Monday, July 26, 2010

The Great Wife : Aisyah r.a

Hari ni saya membaca buku  keluaran Synergy Media. (lain kali kalau saya ingat saya akan tunjukkan muka depan buku ni) Buku bertajuk seperti title entry saya hari ini. Saya tulusnya... saya adalah peminat kepada Saidatina Aisyah r.a yang begitu tinggi darjatnya di sisi Allah ta'ala dan juga wanita yang amat disayangi oleh Rasulullah s.a.w.
Buku ini menceritakan perjalanan hidup Aisyah sebagai isteri Rasulullah s.a.w.  Betapa tingginya nilai cinta dan kasih sayang terhadap suami. Betapa setianya seorang isteri melaksanakan tanggungjawab demi untuk membahagiakan suami. Betapa bijaknya Aisyah menangani segala macam permasalahan yang  dilaluinya sebagai dugaan dalam kehidupan terutama sekali menghadapi gegaran fitnah tersebar yang melanda diri. 
Buku ini juga merungkaikan betapa kukuhnya kecintaan suami buat isteri tercinta. Bagaimana menangani permasalahan yang timbul dalam rumahtangga. Yalah kan.... orang kata sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri. Malahan saya rasakan rantaian kisah hidup Rasulullah bersama isterinya Aisyah perlu dibaca dan didalami mesej disebaliknya.  saya menghabiskan buku setebal 117 muka surat ini hanya dalam masa 3 jam sahaja. tetapi memang cukup bermakna bagi saya.
Apa yang penting bagi saya, buku ini menyedarkan saya bahawa.. sehebat mana pun kita di dunia ini... Isteri merupakan amanah Allah kepada lelaki yang bergelar suami. Suami adalah insan yang wajib disayangi, dicintai dan dipatuhi. Tapi jangan kerana kecintaan kepada isteri/ suami .... kecintaan pada ibu bapa dan keluarga kita abaikan. saya mengharap.... cheewah.. andai saya berpeluang menjadi isteri... saya akan menjadi isteri yang dicintai suami, disayangi suami, dilindungi suami.... (Ada lagi ke lelaki seperti itu di dunia ini)
Jangan pula sesiapa menyangka... saya membaca buku ini kerana ada udang di sebalik batu ke... di sebalik mee ke. Memang itulah hakikatnya. Saya tak mampu melepaskan buku ini begitu saja sehingga dinoktah yang terakhir. Insya Allah saya akan mengulanginya lagi. Buku yang menanti saya selepas ini adalah The power of night prayers........ saya sudah mula merasai kehebatan buku yang ringkas ini.....

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga