Monday, January 4, 2010

Hari Pertama Persekolahan 2010

Hari pertama sekolah dibuka bagi sesi 2010. Ada peristiwa yang tak tau nak kata apa...sebenarnya. Saya bertungkus lumus petang sampai ke malam untuk menyiapkan sesuatu tugasan untuk membantu meringankan tugas seseorang. Dah siap dan cantik... dengan selamba meminta dari saya untuk dibawa kepada boss.... dan yang paling memedihkan telinga saya adalah... bila boss mengatakan " X " telah sediakan bahan so... tugas rakan2 lain adalah untuk mengikut apa yang telah ditetapkan. Gunakan apa yang disediakan dengan cara yang sepatutnya. Saya hanya mampu menjeling pada rakan yang memahami....huhuhuhu... tak palah... Allah Maha Kaya....
Peristiwa kedua..... seorang murid asrama lelaki mengamuk nak lari dari sekolah dengan memanjat pagar sekolah. Cikgu cuba nak pujuk.... cikgu dikejar.. guard nak halang.. guard digigit dan ditumbuk dan yang paling lucu sekali bila dia tak mengaku kakak dia sebagai saudara..hahahahahhaa. Saya cuba melihat mukanya...dia berpusing arah bertentangan....hehehehehhe. Kesian pada ayahnya... yang cuba memujuk tak juga berjaya.. Akhirnya si ayah terpaksa bawa balik anaknya ke rumah dan kita nasihatkan supaya kalau anak dia nak.. mohon sekolah yang berhampiran yang membolehkan si anak jadi murid harian... Oh..anak.... kesiannya si bapa...
Peristiwa ketiga... Parent yang kurang siuman sudah dua hari menghantar anak ke asrama sekolah. Walaupun dinasihatkan agar membuat permohonan mengikut procedur yang ditetapkan oleh sekolah. Yang kesiannya.. penyelia asrama tak mengetahui bahawa parent tu kurang siuman. Si anak yang dihantar pulak rumahnya hanya 10 minit berjalan kaki sahaja ke sekolah.....pening kepala... macam mana nak memberi faham orang yang tak siuman ini....
Yang paling menyedihkan hari ni adalah.. jadual belum sempurna dan tidak mengikut pembahagian awal yang kita tetapkan. Nak buat cam mana..kita banyak kali minta dibuat mesyuarat tapi yang diatas tidak beri perhatian. Tak palah.. saya tunggu dan kalau saya masih tak puas hati... saya akan minta ia dibuat mengikut keadaan yang lebih baik...
Whargh... first day in school... so many thing make me tired and headache. But... I love when i am in the class. release semua apa yang menyakitkan sewakktu di pejabat...hahahahha... kalau diberi pilihan menjadi guru biasa tanpa apa2 jawatan lebih menenangkan. Apalah yang ada pada jawatan yang elaunnya hanya RM120 itu. Tapi yang peliknya ...itulah juga yang menyebabkan orang sakit hati... Harap tahun 2010 saya lebih tabah dan lebih tenang menghadapi dugaan. Ya Allah.... pada Mu aku berserah dan pada Mu jualah tempat aku mohon pertolongan.

No comments:

Post a Comment

Halwa telinga