru diberi pengetua last Friday. Tugasan bersama PK Tingkatan Enam dan juga KB Bahasa. Tapi at least saya dah ada draft untuk tugasan tersebut. Kalau My boss kata okey.. maka bermulalah tugasan tambahan kami tahun ini. Insya Allah dalam masa beberapa hari…. Kami boleh siapkannya….
Saya juga menggunakan peluang hari ahad ini untuk menonton kembali siri-siri New Gisaeng Story…. Saya tak jemu melihat kecantikan dan kelembutan watak Dan Sa Ran dalam drama ini. Ohhh… ini adalah  Drama Korea yang telah tamat saya tonton secara online… tapi saya tetap nak menontonnya di layar TV…. Beside that… I also watched NOBODY BUT YOU. Lawak and dramatic….. I really enjoyce it.
Petang.. jam 530pm… saya hidupkan enjin kereta saya untuk mencari goreng pisang … mak teringin nak makannya… tetapi..  di rumah tiada bekalan pisang pada masa itu. Terpaksa menunggu pasar malam oya dibuka.. so saya boleh memenuhi keiinginan my mak. Alhamdulillah ada….
Macam teramat busy aje saya kan….. hahahhahaha… saja je nak mendedahkan aktiviti saya hari ini…. Setelah semalam saya diserang pening kepala…yang teruk. Sampai saya rasakan dunia ini berpusing,,,, and sekarang pun saya dah rasainya semula…. Aduhhhh….  Moga tak seteruk last night.. Ya Allah…
Tolonglah hambaMu ini…………….




No comments:

Post a Comment

Halwa telinga