Terbaca status and comment yang agak negatif bagi saya di muka buku.
Feel really sad.... Betapa generasi lama guru-guru berusaha keras untuk mencapai matlamat
Tetapi guru yang baru setahun mmengajar boleh beranggapan bahawa murid yang ada tidak boleh
digilap kelebihan mereka. Kalau dah tau murid tak mampu berubah... so lebih baik tak payah kerja
mrnjadi guru. Cari kerja lain saja.
Bagi saya meningkatkan prestasi sekolah, bukan bergantung kepada pandai atau tidaknya pelajar tetapi
usaha dan sikap dari semua pihak. Kita sedia maklum..kemampuan murid adalah berbeza.. tapi layakkah
kita untuk menidakkan hak murid sebelum kita berusaha membantu mereka.. Renung dalam diri kita..
adakah terus berjaya menjadi guru atau menjawat apa jua pekerjaan tanpa ada usaha.. atau kita memang
dah tau memang kita akan jadi guru.
Teringat satu ketika dulu, apabila ada seorang guru baru melapor diri bertugas dan diminta menetapkan
sasaran untuk pelajarnya... dan disasarkan semua pelajar gagal... Bila saya minta dia fikir dan selidik dulu,
dengan selamba guru tersebut memberitahu saya, budak yang lemah memang dah confirm gagal buat apa nak
disasarkan lulus.
Panas akak dik.... SO..ppantas juga melancarkan serangan balas, kalau macam tu cikgu balik kampung aje,
sebab jadi guru pun tak de maknanya. Kerajaan hantar cikgu untuk membantu murid memperbaiki
kelemahan. Kalau dah tau mereka tak dapat dibantu buat apa nak tunggu lagi kat sekolah, Baik buat kerja
lain. Sebab tak de faedah pun kalau sekadar datang dan tak mampu mengubah apa2.
Rasa ingin membalas juga kata-kata guru yang bagi saya tak selayaknya menjadi guru. Sepatutnya kita
mampu melihat murid mana yang boleh dibantu, murid mana yang boleh diperbaiki dan murid mana yang
boleh menjadi cemerlang. Kalau tak mampu meluluskan dalam semua mata pelajaran, at least murid tu masih
boleh lulus satu atau dua mata pelajaran. Yang penting strategi yang kita gunakan.
Layakkah kita yang dibayar gaji untuk mempertikaikan kemampuan anak didik kita tanpa kita melakukan
apa-apa pun untuk membantu murid.
Mungkin mereka masih terlalu baru dalam dunia pendidikan,
mungkin juga mereka belum cukup matang untuk memahami amanah dan tanggungjawab yang dipikul
dengan gaji yang diterima pada penghujung bulan.
Mungin juga masih terlalu muda untuk memahami perjuangan seorang guru. dan pelbagai mungkin muncul
di minda.
Tapi terkadang rasa menyesal pulak menghalang seorang bapa dari berjumpa dia last tuesday. Biar dia
tau dimana harapan dan had yang ada pada seorang guru dan dimana hak dan batasan yang ada pada
seorang murid.
Tolonglah cikgu, fahamilah tugas kita untuk melulus dan mencemerlang anak-anak didik kita, bukannya
menidakkan keupayaan mereka sebelum berusaha.
Rassa nak menangis bila ada guru yang bersikap dan amat negatif sebelum memulakan langkah...
dan terus menghukum sahaja ....
p/s Luahan rasa dan kesedihan seorang guru terhadap sikap dan persepsi negatif rakan seperjuang yang baru setahun jagung dalam dunia pendidikan. Yang belum merasa kepuasan dan manisnya perasaan bila melihat kejayaan yang dinikmati oleh anak didik...
No comments:
Post a Comment