Kita nak salah kan siapa...
Bila anak kecil.... baru tingkatan satu
tidak hadir berterusan sehingga
dapat amaran yang kedua
Bila surat dihantar ke rumah..
esok hari nya si anak kecil ini...
datang ke sekolah sendirian
and berjumpa dengan PK HEM..
dengan keadaan yang langsung tak tunjukkan
kesedihan...
But then...
bila kita korek dan gali apa yang terjadi..
berakhir dengan sedu sedan si anak kecil.
Betapa peritnya hidup anak kecil ini...
Menjaga adik yang baru berusia 9 tahun..
Menjaga si bapa yang ditahan d hospital kerana
masalah kencing manis yang serius.
Bila ditanya... makan di rumah macam mana???
Simple aje.. masaklah cikgu..
Dan siap bagitau lagi.. bagaimana nak menggoreng ayam...
Si ibu kemana?????
Si kecil mula diam... kepala mula tunduk ke lantai.
Hanya gelengan kepala yang diberi.
Tiada lagi suara ceria dan pintar
menjawab soalan yang PK Hem kemukakan.
Korek dan korek lagi...
ketika itu merasakan... tak boleh jadi...
kalau diteruskan diri sendiri akan menangis...
Apatah lagi selepas itu.. sedu si kecil ini mula kedengaran...
Sukar diungkapkan di sini cerita sedih si kecil ini...
Yang bermula dengan tawa dan senyum...
tapi berakhir dengan sedu penuh kesian...
Betapa beratnya bebanan di bahu si kecil ini..
Kalaulah kita berada pada tempatnya...
Bagaimana agaknya....?????
Ya Allah.. permudahkanlah si kecil itu dalam menempuh kehidupan
Berikan dia kekuatan dan ketabahan...
Ringankanlah bebanan dia ya Allah...
No comments:
Post a Comment