Sunday, January 22, 2012

Jadual waktu.... 3/2012



Hari ini saya memulakan kembali .. untuk menyusun atur jadual waktu yang baru.
abaikan gambar diatas ni... hehehhehe.... serius gila sebab kat depan tu ada parent.
tapi... sempat2 jan tangan on kan webcam..... hehehhehe.. tu yang muka serius and dengar dengan sepenuh perhatian..... nak tengok muka sendiri ketika berurusan dengan parent.  Langsung tak de kaitan dengan tajuk hari ni ya..

p/s Sila muntah ya............... hahhaha

Terasa agak blur sebab banyak perubahan dan permintaan dari Guru Kanan Mata Pelajaran yang 

perlu diambil perhatian.  Puhhhhhhhhhhhhhhh... macam ya ajekan.... tapi itulah hakikatnya.

Membuat keputusan seorang diri.  Menentukan yang terbaik pada guru dan yang terbaik untuk murid

bukan sesuatu yang mudah. Kalau silap percaturan yang menanggung akibatnya adalah anak murid.

Nasib for form six tak de masalah dan tak perlu berubah. Kalau ikutkan hati memang rasa malas

ya ampun.. nak mengadap benda ni. Cukuplah setahun sekali aje.


Kadang rasa nak termuntah pun ada. Last night.. langsung tak boleh nak ngadap. May be pada orang lain 

tugas membuat jadual waktu adalah mudah. Tapi... pada hamba yang hina dan tak tau apa ini... memang 

payah dah boleh menyebabkan 14 kali migrain. 




Bermain dengan aSc ni kadang seronok... tapi bab nak susun atur guru ngajar selalu  rasa risau, gundah dan 

gelana. Takut apa yang saya buat tidak disetujui pengetua, Tidak direstui guru,  memberi kesan negatif 

kepada murid. Bab memberi negative impact pada student yang paling membuat saya kecut perut. 

Tapi..hamba yang kerdil ini tetap memohon petunjuk dan panduan dari yang Maha Mengetahui. Kerana sedar

bagaimana sekali pun kita merancang,,, tetapi keputusan terakhir tetap di tangan Allah.


Semoga dipermudahkan hamba Mu ini Ya Allah................ amin.

Saturday, January 21, 2012

Miss...................

Really miss him very much...


Tapi... tau.. dia dah buang diri ini jauh nun di 


hujung lautan.


Duhai ati... belajarlah menerima hakikat itu...


Still have a long way to go...





Ikan Tenggiri.. masak asam..

Tengahari tadi.. saya merajinkan diri memasak untuk makan tengahari my parents and anak sedara yang ada kat

rumah. Hasilnya adalah Ikan Tenggiri masak asam berjaya dimasak dengan jayanya. Menggunakan ikan fresh

 from the sea and kunyit hidup fresh from pasu mak saya. hhahahahhaha... lama sungguh rasanya tak

 memasak



Gambar macam tak sedap....lan.. tak menarik langsung. Tapi bila rasa... ehmmmmmmm it's yummy.


Memang kalau ikan tenggiri yang fresh from the sea.. memang sedap dan berkhasiat di masak macam ni.

Actually tak le macam masam asam dekat semenanjung... yang ni simple je... Masak baling2.

Ikan rebus dengan asam paya and garam.... bila dah mendidih.. masukkan bawang merah, putih , serai dan halia.

Biar seketika... dah ready untuk dimakan... makan masa panas-panas memang sedap.

Hahahahhaha.. macamlah semua orang sama selerakan. Tapi my parent punya selera memang boleh masuklah.

Ada seorang insan yang suka bila saya masak tenggiri macam ni. Tak taulah... dia betul2 suka atau sekadar nak ambil hati saya saja. Tapi bila tengok dia makan, memang nampak betul2 suka... Tapi tau dia memang tak baca pun blog buruk saya ni.. siapa lah diri inikan..... huhuhuhu... sabar ajelah duhai ati...

Apa-apa pun saya memang tak suka memasak... tapi tak le sampai tak tau memasak.

Thursday, January 19, 2012

Masih di Pejabat...

Wah.... jam dah hampir jam 6pm. Saya masih lagi di Pejabat....  Letihlah macam ni. Otak dah berserabut...


Tapi tugasan masih banyak lagi....


Hari ni.. hampir saya rasa nak menangis bila data


tak siap seperti yang sepatutnya. Sabar ajelah... 




Meja saya dah ada macam-macam rupa dah. 


Pelbagai dokumen perlu disortkan ikut kategori..


Pening kepala akak dik.... huhuhu. Nampaknya Cuti 

Seminggu ini tidak bermakna apa-apa buat saya. 



Apatah lagi sekarang.. saya kena memastikan data 


siap sebelum 30 Januari 2012. Oh..no....


Cuti ni kena buat benda tu. Ya Allah..... bantulah


saya untuuk  terus focus pada kerja ini. 




Ohh........ no.. tiba-tiba je teringat akan jadual yang
\
perlu diubah semula.... So.. terpaksa terus bermula 


esok hari rasanya....


Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, January 17, 2012

Busy... lagi

Asyik title yang sama kan....????? Tapi apa nak buat.. memang itulah hakikatnya.

Kesibukan tak le melampau sangat... tapi sebab monday pengetua dan PK Pentadbiran tak de di sekolah

Nak atau tidak terpaksa juga lah melayani segala perkara yang perlu.

Dari melayani telefon hinggalah ke perkara melibatkan ibu bapa dan pendaftaran masuk pelajar baru dan

perpindahan keluar  pelajar. Termasuk juga uurusan KWAPM yang masih tak selesai-selesai lagi.

Walau bagaimanapun.. sudah hari ke-4 saya beriadah pada waktu petang...


mengeluarkan peluh..hari pertama saya  berbasikal hingga ke sekolah.. buat lawatan lewat petang

hingga ke Pasar Oya, Rasa macam serik pula berbasikal hingga ke Pasar sebab semua orang tegur.

Saya berbasikal dengan siapa,,,, dengan my cousin Izal, Asan and Tah.

Then sekarang saya cuba berusaha untuk beriadah sebelah petang di kawasan rumah my auntie,...

Alhamdulillah... azam tahun ni ...?? nak kuruskan badan????? hahahahha tak da maknanya

Saya berazam untuk mengekalkan kesihatan badan saya... mengekalkan berat badan yang dah sedia terlebih

 10kg dari ideal weight.  Kalau dapat mengurangkan ke 5kg di penghujung tahun 2012.. kira bonuslah kan.

Anak sedara saya pun dah berlari bersama saya.. petang2. Dia bukan main lagi.. sehingga basah lecun satu

badan.... Tapi serius... memang rasa lebih sihat and lebih lena tidur. Tapi kan,,...............

Hari pertama beriadah.. Allah mak..... sakitnya kaki ketika malam hari. Rasa tak larat nak jalan. Teringat

kenangan lama di SMK Dalat, selepas lama tidak bersukan.. and kembali bersukan sebaik keluar dari UM...

saya sakit kaki seminggu. Seksanya .. hanya Allah saja yang tahu bila saya naik turun tangga, hahhahaha

alhamdulillah kali ni... tak delah teruk sangat. Setakat dua hari saja... Ahad petang saya dah boleh berlari dan

berjalan serta berbasikal seperti biasa.

Ohh... ya saya dah beli basikal baru yang murah.... warna merah....  Kawan saya kata saya ni obses dengan

merah. Purse Merah, kereta merah,... baju banyak warna merah... hahahahhaha

Tak pe.. yang penting saya happy.... saya dapat melupakan kan kepedihan walau seketika....




Saturday, January 14, 2012

Perlukah?

Terbaca status and comment yang agak negatif bagi saya di muka buku.

