Friday, April 13, 2012

MUiz dah pandai jalan....



Let watch it....




What should i said....? What should I do..??


Last night... feel hurt again...

Tak tau... masa dah  membasuh semua kepahitan

dan.... masa ni saya dah boleh menerima hakikat

dan erti kehilangan dia....

Kenapa harus tiba-tiba ....

waduh..... hamba sudah penat dengan ini semua....

Keriangan dan keindahan .... ?????

Ada lagi kah???

Kebahagiaan?????

Sanggup ke meninggal segalanya demi utk dia????

Tapi kalau dia buat lagi????

Macam mana?????

Takkan sanggup nak menghadapinya lagi....

Kalau dia hadir lagi???

Bahagiakah????

atau deritanya lebih lagi dari yang pernah dialami????

Serabut...

Balik dari majlis APC semalam....

otak terus serabut bila singgah ke sekolah.

Ya Allah... banyak nya yang kena saya buat semula

Tak palah... saya buat apa yang termampu..

Hari ni saya rasa busy memanjang sampai tak sempat nak ngadap kerja.

Apa yang membuat saya busy?????

Sebab semua orang tak ada... so one man show.

Ni pun dah letih otak so.. kita rehat dulu dengan kit kat...

Alhamdulillah,,, everything saya rasa okey aje...

Tapi rasanya..hujung minggu ni saya nak fokus kepada kerja2

dan persediaan sebelum dibasuh on 24 till 26 April nanti...

huhuhu

Good luck to me....

Layak ke saya???

Semoga tidak ada yang mempertikaikannya


 Cikgu Salleh bin Lias.. yang menjadi guru saya sejak dari zaman belajar hinggalah 
ke zaman ini...
Thanks a lot Cikgu


 Dua sahabat yang sama2 menerima  sijil hari ni.
Kedua-dua mereka didenda membeli sandal baru hari ni
hahahah

 Ni sapa pulak??


Bersama teman sekerja... Cikgu Dayang Salmi




Gambar last... agak gelap...

Tak.. palah kan.. asal ada kenangan

For the second times saya dapat APC di SMK Oya

alhamdulillah atas rezeki yang diberi

Terima kasih atas kerjasama guru-guru dan staf 
Kertina Naim.... Genevie ...
Semua rakan penolong kanan... Ketua2 Bidang...
dan semuanya...
yang banyak membantu memudahkan saya menjalankan tugas
(Macam ucapan penerima anugerah ABPBH)

Tapi yang saya tau... 2011.. banyak kenangan pahit
yang telah saya lalui..

ditinggalkan oleh seseorang
mak sakit for few months
demam yang teruk sampai dua tiga kali

banyaklah,.... 
yang tak mampu dicoretan di sini....

Apa pun segalanya adalah pengalaman

yang berharga buat  saya menjadi kuat

dari hari ke sehari


Sunday, April 8, 2012

Pening........



Pening kepala tetiba menyerang saya petang ni...


wei .. pasal pulak... ni?? Baru pagi tadi check darah 


bagai kat klinik... Semua okey.


So,,kena tidur awal dengan ubat yang memang 


dah sedia memengantukkan... 


Hopefuuly.. esok pergi sekolah dengan penuh bergaya.






Esok saya kena buat ucapan ke???


Monday kan...????




Saturday, April 7, 2012

Sabtu yang kosong...


Kenapa kosong???

sebab tak buat apa2. Kena pulak batuk masih menggila

So..duk kat rumah ajelah.

Cuma awal pagi tadi pergi pekan sabtu

Beli sayur dan ikan...


Lepas tu dok terperap dalam bilik.

Anak2 sedara yang meriuhkan suasana

dah pergi kampung mak dia orang...

so... bertambah kosonglah rasanya



Bau Kasturi dan Zina


Kisah ni.... saya copy dari wall fb milik kawan saya..

Buat peringatan diri dan sahabat...


Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..

Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. 




Hampa..... hahhahhaha..

Niat dihati.. duit claim tu sebagai pelaburan utk pergi merendek di KL

Tapi... tinggal harapan... sajalah.

Tak apalah... demi untuk menggembirakan hati my parent

saya rasa tak salah saya  gunakan duit tu untuk mereka

Kedua ibu bapa telah banyak berkorban untuk kehidupan saya

Apa sangatlah kan.. duit tu .. kalau sekadar untuk menyenangkan hati mereka

Melepaskan rindu pada anak-anak mereka.

Tapi rezeki Allah... siapa tahukan.... tup2 this April

dapat tunggakan gaji.. So...

Sentiasa percaya..kalau kita berusaha untuk menyenangkan

ibu bapa kita... Allah ta'ala akan sentiasa berusaha untuk menyenangkan kita.

Mudah-mudahan hidup saya akan dipermudahkan Allah dalam apa jua

yang saya lakukan...

But.. sebelum ke KL kena berhadapan dulu dengan Sektor Jaminan

Quality... apa yang diorang nak saya pun tak pasti.... hahaha

24, 25 dan 26 April.. kursus dgn SJQ andn then 27... datang

sekolah sekejap.... lepas rehat cabut ke Sibu and

then... fly to KL 2pm... 30,04,2012...

i am flying back..

Lama juga lah saya kena duk meninggalkan anak murid kan...


Walau apa pun... saya tetap tinggalkan tugasan buat mereka.....


Hehehehe.....


Halwa telinga