Monday, September 27, 2010

Sakit Kepala

Sejak semalam saya diserang sakit kepala.. Mungkin disebabkan kurang tidur atau dengan kata lain tak tidur langsung pada hari sabtu yang lepas. Ditambah dengan perjalanan ke Mukah dua kali dalam masa tak sampai dua jam. Tapi demi orang tua…kurela berkorban (cheewah)

Hari Ahad semalam saya mula mencari kelainan untuk bilik kecil saya itu. Lebih dari separuh hari barulah kerja mengemas bilik selesai. My mak Tanya sapa tolong alihkan katil2 dan barang-barang lain. Saya tunjukkan otot lengan kat mak…hahahhahaha. Bukan kerana kuat tapi guna KBKK. So.. tak perlukan tenaga ramai. Si Nesrina sibuk nak tidur di bilik saya,… sorry… bilik tidur saya untuk saya. Bukan untuk orang lain (ayat kejam pada anak sedara-yang tak tau apa-apa).

Kepala mula berdenyut ppada petang semalam.. bawake pagi dan dah pergi sekolah pun masih juga dia ikut. Panadol dah telan dah. Dan….. sakit itu mula merayap sampai ke mata pulak. Dahlah sebelah petang ada kelas tambahan for form three. Nasib badanlah tu. Budak0budak bukan main senyap lagi menyelesaikan soalan ulangkaji bagi tajuk-tajuk yang berkaitan dengan ibadat. Bagaimana pula dengan budak tiga waras yang diawasi oleh Ustazah Rusidah (thanks sidah). Mesti dia orang pening sebab saya tak pernah bagi latihan yang menyesakkan kepala dia orang (sebab biasanya soalan mereka hanya yang main logic akal aje…. Yang jenis-jenis fakta macam ni.. saya tolak tepi aje). Sabar ajelah ya… sebab ustazah tak larat nak sedia bahan… Otak jam… tahap gaban.

So..lepas kelas tanpa fikir panjang saya terus balik rumah. BNak berehat. Kalau larat malam ni saya akan berjaga balik menyiapkan tugasan yang belum selesai………………….. tolong… tolong

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga