Tuesday, July 27, 2010

Trial PMR 1 2010

Hari ni merupakan hari kedua Peperiksaan Percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Saya memang tak suka bila tibanya musim peperiksaan. Sebab kena duduk tercatuk aje dalam bilik kelas. mata mengantuk.. terasa terama2 nak tidur. kena pulak kalau masa tu.. berada di aras tiga... angin sepoi2 membelai-belai menyuruh mata melelapkan diri. Memang terasa amat nikmat ketika itu.  Hahaha.. memang sekarang ni pun tengah mengantuk sangat. Tadi dah meronda tengok budak jawab exam.... ada le dua gambar yang saya dapat ambil... Tapi saya tak berjaya menguploadkan. Tulah kan... Allah tak  memberkati sebab gambar tu gambar my student tgh tidur masa jawab kertas Bahasa Inggeris kertas I.
Memang saya tengah boring gila masa ni. Skema jawapan Pendidikan islam baru je siap tadi.  Esok atau malam ni saya akan mula menyemak. Tiga kelas.... Insya Allah paling lewat malam esok saya akan siapkan semuanya. Markah perlu dikey-in dalam SAP dalam minggu depan. Dua sebab kenapa perlu cepat  :
Satu untuk mesyuarat guru-guru mata pelajaran  (MaCS0 satu lagi utk restu Ibu bapa dan guru nanti. Insya Allah kalau semua berjalan lancar menjelang hari Jumaat.. keputusan akan berada di tangan guru-guru dan pelajar.  Entah bagaimana agaknya pencapaian mereka ini.
Kadang dalam hati risau jugak sebab budak2 macam tak ade persediaan nak exam. Guru aje yang risau.. tapi kalau kelas belakang memang saya nak diaorang exam cepat-cepat sebab memori jangka panjang dan jangka pendek mengalami gangguan yang agak kronik. (Hanya yang  mengajar mereka ni memahami apa maksud tersirat disebalik perkataan ini.)
walau apa pun yang penting .. guru-guru dah menjalankan tugas mereka. Mungkin orang melihat tugasan sebagai guru adalah satu tugasan yang mudah sebab keluar masuk kelas dan  ada cuti sekolah yang panjang. Erti cuti yang saya nikmati sepenuhnya hanya pada tahun Disember 2004 dan disember 2005 sahaja. satu kerana saya transfer balik sarawak satu lagi kerana saya transfer sekolah lagi ke sekolah terkini saya.  Masa tu memang saya rasa cuti betul-betul semasa cuti. Tapi sekarang.... ia tinggal kenangan.... But it's okey.. cuti lama2 pun tak de apa yang dapat dilakukan dirumah....

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga