Hari ini
dalam keadaan yang tak berapa nak sihat…
Jauh juga
fikiran melayang.. mengenang segala yang telah dilalui.
Berfikiran di mana silapnya hubungan yang di bina
sekian lama.
Dan… terus terang memang ada kesangsian dalam
hati.
Entahlah…. Lebih dari 10 tahun.. segalanya macam
tergantung begitu saja.
Tiada apa-apa yang boleh diharapkan..
Dan takut sebenarnya menaruh harapan…
Sebab tak ingin lagi rasa hampa dengan harapan
yang tak pasti.
Akhirnya…. Saya
tetap begini.
Hidup dengan dunia sendiri.
Mengisi masa dengan kerja yang tak pernah surut..
Malam kembali ke rumah… saya menjadi lemah dan
lembik
Tak mampu nak buat apa.
Agaknya … mungkin hidup saya akan terus
begini?????
Entahlah… tapi saya yakin pasti ada hikmat di
sebalik semua ini.
Orang boleh mengatakan apa saja tentang saya..
Anak dara tua…. Anak dara tak laku
Perempuan tak sedar diri… perempuan jahanam…
Perempuan yang melebih-lebih…
Terpulanglah….
Memang seringkali orang mengatakan pada saya..
jangan terlalu memilih.... di hari tua nanti kita perlu zuriat yang akan menjaga kita.
Jangan terlalu berkira.... masa tua kita perlukan peneman menempuh alam persaraan
Lebih-lebih lagi... musim kahwin akan menjelma...
memang menensionkan... lagi2lah cousin2 ku akan melangsungkan
perkahwinan di musim cuti nanti.... malah ada yang buat kali kedua..
What should i say.... bila ada soalan cepumas dikemukakan pada saya????
Jawapan standard saya...
Tak apalah... biarlah mereka kahwin... saya????
Selagi saya tak menyusahkan orang lain... tak minta duit orang lain... dan
tidak mendatangkan kemudaratan pada orang lain... saya masih selesa begini.
Sometimes....
ada juga saya katakan???
Kalau saya tak kahwin... ada orang dapat kesusahan ke ???
huhuhuhu... memang kurang asam punya jawapan lah kan...
Senang cerita... saya serahkan segalanya pada Yang Kuasa
Kerana segala perancangan Illahi pastinya yang
terbaik untuk saya.
Nak kata saya tak pernah ada boyfriends????
Memang sejak dari di Universiti saya sentiasa ada yang mengisi kekosongan hati…
Malahan di antara rakan serumah.. saya di antara
yang suka bergayut sehingga dua jam.
Sehingga ada hati yang menjerut rasa…. Maafkan saya duhai teman..
Tapi… ntah hubungan yang tak pernah bertahan lama.
Berjumpa dengan insan lain semasa di alam
pekerjaan…
Ditinggalkan dek kerana tidak mahu ada hati
yang terluka..
Berjumpa seseorang ketika memulakan langkah semasa
melanjutkan pelajaran..
Masih tak pasti ke mana hubungan itu di bawa
hingga kini.
Dah hampir 11 tahun, hubungan yang on and off bertahan
masih seperti ini juga.
Memang saya sangsi...
macam tak ada penghujungnya.
tapi...
ntah..lah.... malas nak melayan perasaan...
biarlah.. segalanya berjalan seperti kehendakNya.
Kalau ada.. adalah.. kalau tak ada pun... pasti ada hikmahnya.
Semoga Allah mengurniakan yang terbaik untuk
perempuan garang dan cerewet ini...