Feel really sad....  Betapa generasi lama guru-guru berusaha keras untuk mencapai matlamat

Tetapi guru yang baru setahun mmengajar boleh beranggapan bahawa murid yang ada tidak boleh

digilap kelebihan mereka.  Kalau dah tau murid tak mampu berubah... so lebih baik tak payah kerja

mrnjadi guru. Cari kerja lain saja.

Bagi saya meningkatkan prestasi sekolah, bukan bergantung kepada pandai atau tidaknya pelajar tetapi

usaha dan sikap dari semua pihak. Kita sedia maklum..kemampuan murid adalah berbeza.. tapi layakkah

kita untuk menidakkan hak murid sebelum kita berusaha  membantu mereka.. Renung dalam diri kita..

adakah terus berjaya menjadi guru atau menjawat apa jua pekerjaan tanpa ada usaha.. atau kita memang

dah tau memang kita akan jadi guru.

Teringat satu ketika dulu, apabila ada seorang guru baru melapor diri bertugas dan diminta menetapkan

sasaran untuk pelajarnya... dan disasarkan semua pelajar gagal... Bila saya minta dia fikir dan selidik dulu,

dengan selamba guru tersebut memberitahu saya, budak yang lemah memang dah confirm gagal buat apa nak

disasarkan lulus.

Panas akak dik.... SO..ppantas juga melancarkan serangan balas, kalau macam tu cikgu balik kampung aje,

sebab jadi guru pun tak de maknanya. Kerajaan hantar cikgu untuk membantu murid memperbaiki

kelemahan. Kalau dah tau mereka tak dapat dibantu buat apa nak tunggu lagi kat sekolah, Baik buat kerja

lain. Sebab tak de faedah pun kalau sekadar datang dan tak mampu mengubah apa2.

Rasa ingin membalas juga kata-kata guru yang bagi saya tak selayaknya menjadi guru. Sepatutnya kita

mampu melihat murid mana yang boleh dibantu, murid mana yang boleh diperbaiki dan murid mana yang

boleh  menjadi cemerlang. Kalau tak mampu meluluskan dalam semua mata pelajaran, at least murid tu masih

boleh lulus satu atau dua mata pelajaran.  Yang penting strategi yang kita gunakan.

Layakkah kita yang dibayar gaji untuk mempertikaikan kemampuan anak didik kita tanpa kita melakukan

apa-apa pun untuk membantu murid.

Mungkin mereka masih terlalu baru dalam dunia pendidikan,

mungkin juga mereka belum cukup matang untuk memahami amanah dan tanggungjawab yang dipikul

dengan gaji yang diterima pada penghujung bulan.

Mungin juga masih terlalu muda untuk memahami perjuangan seorang guru. dan pelbagai mungkin muncul

di minda.

Tapi terkadang rasa menyesal pulak menghalang seorang bapa dari berjumpa dia last tuesday. Biar dia

tau dimana harapan dan had yang ada pada seorang guru dan dimana hak dan batasan yang ada pada

seorang murid.

Tolonglah cikgu, fahamilah tugas kita  untuk melulus dan mencemerlang anak-anak didik kita, bukannya

menidakkan keupayaan mereka sebelum berusaha.

Rassa nak menangis bila ada guru yang bersikap dan amat negatif sebelum memulakan langkah...

dan terus menghukum sahaja ....

p/s   Luahan rasa dan kesedihan seorang guru terhadap sikap dan persepsi negatif rakan seperjuang yang baru setahun jagung dalam dunia pendidikan. Yang belum merasa kepuasan dan manisnya perasaan bila melihat kejayaan yang dinikmati oleh anak didik...


Tuesday, January 10, 2012

Didik hati..

Mendidik hati bukannya sesuatu yang mudah dilakukan...

Bagaimana ya nak melakukannya...

Seringkali membaca dalam buku-buku agama... betapa 

pentingnya kita mendidik hati agar tidak terlalu  terdorong

kepada keduniaan.

Didiklah hati menjadi insan yang menerima ketentuan Allah

dengan redha dan pasrah.

