Friday, December 23, 2011

Keputusan PMR 2011 of SMK Oya

2011.... calon-calon yang mencapai keputusan yang cemerlang.. tahniah diucapkan.

Bagi yang kurang cemerlang... tiada peluang untuk and a mengulanginya lagi...

Tapi tidak bermakna di situlah penamat perjuangan anda. Pasti akan ada  peluang untuk anda

memperbaiki kualiti diri anda dalam peperiksaan yang sterusnya yakni SPM 2013. Bukan hanya perlu

yakin pada kebolehan anda... tapi mestilah seiring dengan usaha yang dilakukan. Pastikan usaha

bukan  hanya  semasa di Tingkatan Lima tetapi... bermula sebaik anda mengetahui dimana kedudukan

anda di Tingkatan Empat.... huhuhuhu bukan main saya berleter kat sini.. macamlah student saya

dapat membacanya....

Actually... tahun ni saya agak kecewa dengan keputusan  yang diperoleh oleh murid saya yang 40 orang tu... 13 sahaja yang dapat  A, seorang C dan selebihnya B. What wrong. ?????  Tertanya-tanya di mana silapnya. Sedangkan sehingga detik terakhir saya memberi tips dan perkara yang saya sampaikan... disoal dalam peperiksaan.

Mungkin sebab tahun ni... saya kurang menyemak latihan murid saya.. dan selalu juga kelas saya tinggalkan kerana tugas

Mungkin saya terlalu tegas dalam pemeriksaan kertas jawapan dan latihan murid.. sehingga mereka hilang keyakinan

Arghhhhhhhhhhh... pelbagai kemungkinan muncul dalam minda saya. Selama ini Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang menyumbang kepada GPS sekolah.. tapi... kali ini jatuh...

Namun tetap bersyukur sebab Pendidikan islam masih berada di tempat kedua dari segi GPS nya... syukur.... dan seperti mana jangkaan saya.. memang 4 orang akan gagal. Tahun lepas hanya seorang... tu pun sebab budak tu tak hadir sekolah sejak Mei. Tahun ni..... nangis pun tak guna.

Saya juga bersyukur dalam keadaan GPS sekolah menurun tapi peratusan lulus minimum D sekolah meningkat ke 80.70. So... tahun ketiga menunjukkan peningkatan walaupun peningkatan yang kecil.

Doa' saya moga 2012 keputusan lebih baik lagi dari segi peratusan dan juga GPS ... and Pendidikan Islam mesti meningkat. Walaupun bukan saya yang akan menjaga dan memantau perkembangan calon PMR sekolah.. saya percaya... guru yang menggantikan saya,... mampu melakukan jauh lebih baik dari saya. Genevie  pasti boleh melakukannya. Don't worry, I will always help u... cuma kekangan kerja membataskan segalanya.....  Yakin boleh ..Gen

p/s ... hari ni saya baru tau kegunaan Link kat atas tu... huhuhuhu... memang outdated betullah kan...

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga