Sunday, August 12, 2012

Tempahan Kek raya.


Actually rasa malas nak buat kek raya tahun ni. And malas juga nak ambil tempahan...

So I buat senyap2 ajelah... but kesian pulak bila ada org siap tempah sebelum Ramadhan tiba lagi,,,

So... tabahkan hati kuatkan semangat....

Cuma tetapkan akan buat dua jenis kek saja iaitu.... Kek Idola and Chocolate Cheese layer cake...

Untukdiri sendiri... rasanya nak buat Kek Intan terpilih. It's yummy semakin lama ia disimpan dalam icebox...

But utk diri sendiri ... bila2 boleh buat kan....

I am done with 10 cake already....

But then tiba2 teringat sebiji lagi yang tak buat yang orang tempah... Aduhhhhhhhhhhh...

Bila lagi nak buat ni... Esok, Lusa dan tulat meeting hari2....

Kena berjaga malam lah macam ni..... Ingat nak bangun awal.. and buat apa yang sepatutnya

sebagai hamba kepada PenciptaNya... lebih2 lagi malam-malam terakhir Ramadhan ni.....

Moga di beri kekuatan mengadap yang Pencipta.. dengan penuh tawadhuk...

Tanpa perlu mengabaikan tuntutan duniawi......




Wednesday, August 8, 2012

Belajar buat cocholate............. Best.

Last saturday.. my dear sister.. Puan Pengetua.. balik berpuasa di rumah 27 Julai 2012.

Gambar yang tak tersusun....

MUla-mula lupa nak ambil gambar...

Bila dah mula masuk piping bag baru teringat... 

So inilah hasilnya




Bekas yang telah dilicinkan....








 Paling suka gambar ni and chocolate ni....


 Yang ni gambar hiasan semata


Malas nak citer banyak... kesimpulannya... buat chocolate ni tak delah susah mana


Dah berangan tak nak beli chocolate kan pasar dah,.,

Tapi masalah nya.............

Penyakit Malas... mengatasi  segalanya.

The eight of us....



Miss the moment that everyone at home............

But it's really hard to get back the time.. the sweetiest time......

So... kepada adik saya yang belum berkahwin.... sila kahwin cepat-cepat


Supaya everyone have very strong reason to be at hme at the same time..............




Tuesday, August 7, 2012

2 Ramadhan yang lalu....


Alhamdulillah 2 Ramadhan hari ni. Aktiviti hujung minggu diisi dengan jadual yang telah saya susun dalam minda saya. Semalam telah susun dengan cantik jadual waktu saya. Dengan diiringi bacaan Al-Quran, saya mengemas bilik saya seawal subuh.. di saat rumah saya sunyi sepi. Semua  orang masih lagi lena dibuai mimpi selepas bersahur dan solat subuh. Alhamdulillah… matlamat pertama hari ni selesai.
Petang teringin nak ke Pasar Ramadhan.. tapi kemalasan menguasai diri… akhirnya, segalanya tinggal harapan. Tak keluar pun di hari pertama Ramadhan. Kagum sekejap sebab tak berbelanja pada 1 Ramadhan dengan juadah yang pelbagai.
Hari ni tak pasti le….  Setelah menyiapkan tugasan utk latihan anak-anak esok hari and beberapa persiapan sekolah… tergerak hati nak mengisi ink printer.. Oh. Tidak… dua btl. Ink telah tumpah. Arghhhhhhhhhhhhhh…….. tension. Tak de kerja cari kerja . Habis semua kotor tangan, lantai dan kerusi… sampai ke lengan dimusnahkan. Huhuhu…Punah harapan rasanya tika tu… yalah kan… tgh nak print bahan, ink habis… dalam keadaan malas nak keluar… and driving… ink pula tak de….. Keadaan yang cukup tidak saya sukai.

Yang bestnya... esok hari nya isnin.... baru saya perasan.. tapak kaki habis merah..... so... saya pergi ke sekolah dengan tapak yang berwarna merah. Macam hiasan pulak dah... hahhaha

Sebenarnya entry dah lama saya type ... masa hari ke tiga Ramadhan dah,... tapi saya terlupa untuk mempublishkan kat sini. Hari ni dah masuk hari ke 18 Ramadhan. Betapa ketinggalannya peristiwa bersejarah ini untuk dipaparkan. ENtah kenapa mood untuk menype di sini seolah-olah malap. Sedangkan target masih jauh lagi nak capai..... hahahahahha... Berangan ada target konon dalam berblog. Tapi blog sekadar mengisi masa and melepaskan kebosanan dan keboringan di hati. Heheheheheh

Okey jumpa lagi.... rajin-rajin nanti saya akan kembali.






Saturday, July 28, 2012

Hari ke-8 Ramadhan..

Assalamualaikum... dan selamat pagi,

Lama sungguh rasanya tak jenguk ke sini..... Last updated on 3rd July... and hari ni dah 28th July... busy kononnya...

But sebenarnya, tak le busy mana pun... cuma keadaan hati dan perasaan yang selalu kucar-kacir ke belakang ni.

Tak tau... sejak dua menjak dah melepasi angka 40... terasa teramat sensitif pula.  Sabar ajelahkan....

Nasib baik bulan Ramadhan. 

Saya cuba mengambil kesempatan untuk melaksanakan apa yang termampu masa Ramadhan ni. Kalau tak buat rasa rugi pulak. Walau hati dan perasaaan tengah kucar-kacir, apa yang patut dilakukan mesti dilaksanakan...

Sekarang ni saya jarang online masa di rumah. That why... saya tak punya masa untuk menjengah.. apa lagi menaip entry2 baru di sini. Walaupun banyak aktiviti dan peristiwa yang dilalui.   

Saya lebih banyak habiskan masa utk buat and menaip soalan ulangkaji berfocus for my student. So... saya rasa that can help them to study.... Kalau nak study sekali harung memang agak sukar rasanya untuk mereka.. so that the approach yang saya ambil ... alhamdulillah ada perubahan. Memang mula2 hari tu.. result tak menyenangkan hati sangat... tapi dah masuk yang ketiga semua dah melebihi 50% betul malah ada yang dah 90% and above. So.. I can smile... walaupun bahagian B tak pasti lagi. 

Tapi... bila mereka belajar bahagian A.. secara automatik bahagian B pun covered jugakkan... ALah tajuk yang sama.. tak adalah membebankan sangat, Cuma... perlu di asah cara menjawab dan how to get full marks for every single question aje.  Cehhhhhhhhhhhhhhh....... cakap macam pakar aje. But.. I cuma guna pengalaman yang ada aje... to help them. Mengajar memang saya tak terror. Marah orang itu kepakaran saya.

Okeylah,,.. nak sambung buat kerja.. nanti lapang2 saya update lagi. Insya Allah bila keadaan dah stabil... saya akan kembali mengaktifkan diri mencatat perjalanan hidup yang tak ada yang menariknya di sini. 

Semoga puasa kita dan amalan kita mendapat redha Illahi dan mendapat ganjaran sebagaimana yang dijanjikanNya... amin.



Saturday, July 21, 2012

Sebelum Ramadhan


Wah.......... Ramadhan dah tiba. Tiba-tiba saya rasakan masa begitu cepat berlalu.  Terlalu banyak perkara yang perlu saya selesaikan sehingga tak berkesempatan untuk menjengah dan meluahkan rasa di rumah sepi ini.

Alhamdulillah, musim mendung di hati sudah berlalu, walaupun masih ada sisanya. Sukarnya mengusir ia terus  berlalu dari hati ini.

Sebelum menjelma Ramadhan, begitu banyak aktiviti yang dijalankan di sekolah, dan saya sendiri berusaha untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diamanah. Di samping mencari cara dan teknik yang boleh digunakan untuk  membantu anak-anak yang bakal menduduki PMR dan SPM tahun ini.

Dan ketiadaan pengetua di sekolah kerana urusan di luar kawasan juga, seperti biasa meninggalkan kesan untuk saya. Tapi alhamdulillah segalanya dapat berjalan dengan baik.

Sekarang ni, rasa blur pulak.. tak tau apa yang harus dicatatkan di sini.  Walau aktiviti dirasakan cukup menyesakkan jiwa...

Oh.. ya.. last monday, kereta saya tak boleh start.. tengok enji berkelip-kelip... macam ya aje saya menengok enjin.... and check apa-apa yang patut... Lastly, terpaksa suruh my brother menghantar gi sekolah. Then saya send sms pada dia.... dia kata  battery... saya kata enjin yang berkelip... bukan battery.,, macam pandaikan... hati memang dah sakit sebab kereta baru dua tahun dah buat hal... memang mood hancus betul hari tu....

Then petang tu... balik awal... menggunakan khidmat driver Kertina naim.... and sampai di rumah rumah.. tanya my father.. apa orang tu buat untuk hidupkan kereta saya... hahahhaha.. just charge the battery... lepas tu hidup.... huwaaaaaaaaaaaaaaaa.... tak nak dengar kata orang kan.... hehhehe... Then last wednesday... terus ke Mukah untuk menukarkan battery.. lepas beli.. minta tauketu tukarkan.. but dia kata,.. persona payah sikit.. kalau tak betul cara.. x boleh hidup kereta.. so dia suggest gi workshop yang boleh buat dengan baik...

