Dah lama saya tak berkecimpung dengan dunia sajak menyajak ni
Petang.. walau rasa letih balik dari sekolah
saya kuatkan semangat untuk membuat kerja sekolah
Tapi lain yang saya temui..
But really like sajak ni....
Kirimkanlah
hadiah
Kerana
kita bertuah
Berteduh
di bawah
Rimbunan
penuh berbuah
Sebelum
kita berhijrah
Dan Berhenti
pada satu noktah
Jangan
sesekali digali pondok rehat itu
Dengan tangan
kiri yang terbeban
Sungguh
pun jalan itu pasti
Kepedihan
itu mesti
Jangan
biarkan bahu kanan tidak berisi
Dan
bahu kiri penuh berduri
Takut
nanti tergelincir di titi
Yang
maha kecil
Sambil
denyutan nadi satu dua masih seiring
Jangan
biarkan ketulan daging
Berpaling
tunduk mengiring
Pada
jalan asing
Asing
bagi pengamal syair tertinggi
Asing
bagi dahi yang selalu menyentuh bumi
Asing
bagi lidah yang sering memuji-muji
Asing
bagi roh yang ingin ke langit tertinggi
Dan
apabila waktu berpasangan bernoktah
Rezeki
diri tiada lagi termuntah
Lalu
jemputan tersedia sudah
Menjemput
janji megah
Untuk
ditunaikan ke alam barzakh.
Rumahku
syurgaku,
2007