Hari ini saya memulakan kembali .. untuk menyusun atur jadual waktu yang baru.
abaikan gambar diatas ni... hehehhehe.... serius gila sebab kat depan tu ada parent.
tapi... sempat2 jan tangan on kan webcam..... hehehhehe.. tu yang muka serius and dengar dengan sepenuh perhatian..... nak tengok muka sendiri ketika berurusan dengan parent. Langsung tak de kaitan dengan tajuk hari ni ya..
p/s Sila muntah ya............... hahhaha
Terasa agak blur sebab banyak perubahan dan permintaan dari Guru Kanan Mata Pelajaran yang
perlu diambil perhatian. Puhhhhhhhhhhhhhhh... macam ya ajekan.... tapi itulah hakikatnya.
Membuat keputusan seorang diri. Menentukan yang terbaik pada guru dan yang terbaik untuk murid
bukan sesuatu yang mudah. Kalau silap percaturan yang menanggung akibatnya adalah anak murid.
Nasib for form six tak de masalah dan tak perlu berubah. Kalau ikutkan hati memang rasa malas
ya ampun.. nak mengadap benda ni. Cukuplah setahun sekali aje.
Kadang rasa nak termuntah pun ada. Last night.. langsung tak boleh nak ngadap. May be pada orang lain
tugas membuat jadual waktu adalah mudah. Tapi... pada hamba yang hina dan tak tau apa ini... memang
payah dah boleh menyebabkan 14 kali migrain.
Bermain dengan aSc ni kadang seronok... tapi bab nak susun atur guru ngajar selalu rasa risau, gundah dan
gelana. Takut apa yang saya buat tidak disetujui pengetua, Tidak direstui guru, memberi kesan negatif
kepada murid. Bab memberi negative impact pada student yang paling membuat saya kecut perut.
Tapi..hamba yang kerdil ini tetap memohon petunjuk dan panduan dari yang Maha Mengetahui. Kerana sedar
bagaimana sekali pun kita merancang,,, tetapi keputusan terakhir tetap di tangan Allah.
Semoga dipermudahkan hamba Mu ini Ya Allah................ amin.
No comments:
Post a Comment