Alhamdulillah…. Setelah melalui kejadian yang
tidak diingini sejak dua menjak lepas Raya…
Malam ni, pihak sekolah membuat aktiviti bacaan ayat-ayat suci Al-Quran
dan zikir-zikir tertentu bagi membantu meredakan keadaan. Bukan setakat
meredakan keadaan tetapi menghentikan terus.
Malam ni, buat pertama kali saya melihat dengan
mata kepala saya sendiri. Sebenarnya program ini dirancang hari Ahad malam,
tapi dek kerana memerlukan ramai orang, terpaksa tunggu hingga budak lelaki asrama datang untuk membantu azan.
Sebaik sahaja selesai ayat-ayat ni dibaca, dua orang pelajar non-muslim kena, saya tengok sekejap di Lobby Sekolah, lepas tu kembali ke surau...2 orang budak di bawa ke surau…Sebelum budak tu
sampai di surau, saya dengar tok guru
memaklumkan, benda2 yang kita tidak nampak, mula datang menyerang dari arah belakang
sekolah…. Huhuhu seram jugak lah masa tu.
But… Alhamdulillah budak-budak dapat dipulihkan.
Tapi ada juga seorang budak Islam lemah semangat, selepas dibisikkan ayat
Al-Quran dan minta dia mengingati Allah dalam hati dan dengan lidah… serta
dipulihkan semangat oleh tok guru ni tadi… dia okey. So.. saya minta semua pelajar
perempuan untuk sentiasa berzikir, baca Al-Fatihah, Ayatul Kursi dan juga surah
Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kalau tak ingat, bacalah mana-mana surah yang
mereka ingat. Syukur sangat sebab, pelajar-pelajar perempuan Islam semua okey
dan boleh membaca ayat suci Al-Quran dan selepas itu solat Isyak, sebelum
diminta beredar ke asrama masing-masing.
Sebelum memulakan acara malam tu, pelbagai
halangan berlaku, … lucu pun ada sebenarnya, search as.. sejak petang, telefon
saya susah dihubungi, line memang tidak memuaskan hati langsung. Then, bila
dapat dihubungi, ketua warden memaklumkan mereka memerlukan minyak Malaikat
Maut…. What??? Saya memang tak pernah mendengar nama minyak ni….. then baru dia
memaklumkan minyak Malaikat Subuh. Hahahahhaha…
lawak.. saya gi sekolah waktu maghrib and solat berjemaah bersama
mereka dan pelajar. Kemudian diberitahu
lagi, Cikgu Phua salah beli Lada.. orang minta lada hitam, yang dibawa adalah
lada putih. So.. saya ke pasar oya untuk membeli sedikit sekurang-kurangnya. Dapatlah dua botol kecil. Then saya pergi ke bilik air, menumpang bilik
air rumah Fatimah…. Sebab takut nak gi bilik air di sekolah. Hahahahha. Selama ni, saya tak kisah pun and
dulu selalu merayau ke asrama jam 1, 2 pagi… dan hari ni tiba2 saya jadi penakut
pulakkan.
Sebelum terlupa. Kumpulan Al-Falah ni telah
menggunakan bahan-bahan seperti Garam Kasar (sebab kawasan sekolah saya luas,
50 Ekar, satu guni garam diperlukan untuk tujuan ini). And then dua kilo lada
hitam, air dan minyak wangi Malaikat Subuh (yang kawan saya kata minyak
Malaikat Maut). Dicampur dalam besen besar, dan di bahagi dua….
Setelah lada hitam yang diminta supaya Cikgu Sim
mendapatkannya di Mukah, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dibaca dengan
suara yang kuat oleh pelajar-pelajar sekolah
saya.
Okey sambung semula cerita serangan makhluk yang
tak nampak ni, guru ni terus membahagikan pelajar lelaki dan orang-orang dia
kepada sembilang kumpulan…. Dek kerana kawasan sekolah yang luas… around ½ jam
juga lah mereka menyusun tentera-tentera bagi menghadapi serangan ni. Saya
teringin nak join, but guru tu awal2
lagi bagi tau, yang perempuan duduk di surau, jangan bergerak. Kawasan surau
dah dikunci. So saya berada di surau ajelah. Nampak pengetua, PK1 pun tak
bergerak bersama sembilan pasukan ni tadi. Then datang pelajar yang diserang di
rumah bersama orang kampung dan parent dia… Boleh melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana, badan budak ni seakan terangkat dan bergelombang. Guru tu kata jin tu jin sesat tidak bertuan. Kena masa yang hampir sama dengan budak dua
orang di sekolah. Setelah dikeluarkan. Alhamdulillah di bawa balik. Dan dalam
perjalanan balik ada dua orang mengikutnya, kata my PK1 yang mendapat berita
dari salah seorang dari orang yang
datang tadi.
Mendengarlah sedikit taklimat dari orang tua ni…
sementara menanti urusan selesai. Pelajar perempuan saya ingatkan supaya
sentiasa ingat Allah. Dan jangan putus berzikir dan baca ayat al-quran di dalam
hati.
Apabila
selesai azan, dilaungkan serentak oleh pelajar lelaki bersama guru-guru
Islam dan ahli yang dibawa oleh guru ni tadi, Keadaan di blok bangunan sekolah
semakin kecoh dengarnya.. hampir 10 orang
pelajar perempuan masih menjerit-jerit. And tok guru ni pergi ke
bangunan sekolah. Saya tak tau apa yang berlaku di sana, malas nak ambil kisah (hehehehe..
sebab kalau pergi pun saya tak dapat tolong jugakkan). Setelah selesai and
pelajar perempuan juga dah selesai solat serta
balik ke asrama. Pelajar lelaki mula mengambil tempat untuk solat
sementara ustaz diminta mengambil@menjemput pelajar lelaki yang mendatangkan
onar di sekolah untuk dibersihkan.
Okey pulak kali ni, tak de yang acara pancake
silat diadakan…. Alhamdulillah. Selesai semuanya… dan kami menutup dengan acara
makan makanan ringan di kantin sekolah. Sebab miscommunication berlaku antara
saya dengan PK1. Saya ingatkan dia call… rupanya jangkaan saya silap belaka.
Hehehehe.
Bila dah selesai saya balik dengan buah tangan,
garam untuk ditabur di sekeliling rumah sebagai simbol memagar kawasan rumah
dari gangguan makhluk yang kita tak
nampak ni. Yang penting bagi saya… ialah pergantungan kita sepenuhnya
pada Allah. Apa yang kita lakukan hanya medium sahaja. Apatah lagi, sifat2
bahan-bahan tersebut memang tidak disukai oleh
makhluk jin ni tadi. Waalahu a’lam.
Semoga semua kita dilindungi dari perkara-perkara tidak diingin pada
masa depan.
P/S, semasa mendapat garam, saya siap kira lagi
berapa biji rumah yang saya perlukan, habis rumah2 pakcik dan maksik saya and
adik beradik yang lain dikira…. Hehehehhe.
Cara menabur garam : Garam ni ditabur selepas
subuh. Baca selawat tiga kali kemudian baca Al-Fatihah. Kemudian boleh ditabur
disekeliling rumah (seperti biasa bermula sebelah kanan) Insya Allah rumah kita
dan penghuninya akan selamat dari gangguan makhluk yang kita tak nampak ni. Atau
dari hasad dengki orang yang ingin mengenakan kita dan keluarga kita dari
perkara-perkara yang tidak baik. Yakin pada Allah, dan berusaha menghindari
perkara yang tidak baik dari berlaku…. Yang penting, garam ni tidak boleh
dilangkah sebelum ditaburkan di sekeliling rumah kita kerana, ayat-ayat suci
dan zikir-zikir telah dibaca.
Okey, sekian sahaja karangan saya yang bertajuk,
expose mistik yang langsung tak seram masa saya menaip, tapi masa saya
menghadapinya, memang seramlah… hehehhehe. Sampai dua malam saya tak boleh
tidur. Jumpa lagi dalam karangan akan datang. Sekian terima kasih.