Pokcik ceritakan sedikit kisah untuk renungan manusia sebangsa dengan pokcik.
(pakcik mana nak bercerita ni pun saya tak tau.. just share an email from my bff)Kisah 1:
Seorang
cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari.
Apa ada dalam fikiran melayu? Sayang kucing? Kucing makan banyak?
Jawapan
cina, "Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan, bagi
duit mesti tak nak. Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia."
Kisah 2:
Seorang
melayu pergi membeli kedai cina yang buruk, hanya untuk melihat anak
tuan kedai cantik. Satu hari gadis itu tiada, setelah ditanya rupanya
sudah pergi sambung pengajian di England. Apa ada dalam fikiran melayu?
Kedai buruk tapi duit banyak? Bergadai tanah atau meminjam dari orang?
Jawapan
cina, "Saya dari keluarga Lim, bila anak saya nak pergi belajar, semua
Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin. Tak perlu bayar balik, bila
Lim miskin sudah jadi kaya, Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin
yang lain pula."
Kisah 3:
Pihak
masjid mahu mengubahsuai masjid, bajet hanya 20 ribu. Dicari kontraktor
melayu. Apa dalam fikiran kontraktor melayu? Sebut harga hanya 20 ribu
katanya. Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina. Terkejut imam
kerana harga hanya 12 ribu.
Jawapan
cina," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang, tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah."
Masyaallah, tak malukan wahai bangsaku? Kalau ada kawan buka kedai, tak malu meminta diskaun?
Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu, malah dihina jika miskin.
Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih?
Malangnya, kisah diatas adalah kisah benar. Semak diri sendiri
Thanks... friend
No comments:
Post a Comment