Wednesday, October 20, 2010

Tabahlah Faezah

Sabtu… jam 8.30 pagi.. Izal called memaklumkan bahawa Fareez suami kepada Faezah anak saudara saya yang baru berusia dua puluh tahun telah meninggal dunia. Saya tak tau kenapa saya terlupa menceritakan kepada mak dan bapak saya tentang suami Faezah yang sedang tenat di hospital. Berita itu hanya disampaikan pada hari Jumaat. Itu pun saya tak pasti keadaan sebenar suami Faezah sehinggalah mak memberitahu Anjang Ha and husbang ke Sibu untuk melawat cucu menantu mereka.

Pagi Sabtu tu… saya bersembang dan mengusik sepupu saya yang sedang menjemur baju. Selesai bersembang.. saya masuk bilik dan Ijal called memaklumkan berita tersebut. Ketika itu saya merasakan mungkin mak dah tau ada kejadian bakal berlaku menyebabkan dia berat hati membenarkan saya ke Sibu hari ini. Saya termenung seketika mengenangkan nasib anak saudara. Saya mengira usianya…lebih kurang 20 tahun. Dengan pelajaran setakat SPM.. anak lelaki seorang, tengah akktif dan baru berusia setahun lebih… apa nak jadi dengan nasib dia. Saya pergi menziarahi dan menemani anak saudara saya Air mata saya mengalir mengenangkan nasib malang yang menimpa. Kuatkah dia menghadapi kehidupan seterusnya…. Mampukan dia untuk menahan dugaan hidup… Berjayakah dia menangkis segala kata-kata masyarakat sekeliling.

Sebagai ibu saudaranya… saya hanya mampu berdoa' dan boleh berkongsi kesedihan yang dia alami.. Tapi tika menatap wajah pasrahnya… Saya merasakan Faezah jauh lebih dewasa dari usianya. Malah terkadang ketika itu saya merasakan dia lebih matang dari saya sendiri hanya sudah menghampiri usia 40 tahun. Mungkin perjalanan hidup menyebabkan dia lebih dewasa dari usia sebenar.

Anakanda Faezah.. Moga Faezah akan terus tabah… tak tau bagaimana harus dicatatkan di sini dengan kata-kata… Tapi Chik tau… faezah tabah ..kuat… dan tidak lupa pada Yang Maha Pencipta. Sesungguhnya dugaan ini mengandungi hikmat yang kita tak tau apa… Doa'kanlah perjalanan hidup suami faezah di alam yang satu lagi di bawah lindungan Allah.

Al-Fatihah……..

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga