Wednesday, February 27, 2013

MMI.. Memperkasakan Masa Instruktional

Friday yang saya tak turun....

My boss.. memperkatakan tentang MMI.

Apa itu MMI????


hahahhaa...

Insuran kot.....


It's about Menjaga masa P&P guru di dalam kelas.

Langkah2 utk mengatasi masalah bila guru keluar

dan mengelakkan murid ketinggalan banyak

atau masa berlalu secara sia-sia.

saya baca bahan yang tuan pengetua berikan...

Actually dalam mesyuarat  pengurusan tertinggi sekolah

my Boss dah  maklumkan tentang perkara ni..

Saya menggoogle...



Apa itu Masa Instruksional?
Ia bermaksud sebagai masa yang sebenarnya digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan.Masa instruksional perlu dilindungi.
MMI melibatkan 4 elemen:

1. Masa Persekolahan(Allocated schooling time):Jumlah masa murid hadir ke sekolah.

2. Masa Bilik Darjah (Allocated class time): Jumlah masa murid berada dalam kelas(tidak termasuk waktu rehat,pertukaran kelas,waktu makan tengah hari dan lain-lain)

3. Masa Instruksional(Instructional Time):Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional(tidak termasuk gangguan,pengurusan rekod dan lain-lain)

4. Masa Pembelajaran Akademik(Academik learning time):Jumlah masa instruksional di mana murid memberi perhatian dan menerima instruksion pada tahap penguasaan tertentu serta berlakunya pembelajaran berkesan atau bermakna.

Cadangan Strategi Perlaksanaan

1. Strategi Jangka Pendek (2012- 2013)-
    Strategi yang dapat mengurangkan gangguan masa intruksional merujuk arahan/pekeliling semasa yang tidak melibatkan perubahan dasar makro serta memberikan empowerment kepada pemimpin sekolah berdasarkan masalah pengurusan setempat dan tidak memerlukan peruntukan kewangan.

2. Strategi Jangka Panjang (2012-2015)-
  •     Mengubah minda dan pemikiran serta budaya organisasi pembelajaran dalam komuniti sekolah. 
  •    Meningkatkan kualiti intruksional dalam kalangan guru merupakan sasaran utama dengan   membangun,melatih semula dan meningkatkan kemahiran pengajaran guru melalui kaedah pembangunan profesional learning community(PLC) dan pembangunan profesionalisme guru berasaskan sekolah yang lebih kontekstual merujuk masalah pembelajaran murid yang dihadapi oleh guru serta mendapat sokongan pemimpin
  • Meningkatkan jaringan profesionalisme inter dan intra sekolah atau daerah/negeri.


Itu yang jumpa sikit...  dalam blog orang,,, tapi saya tak ingat.. and terlupa nak salin dia punya link.

Malas nak google lagi...

so... kalau rajin ada le saya letak kemudian.

Sebenarnya banyak juga saya jumpa but semuanya dalam bentuk power point sama seperti yang diberi oleh my boss untuk kami baca dan fahami..

sebelum guru-guru lain memahaminya..

BAnyak sangat beda nak kena cover...

S0.... anak-anak...

fikir 10 juta kali dulu kalau nak jadi cikgu...

sekian.


No comments:

Post a Comment

Halwa telinga