Friday, December 31, 2010

Selamat Memulakan Sesi 2011

Sessi persekolahan 2011 akan bermula dengan pendaftaran pada 01012011 bagi pelajar harian SMK Oya  manakala untuk pelajar asrama dan semua pelajar tingkatan satu pada hari Ahad. Mesyuarat staf telah berlangsung dengan aman dan makmur pada hari ni.
Apa agaknya peristiwa yang menarik bakal terjadi pada 03012011 ni nanti ya? Saya suka hari pertama persekolahan dan juga minggu pertama kerana ada pelbagai peristiwa yang menyakitkan hati, melucukan dan kkadang memilukan. Yang ni setakat saya jadi guru belum pernah menemui  peristiwa memilukan macam ni. Cuma terkenang masa di Sekolah menengah dulu, Ada kawan baru menyedari bahawa dia anak angkat apabila adik kandungnya mendatar diri di sekolah agama and adiknya betul2 macam dia. 
Tahun ni,,,,,?? saya tak dapat menikmati keindahan hari pertama dan minggu pertama persekolahan kerana terpaksa menghadiri mesyuarat di Kuching seminggu penuh. So terlepas peluang saya tahun ni.  
Prmulaan tahun ni juga Insya Allah bermula dengan baik dan moga diakhiri juga dengan baik. Moga tahun 2011 menghadiahkan saya satu kehidupan yang penuh ceria dan warna-warna bahagia. Tapi.. saya sedar sebagai manusia kita tak mungkin dapat lari dari airmata sama ada duka ataupun gembira. Saya lebih sukakan airmata gembira. 
2010 yang ditinggalkan.......  Banyak peristiwa pahit, manis, lucu, menggembirakan.. malah tak kurang juga yang menyebabkan saya mengalir airmata kkesedihan.. kecil hati... terasa hati tapi at last.. semuanya dapat dilalui dengan tabah. Penghujung 2010 telah memberi saya hadiah teristimewa dengan keputusan PMR yang terbaik setakat ini baik dari segi peratusan maupun GPS dan juga kualaiti mendapat 8A dan 7A. Malahan saya berpuas hati dengan pencapaian Pendidikan Islam PMR .. walaupun bukan mata pelajaran terbaik tetapi  kualiti dan kuantiti meningkat. and my own class menyumbang 34 orang A dari 45 orang calon PMR yang mencapat A. hanya seorang E..... Tapi itu bukan pencapaian terbaik saya kerana saya pernah mencapai 100% lulus.
So.. 2011......... Harap2 menghasilkan sesuatu yang menggembirakan... walaupun mungkin saya tak akan berada di bumi SMK Oya sehingga penghujung tahun 2011. Ye ke.....? Mungkin aje okey. Betul atau tidak just wait and see.
2011 juga saya ingin mengupdatekan blog buruk saya ni setiap hari. mampu ke cik...............???? Mampu ke???? Hahahahhaha.. tengok pada keadaan lah ya. Tapi kadang rasa macam skema aje apa yang saya tulis di sini/
2011 juga saya nak mempastikan fail Bidang kemanusiaa lengkap dengan data dan maklumatnya. Semua maklumat saya nak pastikan diperolehi se awal minggu ke3 january ni. Insya Allah
Yang selebihnya... 2011... biarkan rahsai............. hehehhehehe

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga