Mendidik hati bukannya sesuatu yang mudah dilakukan...
Bagaimana ya nak melakukannya...
Seringkali membaca dalam buku-buku agama... betapa
pentingnya kita mendidik hati agar tidak terlalu terdorong
kepada keduniaan.
Didiklah hati menjadi insan yang menerima ketentuan Allah
dengan redha dan pasrah.
Didiklah hati agar menjadi hamba Allah yang sentiasa yakin
bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada rahsia yang tersembunyi.
Didiklah hati agar sentiasa bersedia menerima teguran yang diberi
dala usaha membina jati diri cemerlang
Didiklah hati agar sentiasa yakin pertolongan Allah akan sentiasa ada
Didiklah hati agar sentiasa takut pada azabNya.
Didiklah hati agar sentiasa rindu untuk beribadah kepada Nya.
dan... didiklah hati kita untuk apa jua yang menjadikan kita
hambaNya yang dikasihi.
Andai kita hilang kasih sayang manusia... yakinlah
kasih sayang Allah lebih utama.
Duhai hati... Yakinlah.... bila Allah menutup satu pintu...
pasti ada lagi pintu yang Allah buka luas untukmu.
Jangan menangis duhai hati.... sabarlah... kuatlah...
usah bazirkan airmatamu.
Pasti ada hikmah disebalik semua ini.... Yakinlah...
Dekatlah diri mu pada Allah sentiasa...... Dekatkan lah....
Dalam usaha mendidik hati menjadi orang yang sentiasa menerima ketentuanNya dengan terbuka dan menghadapi kelukaan dengan senyuman.....
No comments:
Post a Comment