Sunday, July 18, 2010

Mendung Di hati

Hari ni.. cuacanya berubah-ubah. Pagi-pagi cuaca terang benderang, bahang kepanasannya mula terasa.. tambahan pula hari ni saya bangun amat lambat dari biasa. Jam 8pagi baru mencelikkan mata. Malam tadi saya dah tidur dan terbangun jam 2pagi. Dapat SMS dari seseorang. Mata terus celik.. dan tak leh nak tidur lagi hingga le menjelang subuh. Hanya selepas azan subuh baru boleh melelapkan mata. Tu pun kepala dah lain macam sangat-sangat. Alhamdulillah selepas tu saya dapat tidur. My mum pun tak sibuk membangunkan saya. May be sebab dia tau saya bekerja lewat sepanjang malam. 
Sebenarnya sms yang saya terima malam tadi mengkucar-kacirkan semula hidup saya.  Bukan hidup sebenarnya perasaan saya. Perasaan itu berterusan sehingga ke petang. Saya tak tau macam mana nak mengenepikan perasaan sedih dan terkilan. Entahlah... tapi saya tau itulah kehidupan. Apa jua yang hadir, saya kena kuat menghadapinya.
Seboleh mungkin saya ingin menyimpan semuanya dalam hati. Entahlah... itu adalah suratan dan takdir Allah pada  kehidupan saya. Pasti ada hikmat di sebalik semua ini. Saya serahkan segalanya pada Allah. Dia yang lebih mengetahui.. Dia yang lebih tau apa sebenar rahsia di sebalik semua ini. 
Cuma saya berdoa' moga kekuatan dan semangat terus diberikan pada saya untuk menempuh kehidupan ini dan memberi sedikit ruang untuk saya merasai ketenangan dan keriangan. Maafkan saya andai keputusan itu mengecewakan mana-mana hati. Maafkan saya mak dan bapak.. andai terus menyusahkan hati kalian. InsyaAllah.. saya akan menmepuh hidup ini dengan cara yang terbaik. Usahlah risau.. Allah mengetahui yang terbaik untuk saya dan masa depan. Kita hanya mampu merancang dan Allah yang menjadi penentu segalanya. Terimalah diri saya seadanya. Usahlah dibanding dengan siapa pun. Mana kita tahu.. siapa yang pergi dulu atau kemudian...... 



No comments:

Post a Comment

Halwa telinga