Friday, October 22, 2010

Memerah Otak.... (20102010)

Malam ni saya melihat kembali cadangan  guru mata pelajaran dari Tingkatan Satu dan Tingkatan Lima untuk kegunaan sesi Persekolahan tahun 2011. Berpusing juga kepala untuk menentukan guru mata pelajaran. Saya sediakan awal bagi membantu mempercepatkan mesyuarat  Pengurusan yang akan diadakan Lusa (Jumaat 22 Oktober 2010). Di  samping menyediakan  borang kosong saya juga menyediakan list guru tingkatan.

Entah macam mana saya tak mencatat  nama yang saya  telah bincangkan peringkat awal dengan PK HEM (Cikgu Shazwan). Saya Tinggalkan dahulu yang saya tak ingat dan kelas Azubah 5sc bestari untuk tahun 2011. Baru perasan Azubah tak mengajar kelas tu rupanya selepas  perpindahan guru physic pertengahan tahun ni. Tak pe esok jumpa lagi Mr Money Daddy untuk menyelesaikannya.

Beside that.. saya juga berusaha meminimumkan bilangan guru Pendidikan Islam mengajar. Berjaya menggabungkan semua kelas Bestari. Tak Taulah.. semua kelas bestari akan mempunyai  40 orang bila digabungkan. Tak pelah… 3 Bestari 1 & 2 saya ambil…  redah ajelah. Kalau tidak digabungkan… Semua kami 26 waktu seminggu.  Tiga orang yang mempunyai 28 Waktu. Sian guru Pendidikan Islam. Tapi  tak palah kan… Jihad. Sekarang ni.. Saya sendiri akan mengambil 22 waktu seminggu. Okeylah tu. Satu ketika dahulu pernah mengajar sampai 30 waktu. Tak de masalah pun. Sampai   bawak bekal makanan ke Surau Sekolah sebab kelas selalu diadakan di Surau. Kira bersyukurlah kan. Insya Allah kerja lain takkan terabai kecuali bahagian pencerapan yang akan menghadapi masalah.

Sebabnya….  Saya boleh buat sebelah petang dan malam. Cuma mungkin latihan murid tidak dapat disemak sekerap tahun ni. It’s okey… saya mesti lakukan apa yang terdaya. InsyaAllah.

Tugas utama saya tahun depan tidak berbeza dengan tahun ni. Walaupun banyak.. tapi saya akan sediakan semuanya sebelum sekolah buka especially  untuk Program MaCs.. apatah lagi  diperuntukan seorang guru untuk membantu tugas saya. Hahahahaha  Genevie kita masih lagi terpaksa membuat kerja-kerja yang sama untuk Tingkatan Tiga  Tahun depan. Bersedialah anda.

Kepala dah mula berdenyut… I think I need to sleep now.  Kalau rajin… ada lah entry seterusnya dalam masa terdekat. Kalau tidak… Maafkan saya sebab… perlu focus  beberapa  tugasan yang perlu saya selesaikan sebelum cuti  sekolah akhir tahun.  (Macamlah ada follower yang ramai) hehehe

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga