Saya
agak pelik, bila saja Government umum penambahbaikan dalam profession
perguruan, mulalah
nak kutuk dan caci dan hina guru.
Guru
tak profesional...
Guru
tak ikhlas,
Guru
makan gaji buta,
Guru
suka bawa masalah luar masuk dalam kelas, and students jadi mangsa...
Dan
macam-macam masalah dilakukan oleh guru. serta
macam-macam keburukan yang guru lakukan.
Seolah guru hanya tahu membazirkan wang negara dan tidak membayar cukai.
Seolah guru tidak penting terhadap pembangunan dan kemajuan negara.
Agak-agaknya, siapalah yang mengajar mereka sehingga menjadi orang yang begitu bijak
mencari salah dan silap orang lain....?
Teruk
sangat ke guru-guru sekarang??????
Sian
cikgu.... amat kesian sebenarnya. Orang
mengata seolah buta hati untuk melihat
Apa
yang cikgu lakukan di sekolah.
Orang
hanya melihat waktu persekolahan hanya separuh hari saja
Orang
tak tahu beban tugas guru selain member didikan dalam kelas.
Orang
tak tahu berapa banyak latihan yang perlu diberikan dan disemak
Orang
tak tau peritnya menyediakan kertas soalan setiap kali peperiksaan dijalankan
Orang
tak tau perasaan guru melihat pencapaian yang langsung tak boleh diterima akal
Orang
tak tahu apa berlaku di sekolah... guru bukan hanya tahu mengajar sahaja...
Di
sekolah guru jadi ibu / bapa, tempat mengadu
Guru
jadi driver, tak pernah claim pun duit minyak hantar budak ke klinik and then
ke rumah
(kena
pulak rumah yang jauh yang tiada pengangkutan awam) sama da ketika pelajar
sakit atau masalh keluarga
Orang
tak tahu, berapa banyak duit yang dilaburkan untuk menyediakan bahan pengajaran
dan pembelajaran murid.
Belum
lagi ketika guru jadi jabatan kebajikan masyarakat, apabila ada budak yang
miskin tiada duit... guru menghulur bantuan,
Orang
tak tahu, berapa banyak masa digunakan oleh guru untuk online jam 1 @ 2 pagi
semata-mata nak memenuhi kehendak dan keperluan
semasa
Kerana
internet di sekolah yang selalu semput bila perlu mengisi data secara
online....
Orang
tak tau berapa banyak data online perlu diselesaikan oleh guru APD, SSDM, EMIS,
SSPS, SPBS(yang tak tau sekejap hidup sekejap tidak)
Belum
lagi kaji selidik yang wajib dijawab
oleh guru... Tak termasuk bahan2 lain berkaitan mata pelajaran yang perlu
dibuat secara online juga,
Itu
yang saya tahu dan berurusan terus.. tak termasuk yang saya tak tau.
Orang
tak tahu betapa beratnya tugas guru membawa murid untuk aktiviti luar. Orang
kata banyak claim.. tapi sebenarnya perbelanjaan lebih banyak
Dari
claim yang diperolehi. Nak jaga keselamatan murid lagi, kebajikan murid lagi.
Orang
tak tahu juga.. apa jawapan ibu bapa bila anak tak nak turun sekolah....
Orang
tak tahu.. apa kata ibu bapa bila anak lari dari rumah ikut lelaki (biasa murid
perempuan)
Orang
tak tahu lagi .. bila ibu bapa kata
semua salah cikgu bila anak tidak berdisiplin....
Orang
tak tahu lagi... bagaimana bila berhadapan dengan ibu bapa yang berlagak
samseng dan menyerang sekolah
Orang
tak tahu ... bagaimana perasaan bila berhadapan dengan kes-kes yang menjadi isu
nasional.
Orang
tak tahu.. guru sering berjaga menyiapkan tugasan dan persediaan sehingga jam
4pg.
Orang
tak tahu juga... bagaimana guru terpaksa berhadapan dengan murid yang terkena hysteria atau rasukan
ketia di sekolah.
Orang tak tau... apa rasanya.. berhadapan dengan anak2 orang hebat yang sentiasa mencari peluang utk menyalahkan guru
dan..... yang sering mengatakan.. perkara ini akan dibawa ke pihak atasan...
perkara ini akan menjadi isu nasional
pyang lebih teruk lagi... see u in court...
Dannnnnnnnnnnn....
banyak lagi yang orang tak tahu dengan tugas kami sebagai guru...
Dari
seorang guru akademik biasa hinggalah kepada orang yang berkaitan dengan
pengurusan sekolah.
Tapi...
biarlah mereka tak tahu... yang penting, kami tahu tanggungjawab kami,
amanah
yang kami pikul dan harapan yang kami galas.
Biarlah...
yang penting..... Allah tahu apa yang
kami lakukan.....
Biarlah
kan....... )-