Friday, February 18, 2011

Kasih seorang bapa???

Bahagianya ibu bapa yang emiliki anak untuk disayangi dan dimanjakan


Hari ini saya didatangi oleh seorang murid. Sebenarnya .. dia nak jumpa saya sejak dua minggu yang lepas. Tapi kesihatan yang betul-betul tidak mengizinkan menyebabkan saya temujanji terpaksa ditangguhkan. 

Mesti pelik ... bila mana guru yang garang seperti saya sering menjadi tumpuan anak-anak murid untuk bercerita masalah. Saya memang garang.... tapi saya tak tau kenapa murid-murid ini menerima kegarangan saya seadanya.


 Malahan kegarangan saya tidak membataskan mereka untuk bercerita dan meluahkan masalah kepada saya. Walaupun saya tau... ramai yang tak suka saya... tapi alhamdulillah.. murid-murid saya menerima saya ... dan memberi respond yang baik kepada saya. Yalah kan... takkan semua orang suka kat kita.... mesti ada yang tak suka juga...heheheheh


Okey berbalik seula kepada naka murid saya tadi.... Rupanya dia merasakan dirinya diabaikan oleh bapanya. Saya ingatkan bapanya adalah bapa tiri atau bapa angkat tetapi.... bapa kandung. Tak taulah... bapak dia ni..kahwin kerana kerelaan atau paksaan dengan mak dia. dia kata kalau dengan adik2 yang lama (mak lain2)  okey . Dia lebihkan anak2 dia dari isteri lama dia.  

Yang kesiannya.. anak ini rupanya sering dipukul, ditampat dan diterajang oleh si bapak. Pernah mengadu dengan mak dia tapi mak dia buat tak tau. malahan mak dia  seolah memusuhi dia pulak,..... 

Macam mana ya nak tolong selesaikan......  saya pun teringat kisah novel "Dari kerana mata" tulisan Norhayati Berahim... rupanya memang berlaku... sayangnya saya tak habis lagi menelaah novel tersebut.

Apa yang saya mampu nasihatkan anak murid saya ialah
  1. Sentiasa buat catatan pada pesanan dan suruhan bapak dia.... (macam catatan untuk homework yang dibekalkan guru le)
  2. Jangan naikkan kemarahan bapa
  3. Jangan menjadikan kemarahan bapa sebagai satu tekanan sehingga menjejaskan masa depan
  4. Jadikan situasi sekarang sebagai motivasi untuk membuktikan bahawa dia adalah yang terbaik. First step adalah melalui PMR nanti.
  5. Off course yang kelima... jangan segan  untuk menjadikan ustazah sebagai pendengar atau kalau rasa malu nak nangis depan orang lain. Cari ustazah and nangis lah depan ustazah.
  6. Yang penting.. jadikan masalah sebagai stepping stone ke arah kejayaan......
Moga anak ini akan membuktikan kepada bapanya bahawa .. he will proud of her........


Tentu gembira bila bapa kembali dari kerja setelah sekian lama tidak bersua....  





No comments:

Post a Comment

Halwa telinga