Saturday, April 16, 2011

Hari mengundi...16.04.2011

Hari ini pelajar Tingkatan Enam menduduki MUET  listening and writing. saya berada di sekolah seawal jam 720 pagi untuk membuka bilik.... saya tidak puas hati dengan persediaan yang dibuat oleh SU peperiksaan STPM sebenarnya dalam persediaan bilik2 untuk MUET pada tahun ini.  Beberapa teguran perlu dibuat supaya tidak berulang lagi.

Hari ini juga adalah hari mengundi..



Saya akan mengundi di SK kampung Teh... agak lewat sedikit.... Saya tetap memilih calon BN kerana selama ini YB Datin Hajah Fatimah memberi perkhidmatan yang baik kepada masyarakat.  (Oppsssssssss.................... bukankah undi itu rahsia)

Tapi ada satu perkara yang saya tidak suka tentang BN.... iaitu sikap  pemimpin2 di peringkat  kampung.  Susah untuk dileraikan di sini. Terkadang... saya kesian melihat my mother dikatakan pembangkang. Sedangkan mak saya pernah berjasa dalam memperjuangkan parti PBB satu ketika dahulu. Cuma di usia tua ini, my mother lebih suka dengan urusannya sendiri.. berkebun...membuat tebaloi dan membuat sagu. sesekali keluar dari kampung melawat anak-anak yang bertugas di luar kawasan Dalat.  Perlukah kita membuat tanda...ohhh keluarga ni pembangkang.... hanya kerana sikap tak ambil kisah tentang politik kampungan yang berlaku di peringkat akar umbi.


Tapi  sometimes... saya amat mengharapkan pihak pemimmpin PBB melihat kepada perkara ini, Bagi saya..  sekiranya keadaan ini berlarutan tidak mustahil undii penduduk akan berpindah ke pembangkang. 

Dalam banyak perkara..di kampung,  kadang .. kesian melihat penduduk kampung .... sepatutnya mendapat bantuan tetapi... ada orang tengah yang mengambil kesempatan. Bukan salah pemimpin atasan tetapi yang bersalah adalah orang yang mengambil kesempatan di antara YB dan rakyat itu yang perlu sedar.... jangan bersikap zalim pada orang yang lemah..

Saya mengharapkan perkara ini dilihat oleh pemimpin atasan PBB supaya tidak mengalih undi rakyat kepada pembangkang.

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga