Thursday, November 25, 2010

Cinta..............

Cinta sesuatu yang amat universal sifatnya. Betul ke? Terlalu banyak cerita mengenai cinta dalam kehidupan ini. Pelbagai cerita cinta yang kita dengar, kita baca, dan mungkin yang kita alami dalam kehidupan. Cinta bukan hanya antara manusia adam dan manusia hawa semata. Namun seperti yang saya nyatakan, cinta terlalu luas maknanya. Cintakan keluarga kita, cintakan kawan-kawan kita, cintakan wang ringgit, cintakan kerjaya dan macam-macam jenis cinta lagi dalam hidup kita.
Pernahkah ita menilai, menilik dan meneliti, cinta yang manakah yang penting dalam hidup kita. Cinta yang bagaimanakah yang membawa ketenangan dalam hati.. Cinta yang bagaimana yang memberikan kita kebahagiaan dunia dan akhirat.
Seringkali juga kita mendengar cinta itu buta. Bagaimana ya, bagaimana yang dikatakan sebagai buta. Cinta itu bermata ke? Kenapa pasangan bercinta lelaki perempuan. Girlfriend-boyfriend, adam – hawa, Laila-Majnun dan banyak lagi kot yang dikatakan sebagai pasangan bercinta. Tapi semuanya yang berkaitan dengan fitrah hidup lelaki dan wanita yang dijadikan oleh Allah. Kenapa bila kita cintakan keluarga kita.. tak pula kita buta. Kita boleh menerima orang mengatakan kekurangan dan kelemahan keluarga tercinta….
Tapi yang abadi adalah Cinta Hakiki kepada Allah ta’ala yang Maha pencipta. Sebagai hamba yang lemah… kita sepatutnya tidak mengabaikan cinta Illahi. Itulah cinta yang hakiki. Kalau kita mencintai Allah mengatasi segalanya.. Insya Allah walau bagaimana perit pun  kehidupan kita, Allah sentiasa permudahkan. Walau apa yang diperkatakan..kita tetapkan tersenyum senang seolah tiada apa yang menggugatkan hati kita. Allah sentiasa membuka rahmatnya kepada kita sepanjang kehidupan.
Bila kita mencintai Allah mengatasi segalanya… pastinya cinta Allah kepada kita akan mengatasi segala penderitaan yang ada di dunia ini. Segala sakit hati.. segala kelemahan.. segala kekurangan kita.. akan Allah luaskan.. Hati kita akan Allah lapangkan untuk menerima hidayahNya. Dan..itulah cinta yang membawa kepada kebahagiaan hakiki dalam hidup kita. Tapi bagaimana kita nak menggapai cinta hakiki itu.
Memadaikah dengan ucapan.. I love U, Uhibbuka, O Ai Nee… dan pelbagai lagi ungkapan yang memberi makna aku cinta kamu.. yang sering kita dengar. Dan pelbagai lagi ungkapan cinta yang menjadi penghias alam percintaan.. Tidak sayang….. Cinta hakiki kita miliki dengan pengabdian yang tulus kepada Allah. Yang sanggup menerima ujian Allah dengan senyuman, Yang sanggup mengorbankan masa tidur yang enak di malam hari untuk bermunajat kepada Illahi. Yang menjadikan ayat-ayat Allah sebagai satu nyanyian di mulut dan di hati. Yang tak pernah alpa dan lalai kepada kewajipan yang dituntut oleh Allah. Yang suka melakukan perkara kebajikan.. bukan hanya dengan menggunakan wang ringgit dan juga harta.. tapi sanggup mengorbankan jiwa dan raga  hanya kepa Allah yang Esa.
Kenapa saya tiba-tiba vercakap tentang cinta…. Kenapa..? Mungkin  kerana cinta sering menjadikan saya   terkecewwa.  Tapi cinta juga yang membawa kejayaan kepada saya dalam pelajaran… dan kini. Saya sedang merenung jauh. Akan wujud lagikan cinta sesame insan terhadap insan kerdil ini. Yang sering menjadi kebencian.. kerana mulut yang selalu lupa  nak dikawal.. kerana salah faham.. kerana sebagai manusia .. saya tidak memahami hati manusia lain… tapi itulah… saya terima ia sebagai satu ujian Allah untuk menilai ketabahan dan kecekalan saya dalam kehidupan.
Cinta juga pernah membuat saya menangis.. cinta juga selalu membuat saya senyum dan gembiira… cinta juga yang sering menghiasi hidup saya satu ketika dulu. Tapi di kala usia semakin menghampiri angka 40 ini… saya merasakan ia mungkin semakin jauh dari hidup saya. Saya terima takdir yang Maha Esa. Yang penting saya mengejar cinta hakiki.. walau begitu payahn untuk digapai.. tapi usaha tangga kejayaan.
Aku juga bersyukur.. aku memiliki keluarga yang sentiasa ada di sisi tika duka bertamu dijiwa, tika resah melanda rasa.. malah ketika ombak kehidupan menghempas dan seringkali membuat aku tersungkur… keluarga sentiasa ada di sisi.. Alhamdulillah.. cinta keluarga masih kumiliki.
Cinta seorang sahabat.. aku tau aku memiliki sahabat yang sentiasa ada untuk mendengar duka hati… walau aku tak ramai sahabat… tapi aku amat hargai sahabat yang sama2 menangis bersama ku.. sahabat yang sentiasa  sudi memasang telinga dengan bebelan ku… dan sahabat yang sentiasa ada untuk ketawa dan menangis bersama ku. Thanks  my best friend forever.
Aku juga memiliki seseorang yang sentiasa cinta aku… hahahahaha.. ye ke…. ? Atau cinta itu hanya hadir sebagai bf aku selamanya. Entahlah. Yang penting dia ada … dalam tiada. Dia muncul .. dia hilang…  dia dating dan dia pergi. Yang penting dia selalu mengatakan… My love for u is forever.  Yang suatu ketika dulu.. dia sentiasa ada bersama aku. Meraikan setiap kejayaan ku.. menemani kala aku dalam kesakitan… bersedia untuk ada di saat memerlukan khidmatnya… jadi driver… and sponsored….  Yang penting.. sampai detik ini saya tetap menghargai kehadirannya dalam hidup ini. 
Yang penting.. dalam hidup kita… kita memerlukan cinta.. Cinta Illahi, cinta keluarga, cinta kawan-kawan, cinta bf/gf.. dan yang terpenting.. berusahalah untuk mencapai cinta Illahi kerana itu yang Hakiki… 
Perasan tak... word kegemaran saya adalah "Yang Terpenting"

Gambar- gambar ini tiada kaitan dengan entry di atas... cuma nak melihat ia berwarna dan ada gambar sedikit....








No comments:

Post a Comment

Halwa telinga