Monday, February 15, 2010

Sepi...kerana...

Hampir dua bulan layangan tidak dikirimkan ke laman maya saya ni. Bukan kerana kesibukan yang melampau.. tapi entahkah..sukar nak diungkapkan dengan kata-kata.
2010 .. sesi persekolahan nya teraa lambat dan agak menyeksakan. Pelbagai cerita suka dan duka telah berlaku sepanjang dua bulan pertama ni. Dukanya lebih daripada suka sebenarnya. Namun saya terima is sebagai satu pengalaman hidup. Pengalaman yang amat berharga untuk membina masa depan saya sendiri. Insya Allah.
Selesai saja saya menjalankan tugas rasmi di bandaraya kuching dengan penuh ria… sebab .. hasil kerja saya Alhamdulillah.. memenuhi piawaian yang ditetapkan. Namun kembali saja ke sekolah.. saya mula mengkaji system jadual waktu sekolah yang kucar kacir di awal sesi 2010. Setiap tahun mengalami masalah yang sama sebenarnya. So … saya mengambil langkah drastic mengkaji dan belajar bagaimana nak menggunakan system yang baru… Alhamdulillah… saya Berjaya. Saya tau.. system ni takkan mempunyai hati dan perasan.. walaupun kita nakkan secara automatic tapi… alat-tetap alat…. Setelah Berjaya memahami cara benda alah ni berfungsi… saya mulakan operasi dan menjanjikan bahawa guru-guru takkan teraniaya sampai 5 waktu tanpa rehat. Kami bekerja siang dan aku bawa balik ke rumah waktu malam.. Alhamdulillah.. settle maasalah…
Namun.. masalah lain timbul bila mana salah seorang rakan sekerja terasa hati.. berperang mulut dengan rakan saya … saya Cuma leraikan perang mulut tersebut.. Risau jugak kalau saya yang naik angin… Alhamdulillah… I am in control….
Lain pula ceritanya hari-hari selepas itu.. bila mana perang dingin diisytiharkan… saya cool aje.. berbicara walau sepatah saja jawapannya… tersenyum walau terasa macam senyum pada tembok batu… bergurau walau tidak mendapat respond… dan yang sakitnya… disindir-sindir pula. Hati sabarlah…. Tapi akhirnya… Keadaan okey semula… tapi hati tetap terasa gurisannya.
First week of February… memang menyakitkan.. teguran untuk semua guru disalahertikan. Saya tak pernah mention [un guru mana yang buat kesilapan tapi teguran dianggap sebagai sindirian… Maka bermula lagi lah penghinaan demi penghinaan pada saya di laman kegemaran ramai facebook. Ya Allah …. Kau tabahkanlah hati hamba-Mu yang kerdil ini… sabarkanlah hati. Alhamdulillah… saya jadi lebih positif … semakin kuat keian dan hinaan pada saya… saya tau… tak semua orang yang menyokong…. Dan pasti ada insan yang menyedari keadaan ini. Tak apalah.. yang pasti saya hanya menjalankan tugas kerana Allah. Kalau setakat kerana elaun sekadar RM120 sebulan tu.. saya rasa kalau saya focus buat kek..masa musim perayaan… I can get more then that. Insya Allah… saya jjadikan ia satu doa’ mereka kea rah kebaikan untuk saya… dan… mereka sedekah kan pahal untuk saya…. Thannks Allah.. menjadikan saya lebih kuat lagi dari hari-hari sebelumnya.. walau saya hanya sendirian……

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga