Kat sekolah hari ni.. perkara pertama yang saya buat adalah.... menyusun jadual sit-in guru. Dah siap.. baru tanya kat Puan Kertina perlu buat ke.... rupanya tak perlu... penat aje rasa datang subuh2 lagi ke sekolah.
Tak banyak yang saya lakukan hari ni sebab kebanyakan tugasan segera telah selesai cuma menunggu bahan2 yang perlu saya laksanakan masa cuti ni aje.....
So hari ni... saya menghadap benda alah ni sambil otak ligat berfikir tentang aktiviti-aktiviti lain yang perlu saya selesaikan dan juga jadual waktu yang akan saya cuba untuk siapkan bagi minggu depan.
Sementara menunggu masa perhimpunan penutup... saya tak buat apa... cuma merenung perancangan jadual yang saya dah buat.............
Tak pelah lain kali mood okey.. saya memasuk benda yang berwarna-warni kat sini.. macam blog orang lain yang cantik saya tengok. Blog saya ni entah apa-apalah. Dahlah seminggu sekali pun payah nak updatekan. Mudah-mudahan masa cuti nanti banyak perkara yang boleh saya masukkan hari-hari kat sini.....
Selamat bercuti buat semua..................................... huhuuhu... saya cuti seminggu aje.. lepas tu bertugas...