Wednesday, September 29, 2010

Happy Birthday Puan Kertina binti Naim

Hari ini  hari lahir PK Tingkatan Enam. So kami buat sambutan kecil-kecilan di bilik guru kanan.
Shazwan membawa Kek hari jadi... yang sedap (Vanilla cake dengan topping Blueberry). Habis licin kek itu...menjelang tengahari.Satu lagi yang dibawa cikgu Shazwan adalah air bergas... Oren and ... anggur (agak-agaklah sebab warna purple)
Saya menyediakan kuah laksa sarawak, payak, chicken run.... dan tauhu goreng. Nana sediakan mihun yang dicelur air panas dan sambal belacan. Cikgu Salleh  membawa taugeh...
Pagi-pagi selepas saya selesai bertugas di pagar sekolah.... Saya mula menyibukkan diri menyiapkan bahan2 untuk hidangan... baru tersedar..timun lupa. So.. called cikgu sallaeh yang selalu menjadi penyelamat  di saat-saat akhir. Maka lengkaplah juadah kami hari ini.Kami setakat buat potng kek and then makan2. Lepas tu semua bertempiaran lari masuk ke kelas. Habis kelas barulah mereka menyambung usaha menghabiskan laksa dan kek yang ada di atas meja.
walau apa pun... happy birthday nana... mudah-mudahan murah rezeki dan mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
gambar-gambar yang diambil ini sahaja
Birthday Girl.... (or birthday Lady) hahahahhaha

benda-benda yang mesti ada untuk mengiringi  Kuah Laksa Sarawak 


Kuah Laksa Sarawak yang sedang dipanaskan

Birthday Cake... yang secara tak sengaja... menampilkan angka 34 



Itu saja gambar yang ada dalam camera phone saya.... Kredit untuk N85 saya.. walaupun dah buruk.. tapi gambar nya tetap okey.....

1 comment:

  1. terima kasih banyak-banyak...panjang umur tahun depan buat lagi (dan kalau tak pindah sekolah)

    ReplyDelete

Halwa telinga