Wednesday, December 22, 2010

2010 bakal berlalu... 2011....

Penilaian Menengah Rendah 2010… dah lama dah berlalu. Tapi keputusannya…akan diumumkan esok…… Aduhhhhhhhhhhh…. Dah dua  tiga hari hati saya berdebar-debar. Bagaimanakah keputusan tahun ni… Kalau meningkat tak pe lah juga..Tapi kalau menurun……… macam mana? Bagaimana agaknya keputusan anak saya itu ya. Terutama 3 kelas yang saya ajar. 3 perkara yang saya mendebarkan saya adalah :
·       Keputusan keseluruhan Pendidikan Islam (khas 3 waras harap2 mengatasi tahun lepas 2 org saja gagal… atau sebolehnya 100% lulus..boleh ke … 3 Waras)
·       Bilangan mendapat A…. Pendidikan Islam (khas kelas bestaru… kalau 3 waras ada dapat A memang kena belanja dia orang kek buatan sendiri?
·       Bilangan murid mendapat straight A
·       Peratus keseluruhan sekolah dan GPS sekolah.
Malam tadi dah berjaga menyiapkan sheet excel untuk tujuan analisis… so esok Cuma key-in je keputusan budak. Insya Allah bab analisis tak da masalah. Cuma masalahnya.. debaran hati ni tak berkurang malah semakin kuaat… sampai nak tumpukan kepada answer script yang tengah ditelangah pun tak leh. So letak tepi dululah ya… Selepas debaran ini selesai… saya akan mula kembali kepada track yang sebenar.
Aduhhh… risau sungguh. 2010… bakal ditinggalkan  dan 2011 yang bakal menjelma mungkinkah akan mengubah hidup saya. Apa yang berubah? Dalam perancangan saya ada beberapa perkara yang akan saya lakukan. …. Iaitu……………..
·       Kereta baru… perancangan nak membeli Vios… tak terlaksana…. Sebabnya… semua orang kat rumah saya tak menggemari Vios…. So sekarang ni…. Kereta pilihan saya setelah dipengaruhi oleh abang and kakak ipar saya adalah persona. Okeylah saya berpuas hati…..  harganya… tidaklah membebankan saya sangat. Cukup untuk saya hidup.
·       Meninggalkan SMK Oya. Mengikut prancangan saya.. kumpulan PMR 2010 adalah kumpulan terakhir yang saya take care sebelum saya melangkah pergi dari SMK Oya. (macam confident aje saya akan melangkah pergi) Tapi process ke arah meninggalkan SMK Oya sudah pun bermula. Saya juga telah meneropong rumah yang bakal saya duduki kalau saya betul2 ke tempat yang baru mengikut perancangan saya. Saya perlu melangkah untuk mencuba sesuatu yang baru. Dah terlalu lama saya menangguhkan hasrat hati saya ini. Skarang saya dah bersedia untuk meninggalkan tpt kelahiran ni,, untuk sementara waktu.
·       Mungkin meninggalkan status saya sekarang,,,,…. Yang ini………….. tunggu……. Sebabnya.. saya takut kejadian lama berulang kembali. Mudah-mudahan Allah akan permudahkan segalanya tahun ni…. Amin. Sakitnya masih terasa…. Seboleh mungkin saya tak ingin ia berulang kembali peristiwa lama itu. Tapi… kalau jadi ia adalah sesuatu yang ringkas sahaja…..

Entah apa yang saya mengarut di sini…. Apa-apa pun tunggu ajelah apakah yang saya rancangkan berjaya menjelang 2011 sebagaimana perancangan saya………hahahahah

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga