Saturday, March 31, 2012

Lapang Dada.....


Selalu suruh anak2 murid membaca ayat ini... setiap kali sebelum menduduki ujian..

Sepatutnya jadikan ayat ini sebagai amalan harian setiap kali belajar, mendengar, berbincang dan

apa jua yang berkaitan dengan ilmu  pengetahuan.

Malahan ketika kita merasa terhimpit dek masalah atau bebanan perasaan..

InsyaAllah.. dengan  keyakinan kepada Allah...

Allah akan permudahkan untuk kita..

Surah apa ye???

Surah Al-Insyirah... Saya rasa semua tahu tentang surah ini.

Sejujurnya saya memang mengamalkan surah ini

sejak saya tingkatan lima... (masa dekat2 nak SPM)

Bila di Universiti... ia mula jadi amalan saya..

setiap kali membuka buku... termasuklah bila saya baca komik

such as gila-gila.

Setiap kali sebelum memulakan assignment

Setiap kali sebelum memulakan kuliah bagi setiap paper yang saya ambil

(Boleh dibayangkan masa zaman saya.. pernah mengambil sehingga 16


papers for 1 sessi. Nak kurangkan memang tak boleh sebab memang dah difixkan


untuk budak2 Sarjana Muda Pendidikan Islam)

Sebelum saya memulakan discussion dengan rakan2..

Sebelum saya memulakan presentation.. samada berkumpulan maupun berseorangan

Alhamdulillah..keputusan peperiksaan saya memang boleh dibanggakan

apatah lagi saya bukannya bijak pandai...

sehingga peringkat Master of education pun saya buat macam tu jugak...

Memang result memang tip toplah..masa tu....


Semoga saya tidak lupa untuk terus mengamalkan ayat ini dalam setiap langkah

kehidupan saya di bumi Allah ini...



1 comment:

Halwa telinga