Wednesday, December 22, 2010

Berseronok dengan my sisters

Saya di Kuching dari 13 hingga 19 Disember 2010. 16 Disember selesai mesyuarat so.. aktiviti saya bermula pada hari Jumaat 17 Disember.
17  Disember 2010
Paginya saya menyelesaikan dahulu target yang saya dah tetap. Alhamdulillah selepas itu bersantai-santaian dengan Ona di rumah masing2 mengadap lappy. 
2 petang  : Bergerak keluar ke Spring. Usu and Jay menghantar saya ke Spring dan di sana my housemate masa buat first degree di Um dulu iaitu Rafidah a.k.a Edot. Edot baru saja balik dari menunaikan ibadat haji. Seronokkan ..kalau saya berkemampuan untuk menunaikan rukun Islam yang kelima seperti dia. Edot membawa saya ke rumahnya di Heritage Garden. Tapi sayangnya... rumahnya tidak didiami.  sesekali saja dia tidur di rumah dia sendiri.. selebihnya dia balik ke rumah keluarganya di Jalan Muhibbah. Oh ya... saya juga jumpa Kak Nor with anak angkatnya. Selepas itu,... kami makan di Chili Peppers dekat Satok. Sambil sembang-sembang.... tanpa menyedari masa berlalu. Edot menghantar saya kembali ke Spring dan berjanji untuk jumpa lagi masa Januari nanti. Insya Allah.
Malamnya.... kami ke rumah Kak Aya. Kak Aya balik bercuti. Agak lewat juga kami di sana sebab ada sesi pembahagian harta (buah tangan dari kakak saya) Pin-pin yang lebih dari separuh shopping beg kecil tu.. saya tak tau nak pakai bila.... nak jual... reti ke saya jual benda2 macam ni... hahahaha
18 Disember 2010... Hari sebenar kami berpoya-poya. Selepas mengambil kereta baru saya yang diservis (sebelum perjalanan jauh keesokan harinya. ) Saya dan Az merangkap Driver saya mengambil Kak Aya di rumah selepas itu mengambil Kak Ina pula. Sampai di rumah Bang Nial semula waktu Zohor... so.kami solat dulu .. selepas itu kami memulakan perjalanan kami... Kami nak ke mana???? 
Lupa nak maklumkan..kami nak ke Serikin. sebuah pekan kecil (boleh ke dikatakan pekan) saya lebih kata sebagai pasar aje... yang terletak disempadan  Sarawak dan Indonesia. dekat area Bau kalau tak silap. Kami bergerak ke sana dalam jam 1250pm.. dengan dua buah kereta. Kereta saya... dipandu oleh Kak Ina. dan sebuah lagi adalah kereta Bang Nial yang dinaiki oleh Bang Nial, Apak, Mak and Usu.  Kereta saya pula adalah...kami adik-beradik perempuan.. 4 orang. Cukup ahlinya. Memang havoclah kalau kami berempat bergerak bersama (Kalau ada kesempatan nanti saya akan masukkan gambar2 kami sepanjang perjalanan berhuha kami. ) Memang possing  memanjang. 
Sebaik sahaja memulakan perjalanan masing2 menyediakan muka yang langsung tak menawan untuk dirakamkan dalam camera...hahahahahhaha
Di Serikin... pun sama juga... hampir setiap kesai yang kami singgah pasti kami akan mengambil gambar....Tetapi keriangan kanak2 rebina ni.. terencat sebab hari hujan. Sebab malas nak menunggu kami pun berjalan dalam hujan (saya dan Bang Nial... dahlah ditengah-tengah jalan) hahahhahahaha
Tak de apa yang kami beli di Serikin.. cuma tudung dan  topi.. (macamlah tempat lain tak de topi) Masing-masing sibuk dengan topi itu dan berangan function apa yang kami nak pakai... so saya beli jugak untuk Nana and Gen... supaya kami boleh pakai masa sukan sekolah atau kalau ada tournament  Petangque (konon-kononnyalah) walau pun tak beli apa2... hampir dua jam juga lah kami di sini.
Dari Serikin kami ke Pasar Satok... Nak jumpa Kak Norhayati Berahim .. my favourite novelis... hehehehehehe, Saya paksa my sisters ikut saya... merekapun dengan rela hati (agaknyalah) berjumpa dengan Kak NB secara kebetulan pula... my sisiters pun membaca ovel2 Kak NB juga yang ada dalam simpanan saya... Memang saya memiliki semua Novel beliau... cuma rasanya banyak lagi yang masih dalam simpanan my darling. Besstnya dapat jumpa Kak NB... cuma tak leh lama... and Qaisara yang cute. Oh ya..... saya juga jumpa juga dengan Kak Liza Bujang and Kham... di sana (Sahabat FB).
Selepas itu... kami yang kelaparan.. pergi ke SCR... sepanjang perjalanan ke SCR saya mencuba makanan yang boleh dicuba... seperti buah-buahan dan keropok lekor yang dijual.  Saya bagitau my sisters itu adalah salah satu cara untuk menghilangkan kebuluran yang beramatan.Ohhh.. perut saya kekenyang dengan keropok lekor dan buah anggur. Kebetulan grape adalah my favourite. Tak ingat dah nak basuh2 masa tu... 
Di SCR memang betul2 macam budak2. Menu pilihan kami adalah  air epal, plum... grass wheat (kalau tak silap saya ...yang ini Kak Ina punya air) air Jay saya lupa. Makanan pula adalah Chicken Chop.. untuk saya dan Jay.. (tapi rasanya tak sedap sangat) Kak Aya makan mee goreng cendawan ( dia hanya makan mee and chicken saja... cendawannya .. saya dan Jay yang rebut dan baham) Kak Ina..pula makan Kue Tiaw Goreng Seafood... . 
Yang dahsyat nya...perangai di sini memang teruk. Mula2 main chak2 dengan budak kecik (Cina yang duduk di belakang meja kami.... Memang bisingkah saya rasakan .... sampaikan.. air pun boleh tumpah.... terpaksa pesan another air. sebab belum sampai 1/4 pun yang diminum. Yang jadi mangsa adalah Kak Aya yang basah oleh air yang dia tumpahkan....  gara-gara nak rasa air Kak Ina.  Balik dari Satok.. tak leh nak berlama lagi sebab maghrib menghampiri penghujungnya.
Malanmya,,, saya ke Spring ... utk apa?????????? saya membeli comforter warna hijau.. (AKEMI). Rasa berbaloi2 walaupun mahal.,, tapi sedihnya duit habis,,,,, huhuhu,,\
okeylah itu saja cerita saya di Kuching...  Insya Allah gambarnya akan menyusul kemudian..kalau tuan rumah rasa rajin nak menguploadkan gambar ya... Seronok... kalau lah boleh selalu macam tu........

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga