Thursday, September 23, 2010

Lambat pulak..........

Terasa teramat lambat hari ini berlalu. Sedangkan di hati memang teramat tidak sabar menanti hari-hari supaya berlalu dengan lebih pantas lagi. ................. Slownya......... Tak sabar menanti PMR.....coming soon... 051010 - 111010

Di Alam Fana Cinta


Di Alam Fana Cinta (Fotograf)
Bila terpejam lena
Jasadku tidak berdaya
Mencari engkau di mana
Hanya dalam mimpi indah
Bila aku terjaga
Jasadku terus berdiri
Mencarimu tiada lagi
Berkubur di alam mimpi
Apakah aku yang terlupa
Antara lena dan terjaga
Di waktu malam pemisah
Yang nyata menjadi mimpi
Di sini engkau menanti
Bersama harum kasturi
[ Di Alam Fana Cinta Mu lyric found on www.lirik.my ]
Bagai mekarnya bunga cinta
Di alam nyata penuh rahsia
Pabila titisan embun pagi
Mimpi indah
Entah ke mana menghilang
Entah kenyataan
Engkau biarkan aku terbuang
Di alam fana cinta
Kau pula berdusta
Ku terpenjara aku terpenjara
Di dalam lena di dalam jaga

Sampai Hati,,...

Sampai Hati 

Tergamaknya dirimu menghiris hatiku
Tidakkah di hatimu punya perasaan
Sampainya hatimu meninggalkan aku
Di manakah janjimu yang setia

Betapa sepinya perjalanan hidup ini
Di kiri kananku penuh duri cintamu
Sampainya hatimu membiarkanku rindu
Kau terus menghilang tanpa berita

1
Entah mengapa rindu di hatiku masih di dada
Bukannya mudah nak kulupakan
Adakah tanda aku masih menyinta
Sedangkan engkau entah di mana

2
Hanya Tuhan yang mengerti hati dan perasaanku
Di tengah malam syahdu hatiku merindu
Sampai hati kau pergi tanpa pedulikanku lagi
Aku berdoa agar engkau bahgia

3
Biarlah aku abadikan cintaku yang setia...
Oh... kekasih
Segala kenangan menjadi rinduan
Cinta di hatiku seperti dulu

Wednesday, September 22, 2010

Kenapa????

Kenapa????????? 

Tuesday, September 21, 2010

RIndu...........

Hati ini... saya rindu........................ Rindukan apa? Entahlah.. cuma perasaan rindukan sesuatu. Mencari-cari sebenarnya apa yang dirindu.................... ???????

Monday, September 20, 2010

Raya 2010

Makanan di pagi Raya











Ini pula gambar2 di  hari raya












Gambar2 di hari raya... tapi ramai yang tak balik.. my family... 2 org... my udak.. 1 orang... my anjang ... tinggal yang bujang saja... my chik... semua tak de... ngah and family memang tak balik kpg masa cuti. Tapi dalam2 tak ramai tu... bising dan penuh juga kat rumah. kami juga buat sambutan birthday aziz and ajak and Izzati.... dan penuh lagi rumah bawah  pada malam tu. Rumah atas untuk tetamu..... I miss hari raya a lot.... sebab ramai kat rumah.... Selepas keberangkatan balik.. aduh sunyinya,..... Now... saya dah balik ke sekolah.. dah hari ni memerlukan oksigen sebab banyak benda kena buat............. huhuhu

Friday, September 17, 2010

Kenapa?

Kenapa perlu dipersoalkan kenapa sampai di usia anak dara tua ini saya tak kahwin2 lagi? Saya memikirkan banyak soalan bila dipersoalkan perkara ini. Di antara soalan yang pernah saya kemukakan semula kepada penanya adalah  :
  1. Saya minta duit kat awak ke... kalau saya tak kahwin?
  2. saya menyusahkan hidupa awak dan keluarga ke?
  3. Kalau saya kahwin nak bagi duit untuk belanja kenduri kahwin saya tak?
  4. Pasal.. takut saya kacau ur hubby ke?
dan biasa..nya...kalau mak saya dengar.... pasti ada cubitan manja kena kat saya.  itulah juga sebabnya saya tak suka pergi kenduri kahwin, atau apa2 saja jenis kenduri di kampung atau mana2 aktiviti melibatkan orang ramai..kecuali kat sekolah lah. Sering juga mengelak diri bila ada yang datang bertandang ke rumah... menensionkan mengadap soalan2 macam tu.

Sometimes bermuhasabah diri juga.... dan saya menerima bahawa.. diri saya penuh dengan kelemahan ... kekurangan... dan yang penting... saya jenis lepas cakap dan garang... ada ke lelaki yang berani.... hahahhahaha. Tapi saya tau setiap apa yang Allah tentukan pasti ada kebaikan dan hikmah yang tersembunyi.. Allah Maha Mengetahui dan Adil.... Moga Kebahagiaan Abadi milik ku.. di dunia dan akhirat. Amin.....

Tuesday, September 14, 2010

Selamat Hari Raya 2010

Lamanya saya tidak menjengah diri dan mengupdatekan cerita kat sini. Cerita..tak ada apa yang menarik untuk ditulis di sini.

Cuma hari raya ni..kami raikan dengan penuh kesederhanaan. Macam tak percaya bila mana saya langsung macam tak berminat aje dengan syawal. Rasa kalau boleh Ramadhan lama sikit lagi… Alhamdulillah hari ni.. dah tiga hari puasa saya. Walaupun seelok-eloknya tidak digabungkan antara puasa sunat syawal ddengan Qada' saya tetap niat untuk puasa Qada' juga.. sebabnya…bila sekolah buka… aduhh payahnya nak menggantikan puasa yang ditinggalkan. So sekarang ni… saya ada lima hari lagi untuk digantikan puasanya. Insya Allah..saya akan menggantikan secepat yang mungkin.. sebab nanti dah dekat Ramadhan yang depan tak lah kecoh nak ganti puasa.



 

Apa istimewanya raya ni…. Yang istimewa adalah adik-beradik saya balik semua di hari raya.. opss.. ada dua orang yang tak balik.. Adi di Doha …. Dah dua kali beraya di luar Negara. Nak buat cam manakan.. dah rezeki di Negara orang. Kak Ina di Kuching.. tak balik demi anaknya yang bakal menduduki UPSR selasa depan. Sian Amal asyik kena sakat aje dengan makcik2 dia. Budak tu pun sedih semacam aje…. Bila di beritahu suasana kat rumah.


Yang istimewa kedua.. Saya taka de baju raya tahun ni…. Tetiba aje dapat baju raya dari kak Aya… warna hijau. Itulah baju yang saya pakai di pagi Raya. Memang dah berangan dah sebenarnya nak beli baju raya yang tak seberapa rupanya di Mukah.


 

Yang istimewa ketiga adalah… tahun ni saa tak masuk dapur untuk menyediakan juadah.. masuk hanya sekadar jadi pemerhati… (macamlah tahun ni aje macam tu) huhuhu… tahun ni saya beritahu Kak Aya teringin nak makan ayam masak merah. Kak aya janji nak masak… yippy…. Saya hanya membeli daging baru sembelih dua kg, ayam dua ekor dan daging yang dah dibungkus satu bungkus .. entah berapa beratnya.. saya pun tak pasti.. Tapi bila dah dikeluarkan… terkejut saya.. takkan ayam dua ekor banyak macam tu sekali… rupanya… kaki par saya dah beli enam ekor. So tahun ni… lauk hari raya kami ada lima jenis… Ayam masak merah, rending daging, kari ayam, kari lembu, dan daging masak hitam. Hidangan lain.. agar-agar milo yang gulanya dicatu oleh Abang Nial, Lemang buatan mak, ketupat pulut dan ketupat beras.. sayur campur… biskut … dan kek lapis Sarawak yang wajib. Yang saya sediakan adalah Kek Lapis Intan terpilih dan Idola sahaja. Lebihan bahan yang saya buat untuk Kertina (sebenarnya memang beli lebih pun)

Yang istimewa keempat adalah… pagi raya baru saya sibuk membetulkan langsir raya yang mak saya gantung awal tiga hari dan sebelum tu hanya saya jelling sahaja. Dan saya susun balik kerusi lama saya tu ,,… sebab tak mampu nak beli yang baru.. so guna ajelah yang tu. Duit dah banyak habis untuk siapkan rumah..huhuhu. Next year.. saya mesti tukar kerusi yang baru diruang tamu tu…huhuhu…. (azam raya tahun 2011 yang bakal jatuh pada 31 Ogos atau 1 September). Langsir pun .. mak saya jahit sendiri. So tahun ni memang simple teramat. Tahun depan…kami lebih ramai.. saya akan pastikan kak ina balik pada hari raya.. and adi kata dia akan bercuti masa raya pada tahun hadapan. So… nak berpakat awal2lah nak beraya lebih meriah tahun depan

Yang teristimewa kelima.. 13 September.. adalah birthday & anniversary Aziz dan Izzati manakala 14 september pula birthday ajak. Kami buat sedikit makan-makan untuk calebrate mereka. Menunya… Mee hun goring, Ayang panggang, buah jambu air dan jambu batu bertemankan sambal belacan, buah limau Sunkist, ikan jamah bakar, tomyam seafood (lebihan makan tengahari sebenar.. sebab kak aya masak lebih) Goreng pisang dan kek birthday…. Alhamdulillah…. Ayam yang saya perap dan jay and aziz bakar… juga makanan yang lain semuanya selamat sejahtera. Kehadiran sepupunya dan makcik2 juga memeriahkan suasana. Nasib baik kami ada rumah tingkat bawah untuk gathering ni…. So,… tak le mengganggu ruang tamu. Saya dah tetapkan… family gatherinmg kami akan di buat di tingkat bawah kalau yang melibatkan makan2. Puasa terakhir hari tu pun kami berbuka di bawah… dengan hidangan yang teramat simple… laksa Sarawak dan ayam goring sahaja…. Dan semuanya licin….

Yang keenam dan terakhir…. Tahun ni saya beraya ke sebuah rumah sahaja… Rumah my best friend forever.. di Kpg Igan. Thanks Ary atas mee goreng yang sedap itu. And Nana…. U know what I get last raya … I will tell u later..hahhahaha. Ary …. Mee goreng yangdibekalkan balik menyebabkan aziz and saya berebut payak wak dagen mee in… and saya kalah sebab tak sedar dia ambil payak saya… sadis sungguh….

Okey… selepas itu raya saya hanya di rumah..paling my games hasil ehsan kertina Naim kepada saya… bermain bersama my favourite syahrul. The one and only yang menguasai Lappy saya sepanjang berada di rumah… Okey.. till then… jumpa lagi.. مع السلامة والى لقاء

Halwa telinga