Wednesday, April 18, 2012

Mengantuk........



Perut dah kenyang...


Mata mula mengantuk....

Ohhh ... ada kes disiplin yang perlu disettlekan

...............


Petua Awet Muda

Petua awet Muda

Yang diambil dari fb wall kawan saya 

Yang menulisnya... ada nama kat bawah..

 Saya tak kenal pun dia... hehehe

Anyway... thanks



-Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

-Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

-Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

-Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

-Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

-Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

-Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

-Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

-Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

-Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

-Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

-Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

-Amalkan solat tahajud.

-Sentiasa tenang dan bersikap positif.

-Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

-Maafkan semua orang sebelum tidur.



Blank.... Wednesday Blues......


Next week akan diberus oleh SJQ...

hahahhahahha... seriuosly memang tak tau apa

yang saya perlu prepare...

Mengadap kerja.... tapi... ntah... 

Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........


Tak tau nak buat apa.. dah.... 

Bukan kerana tak de kerja...


Ada .... banyak... dan berlambak

Tapi tu lah,......


Dah Blank....... Blur....

and suddenly feel really sad with my self...




Monday, April 16, 2012

Kenangan... 2006...


Kenangan Sambutan Hari Guru

Peringkat Negeri Sarawak 2006

di Politeknik Mukah

 Lobby Politeknik Mukah

 Yang ni,... ntah bahagian mana.. saya pun dah tak ingat



Inilah... gambar yang saya temui ketika menggodek mencari gambar2
lama untuk menyelesaikan tugasan yang perlu disediakan
sebelum tiba Mei/...

Walaupun tugasan minggu depan saya 

rasa macam blur aje...

Tak pa.. yang tu .. saya buat ini malam...

Huhuhuhu




Sunday, April 15, 2012

Love........?????





Yeah... who really loves you...??

Bak kata orang sekarang yang really cinta maut 

Sanggup berkorban apa saja...

Tinggal emak tinggal saudara .. (kata orang dahulu kala)

Not believe that love is everything in life...

Many times.. love really make me hurt.. really-really hurts

But.... it's doen't mean that i am not need it...

Everyone need love in life...

But in a different ways..

Am I right????

It's up to ur own opinion..


But.. the most important things is

Our Loves to Allah

Our loves to parent

Siblings...

and all family members.

But don't forget

to love ur friend too...

and how u prove ur loves

to someone, who deserve for it.

I am always loves everyone around me..

It make me live happier

that better right.....

(BERANGAN  SPEAKING LONDON...... HAHAHAHAH)

Sesekali berbicara tentang cinta sebagai pelepas

rasa tatkala...

ada bekas cinta hati  cuba mengetuk kembali pintu hati.....





My weekend


Fuh.... alhamdulillah... dah hari ahad...

Pengisian ahad saya... hanya kerja-kerja and kerja

Semalam  pagi  chair warden meeting.

Petang tidur.. and  then pergi ke Mukah beli barang dapur

Balik dari Mukah.. singgah di tapak kaul Oya..

Jalan2 cari makan.... sebenarnya.. tapi  tak dapat apa pun

cuma burger dgn wedges aje.

Ahad pulak... bangun pagi-pagi...

tunaikan kewajipan.....

tak mandi.. terus mengadap laptop ku yang cantik ini..

menggubal soalan UP... buat skema jawapannya sekali

Printing soalan dan skema

Membuat kotak-kotak untuk Bahan yang perlu ada di Galeri Sejarah

Membuat pengemaskinian untuk buku perancangan sekolah 2012-2015

Membuat rancangan pengajaran harian for next week opss. i mean tomorrow

Membuat cover untuk semua yang aku buat kat atas

Berhenti sekejap untuk mandi...

then sambung balik kerja di atas...

Sedar-sedar jam dah 3.15pm.. and

perut mula memberontak minta diisi....

So.. saya  berhentin seketika... huhuhu...

 now...

Saya rehatkan minda seketika....

Sebelum saya lupa...

saya ingin

mengucapkan takziah kepada my friend Nana and her hubby


di atas pemergian abang iparnya.. (abang sulung kepada hubby dia)


Moga tabah menghadapi dugaan dan didoakan  agar rohnya


akan tergolong dalam golongan yang beriman....

amin...


Saturday, April 14, 2012

Pengajaran untuk kita

Pokcik ceritakan sedikit kisah untuk renungan manusia sebangsa dengan pokcik.

(pakcik mana nak bercerita ni pun saya tak tau.. just share an email from my bff)Kisah 1:
Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari. Apa ada dalam fikiran melayu? Sayang kucing? Kucing makan banyak?

