Tuesday, September 11, 2012

Apa Salah Cikgu??????



Saya agak pelik, bila saja Government umum penambahbaikan dalam profession perguruan,  mulalah nak kutuk dan caci dan hina guru.
Guru tak profesional...
Guru tak ikhlas,
Guru makan gaji buta,
Guru suka bawa masalah luar masuk dalam kelas, and students jadi mangsa...
Dan macam-macam masalah dilakukan oleh guru. serta
macam-macam keburukan yang guru lakukan.
Seolah guru hanya tahu membazirkan wang negara dan tidak membayar cukai.
Seolah guru tidak penting terhadap pembangunan dan kemajuan negara.
Agak-agaknya, siapalah yang mengajar mereka sehingga menjadi orang yang begitu bijak
mencari salah dan silap orang lain....?

Teruk sangat ke guru-guru sekarang??????
Sian cikgu.... amat kesian sebenarnya.  Orang mengata seolah buta hati untuk melihat
Apa yang cikgu lakukan di sekolah.
Orang hanya melihat waktu persekolahan hanya separuh hari saja
Orang tak tahu beban tugas guru selain member didikan dalam kelas.
Orang tak tahu berapa banyak latihan yang perlu diberikan dan disemak
Orang tak tau peritnya menyediakan kertas soalan setiap kali peperiksaan dijalankan
Orang tak tau perasaan guru melihat pencapaian yang langsung tak boleh diterima akal
Orang tak tahu apa berlaku di sekolah... guru bukan hanya tahu mengajar sahaja...
Di sekolah guru jadi ibu / bapa, tempat mengadu
Guru jadi driver, tak pernah claim pun duit minyak hantar budak ke klinik and then ke rumah
(kena pulak rumah yang jauh yang tiada pengangkutan awam) sama da ketika pelajar sakit atau masalh keluarga
Orang tak tahu, berapa banyak duit yang dilaburkan untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran murid.
Belum lagi ketika guru jadi jabatan kebajikan masyarakat, apabila ada budak yang miskin tiada duit... guru menghulur bantuan,
Orang tak tahu, berapa banyak masa digunakan oleh guru untuk online jam 1 @ 2 pagi semata-mata nak memenuhi kehendak dan keperluan  semasa
Kerana internet di sekolah yang selalu semput bila perlu mengisi data secara online....
Orang tak tau berapa banyak data online perlu diselesaikan oleh guru APD, SSDM, EMIS, SSPS, SPBS(yang tak tau sekejap hidup sekejap tidak)
Belum lagi  kaji selidik yang wajib dijawab oleh guru... Tak termasuk bahan2 lain berkaitan mata pelajaran yang perlu dibuat secara online juga,
Itu yang saya tahu dan berurusan terus.. tak termasuk yang saya tak tau.
Orang tak tahu betapa beratnya tugas guru membawa murid untuk aktiviti luar. Orang kata banyak claim.. tapi sebenarnya perbelanjaan lebih banyak
Dari claim yang diperolehi. Nak jaga keselamatan murid lagi, kebajikan murid lagi.
Orang tak tahu juga.. apa jawapan ibu bapa bila anak tak nak turun sekolah....
Orang tak tahu.. apa kata ibu bapa bila anak lari dari rumah ikut lelaki (biasa murid perempuan)
Orang tak tahu lagi .. bila ibu bapa kata  semua salah cikgu bila anak tidak berdisiplin....
Orang tak tahu lagi... bagaimana bila berhadapan dengan ibu bapa yang berlagak samseng dan menyerang sekolah
Orang tak tahu ... bagaimana perasaan bila berhadapan dengan kes-kes yang menjadi isu nasional.
Orang tak tahu.. guru sering berjaga menyiapkan tugasan dan persediaan sehingga jam 4pg.
Orang tak tahu juga... bagaimana guru terpaksa berhadapan dengan  murid yang terkena hysteria atau rasukan ketia di sekolah.
Orang tak tau... apa rasanya.. berhadapan dengan anak2 orang hebat yang sentiasa  mencari peluang utk menyalahkan guru
dan..... yang sering mengatakan.. perkara ini akan dibawa ke pihak atasan...
perkara ini akan menjadi isu nasional
pyang lebih teruk lagi... see u in court...

Dannnnnnnnnnnn.... banyak lagi yang orang tak tahu dengan tugas kami sebagai guru...
Dari seorang guru akademik biasa hinggalah kepada orang yang berkaitan dengan pengurusan sekolah.
Tapi... biarlah mereka tak tahu... yang penting, kami tahu tanggungjawab kami, 
amanah yang kami pikul dan harapan yang kami galas.
Biarlah... yang penting.....  Allah tahu apa yang kami lakukan.....
Biarlah kan.......  )-



No comments:

Post a Comment

Halwa telinga