And saya memalukan diri sendiri tanya.. " berapa jam nak tukar battery?"... Gelakkan budak dua orang tu.... and selamba aje kata... "Tak sampai 10 minit kak" huwaaaaaaaaaa.... Rasa nak start enjin and cari workshop lain... but... saya buat muka selamba aje sengih.... hehehhehe.. walaupun dalam hati... Ya Allah malunya.... heheheh

Alhamdulillah... settle and hari sukan berakhir tengahari Jumaat... dengan kehadiran YB Dato' Seri Dr. Muhammad Leo Toyad . petang tu. Memang sakit jiwa sebenarnya... sebab kena settlelan benda remeh yang tak diambil perhatian, walaupun dah dimention dalam mesyuarat sebelumnya. Kena ke Mukah tengahari Thursday... beli barang yang diperlukan,,.. may be sebab banyak yang perlu disettlekan... hilang rasa lapar.. walaupun sebelumnya memang lapar sangat rasanya. So beli ajelah junk food... and sampai sekolah... wahhhhh.... kelaparan...

Petang tu lepas majlis perasmian memang saya makan... untuk hilangkan kelaparan hehehehe...

Sorry ya... ntah apa-appa yang saya catatkan. Tak pelah... utk diri sendiri sebenarnya.... peringatan...

Apa pun yang berlaku... jangan ikut mood.... but... mood saya memang kelaut... 3 minggu ni... selalu aje rasa nak merajuk... tak larat rasanya dia nak memujuk sebab selalu aje marah kat dia... walaupun tak de sebab pun nak marah.. sorry ya.. teramat sorry.... ada ciri-ciri isteri derhaka kan>??????? hehehehhe...

Nauzubillahi min zalik.......





Monday, July 16, 2012

Monday...

Gerimis pagi ni sama dengan apa yang ada dalam hati saya sekarang ni.

Ya Allah.. kenapalah setiap kali nak pergi ke sekolah .. perasaan macam ni muncul.

Nak berada di rumah.. tak  ada orang nak bagi makan kat saya pulak.

Terasa ingin sangat pergi jauh dari sini,,,,

Tapi kesian dengan mak dan bapak pulak.

Tanggungjawab itu menyebabkan saya terbelenggu di sini dan

Mudah-mudahan dipermudahkan Allah untuk saya....



Friday, July 13, 2012

Moody berterusan

Susah nak kata, since last week mood saya memang tidak stabil. Angin meroyan saya datang dati kiri kanan. Ntah. Saya cuba yang terbaik utk tidak marah. So minggu ni, saya lbh byk buat kerja pejabat. Cuba elakkan diri dari suasana yang menyesak jiwa. Cuma hari rabu hidup btl2 kucar kacir. Rasa nak drive ke Sibu, but dgn keadaan yg tak stabil, selera makan hilang ntah ke mana. Mana mungkin saya boleh drive jauhkan. Then tengahari tu gi Mukah ajelah. Tumpang kertina. And si mohd nor usha nak ke kfc. Itu pun saya mkn kentang dan sayur aje. Ayam. Masuk dlm bucket utk bawa blk rumah. Dahsyat sungguh rasanya. And minggu ni juga tiga hari berturut2 saya ke sekolah awal. 540 pg dah terpacak di sekolah dah. Tapi serius kdg rasa seram juga bila uncle security tu, mcm menunggu je saya buka pintu office. Buka office lps tu saya cepat2 keluar and buat rondaan. Gila rasanya. Agaknya saya paranoid ke? Hehehe. Tapi dalam hidup perlu sentiasa berhati-hati. Ya dok? Datang awal bukan apa, nak mengelakkan perasaan yang tidak berapa nak baik sekarang ni. So.. anak sedara biar bapak dia yang hantar. Takkan nak suruh dia terpacak di sekolah jam 5.15 pagi kan. Saya merayau di aras 1, ke bengkel, ke makmal naik aras 2 and last sekali aras 3 untuk perhimpunan pagi sambil mengawasi pergerakan murid. Amboi, macamlah kerja as securitykan. Hehehe oh, kenapa saya bad mood dua minggu ini? Adalah yang menyesakkan hati saya. It.'s make me easily get angry, tak ke gila macam tu. SYa mengelak diri dari apa2 perkara yang saya x suka. Itu lebih baik daripada saya memarahi orang tak tentu pasalkan.

Halwa telinga