Didiklah hati agar menjadi hamba Allah yang sentiasa yakin

bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada rahsia yang tersembunyi.

Didiklah hati agar sentiasa bersedia menerima teguran yang diberi

dala usaha membina jati diri  cemerlang

Didiklah hati agar sentiasa yakin pertolongan Allah akan sentiasa ada

Didiklah hati agar sentiasa takut pada azabNya.

Didiklah hati agar sentiasa rindu untuk beribadah kepada Nya.

dan... didiklah hati kita untuk apa jua yang menjadikan kita

hambaNya yang dikasihi.

Andai kita hilang kasih sayang manusia... yakinlah

kasih sayang Allah lebih utama. 


Duhai hati... Yakinlah.... bila Allah menutup satu pintu...


pasti ada lagi pintu yang Allah buka luas untukmu.

Jangan menangis duhai hati....  sabarlah... kuatlah...

usah bazirkan airmatamu. 

Pasti ada hikmah disebalik semua ini.... Yakinlah...

Dekatlah diri mu pada Allah sentiasa...... Dekatkan lah....




Dalam usaha mendidik hati menjadi orang yang sentiasa menerima ketentuanNya dengan terbuka dan menghadapi kelukaan dengan senyuman.....



Sibu...

Dah hampir 5 minggu saya tak jumpa weekend rasanya.

Hari weekend dah maam wekdays jugak. Kena mengadap kerja 

walaupun duduk kat rumah.

Sekarang ni.. masa untuk beronline pun rasa macam terbatas aje...

Facebook pun sekadar tengok dan jenguk aje,,,

Tapi last weekend (saturday) saya ke Sibu... mula-mula

pergi service kereta saya..... terbang jugalah 200++

Then... perut ambil makcik saya... atas titah perintah saya minta 

my auntie check out.... melampaukan 

Bukan apa... saya malas nak cari tpt park kereta. Tambahan pulak

perut dah lapar... jam dah hampir 11am tak makan apa lagi...

So... ambil my auntie.. kami terus parked kereta dekat Wisma Sanyan

And fikir mana tpt nak makan...  sudah semestinya... pilihan saya masa

itu adalah Mc DOnald yang terletak berhadapan dengan Mac Donald.

Menu kami,... heheheheh.... saya memang nak prosperity burger dengan kentang gulung-gulung

 Semuanya order Prosperity burger kecuali my auntie.. 

  
Kat atas setnya.... hahahha tak tau pasal gambar jd macam tu




 Ni.. yang saya tak suka keluar in saturday...

No plastic bag.. dear....  Control ayu aje.. saya peluk Bolster tu keluar dari kedai.


 Saya sempat menyambar dua pasang baju kuyrung moden untuk kerja...
di kedai PEACE... tauke tu memang tip top punya layanan ..

Rasa nak pergi lagi. Saya jenis.. yang suka pergi kedai.. lepas tu kat kedai dapat layanan yang best..

suure saya nak datang lagi... Sebab tu pengetua kata.. kalau macam tu bila buka kedai mesti selalu senyum and kena bersikap peramah.... ,,baru puak2 macam saya and Nana  suudi datang utk ke sekian kalinya.



 
 Dua orang yang menemani saya ke Sibu last saturday

 Hobby saya adalah mengambil gambar di tangga bergerak ni... and saya paksa dia orang bergambar

 Saya juga paksa dia orang ambil gambar saya juga..


 Ntah apa orang kat belakang tu fikirkan... tapi.. saya peduli apa.. tak ganggu orang pun kan...

hehehehhehe... lagi pun bukan dia orang kenal pun..


 Sibuk nak pilih kasut... tapi akhirnya... di Farley je ... baru beli kasut sukan and kasut kerja...

Sorry... tu aje gambar yang saya ada... Hehehehhe.

Tapi serius suka gila bila dapat melepakkan diri sambil window shopping...

Saya hampir menyambar hand bag lagi.. nasib baik... teringat baru aje ada dua hand bag baru...






Halwa telinga