Jawapan cina, "Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan, bagi duit mesti tak nak. Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia."

Kisah 2:
Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk, hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik. Satu hari gadis itu tiada, setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England. Apa ada dalam fikiran melayu? Kedai buruk tapi duit banyak? Bergadai tanah atau meminjam dari orang?

Jawapan cina, "Saya dari keluarga Lim, bila anak saya nak pergi belajar, semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin. Tak perlu bayar balik, bila Lim miskin sudah jadi kaya, Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula."

Kisah 3:
Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid, bajet hanya 20 ribu. Dicari kontraktor melayu. Apa dalam fikiran kontraktor melayu? Sebut harga hanya 20 ribu katanya. Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina. Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu.

Jawapan cina," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang, tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah."

Masyaallah, tak malukan wahai bangsaku?  Kalau ada kawan buka kedai, tak malu meminta diskaun?

Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu, malah dihina jika miskin.

Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih?
Malangnya, kisah diatas adalah kisah benar. Semak diri sendiri


Thanks... friend
 

Menjelajah... di alam maya


Title memang tak ingat dunia....

bukan saya ke angkasa atau ke awan biru...

hehehehhehehe... hanya sekadar surfing and blogging

Di antara  yang menjadi terjahan saya adalah...

Off course Kak Yati  penulis prolifik yang saya ikuti novel2nya sejak dari novel yang pertama.  Boleh dikatakan semua hasil perahan idea beliau ada saya miliki... tetapi offcourse ada yang berjalan sama ada di rumah my sisters or...  masih dalam simpanan my Mr, X. Blog Kak Yati  memang best.. and jangan tak caya... ada juga muka tak lengkap ni ka blog dia..hehehehe.

Then blog  Peej Burhan tak pernah kenal dia.. but suka mendengar cerita.. oppssssss.. membaca  perjalanan hidup yang santai. Dan bagi saya  walaupun agak berbeza way of life... tetapi... saya melihat  dia      dari aspek yang lain. Mungkin orang agak pelik bila saya sentiasa mengikuti...  tapi... banyak yang saya   oleh saya fikir and ambil iktibar dari gaya santai penceritaan dia... Cuma.. satu... saya tak boleh nak bayangkan how.. dia  prepare for her weeding, nampak macam semput aje...

Selain Peej Burhan... saya juga membaca blog Jejariruncing. Saya  mula membaca blog ni sejak berita putus tunang tersebar luas... (kepoh jugak ustazah ni kan... hehehe). Sebab asyik dengar cerita pasal apek aje... so saya menggoogle and terjumpalah  blog ni. Satu perkara yang ingin saya tau sebenarnya adalah.. bagaimana dia bangkit.. sebab saya rasa it's really hurt...  Saya yang ditinggalkan dua bulan before majlis merasai peritnya walau yang mengetahui sekadar kaum keluarga.. Tapi cik jejari runcing.. rasanya bukan sekadar satu Malaysia yang tau.. tetapi menjangkau  negara  jiran2 terdekat juga... And then, saya dapati dia lebih bersemangat dan begitu kuat... menempuh dugaan.. Betul agaknya bila orang katakan.. bila kita melihat sesuatu tragedi itu dari aspek positif... Insya Allah, Allah akan membuka  lebih banyak sinar dan cahaya untuk kita.. cuma kita lambat untuk mengetahuinya...

Blog.. yatieychomeyl  juga saya suka... sebab  kisah perjalanan... about  pendidikan awal kanak2... abaout life.. and tak lupa tazkirah2 dan peringatan juga sering diselitkan . Dalam sibuk mengejar PhD. masih sempat lagi berkongsi pengalaman dan ilmu untuk kita.  Saya mmembayangkan... kalau saya berada di tempat dia.. sure saya tak mampu untuk belajar. Tanpa commitment keluarga ini pun saya rasa semakin berat untuk meneruskan pelajaran saya... hasrat yang sering tertangguh kerana bebanan tugas... menyebabkan semangat yang membara satu ketika dulu... semakin hari semakin malap. Saya harap dengan mengikuti cerita dan pengalaman dia... saya takkan lupa  akan cita2 saya tapi mampu ke?????

Actually banyak lagi blog yang saya lawati termasuklah.. blog2 yang berkaitan dengan cake and masakan
Bukan kerana suka memasak... tetapi suka tengok makanan...,, Hehehehhe. Harap2 tuan punya blog tak tau  saya merapu pasal blog dia orang kat sini.... Just for fun.....

Have to stop now.... exam paper belum diset lagi.....

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...................  Help

Halwa telinga