Sunday, December 26, 2010

Keputusan PMR

Keputusan PMR telah berlalu beberapa hari yang lepas. Alhamdulillah keputusan amat menyenangkan hati saya. Walaupun tahun ni saya terasa berat sangat menggalas tugas menjaga, memantau, melihat dan menganalisis perkembangan murid-murid tingkatan tiga. Tahun ni saya rasa kecut perut, tahun ni saya rasa nak menangis.. tahun ni saya juga rasa nak  surrender aje ... tapi alhamdulillah ada teman yang sentiasa memberi semangat.. ada rakan yang sentiasa ada ketika memerlukan.. ada guru yang sentiasa bekerjasama... saya berjaya melaluinya dengan seadanya. Apabila selesai sahaja peperiksaan PMR saya merasa teramat lega sekali. Walaupun jauh di sudut hati saya merasa risau dengan keputusan yang bakal menjelma disember 2010.
Mungkin orang merasakan tak ada pa2 halangan  setakat menjaga dan melihat prestasi dan program tingkatan tiga... tapi tahun ini.. merupakan kumplan terbesar yang saya kena handlekan. kena ambil tahu..dan kena kenali. Sebelum ini sekadar 130-140 orang calon sahaja.. saya mampu melihat dan mengingat setiap caon PMR tapi pertambahan 100 orang calaon membuat itak saya kadang rasa tak berfungsi nak mengingat semua. So Bila ada saja  masalah melibatkan Tingkatan Tiga... saya mula melilau dan otak saya bekerja keras supaya saya dapat mengenal pasti siapa pelajar itu. 
Tahun ini dengan 5 orang tak hadir langsung, 2 orang tak hadir 2 mata pelajaran dan seorang hanya hadir masa peperiksaan dijalankan. Saya amat risau sebenarnya. Sebab keputusan peperiksaan yang dijalankan diperingkat sekolah amatlah tidak membanggakan. Ia lebih teruk dari tahun sebelumnya. Mana hati ini tidak rawan ... mana hati ini tidak gelisah dan resah dibuatnya.
Dengan kehadiran kelas KPMP dan program lain yang kurang memberansangkan di saat akhir menjelang peperiksaan. Saya cuba juga dan dalam masa yang sama saya tidak lupa memohon pertolongan dari Allah ta;ala moga saya terus diberi kekuatan dan Allah memberi kejayaan dalam usaha kami untuk anak didik kami di SMK Oya ini. Malah di detik ini, saya masih lagi merasakan keperitan tugas yang saya galas untuk tingkatan tiga 2010 ini.
Alhamdulillah,.. tepat jam 0830  pagi 23 Disember 2010, kami sampai di kawasan unit Penilaian dan Peperiksaan PPD Mukah untuk mengambil keputusan. Cikgu Salleh yang jadi driver saya dan Kertina ke sana. Jumpa pegawai yang mengurus PMR.. dia kata jangan risau.. SMK Oya menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Debaran semakin menurun...
Sebaik saja keputusan berada di tangan.. saya menyemak terlebih dahulu murid yang mendapat straight A. Then saya menyemak bilangan murid kelas saya mendapat A untuk Pendidikan Islam. Alhamdulillah 34/39 yang dapat A. 5 orang terciciir. And Then kelas yang memberikan stress di minda saya adalah kelas hujung sekali. Alhamdulillah hanya seorang yang gagal dan manusia yang gagal tu pulak yang gagal hadir ke sekolah sejak Mei 2010. So.. tak delah rasa tertekan sangat. Keseluruhannya 80.33% lulus and  gred purata naik 3.18 sebabnya adalah pertambahan murid yang mendadak memberi kesan kepada gred. Walaupun dari segi kuantiti dan kualiti menunjukkan peningkatan.
So... dengan keputusan yang baik (bagi saya lah) saya boleh menarik nafas lega... dan sedang berfikir-fikir untuk menyerahkan tugas ini pada orang lain pula. Biarlah saya meneruskan usaha saya untuk meninggalkan bumi SMK Oya dengan hati yang tenang dan lapang..... Moga 2011 yang bakal tiba beberapa hari lagi akan memberi cahaya kebahagiaan buat saya... Amin Ya Rabbal alamin


No comments:

Post a Comment

Halwa telinga