Di petang ahad nan hening....
Ntah mood langsung tak ada.
Memikirkan masa depan.
Memikir sampai bila saya harus hidup macam ni..
Memikirkan.. sampai bila saya terus berada di tempat sekarang ni..
Banyak lagi yang difikirkan...
Termasuk juga memikirkan dosa-dosa yang bertimbun2
(bila melihat semakin ramai rakan seangkatan yang berangkat
dahulu dan mengucapkan selamat tinggal dunia.. rasa gerun di hati)
Sempat lagi ke nak bertaubat...
sempat lagi ke nak menyediakan bekalan yang mencukupi untuk melepasi
Piawaian Allah...
Terasa sangat..... saya macam tak de bekalan untuk mengadap ALlah
Melihat air yang mengalir lesu
Menambah rasa yang sukar untuk dihuraikan...
Saya duduk termenung sehingga masuk waktu maghrib... di tepi sungai
Tak terasa gigitan manja nyamuk2 di kaki
Yang meninggalkan kesan-kesan luka di kaki...
Biarlah may be rezeki nyamuk di hujung minggu kan..
menghisap darah manis anak dara tua ini...huhuhu
Tapi kan....
Luka yang ada di badan kita boleh dilihat dan boleh sembuh dengan cepatkan
(kecuali kalau ada penyakit kencing manis yang kronik le..kan)
tapi luka di hati
Susahnya nak menyembuhnya...
bertahun-tahun masih juga terasa sakit dan pedihnya
Cuba mengubatinya????
Takkan jumpa penawarnya....
kecuali.... masa yang menyembuhnya....
Berapa lama?????
terpulang kepada diri.
For me.. walau terluka ...
tapi kehidupan mesti diteruskan
Biarlah ia terus berdarah dan terasa teramat pedih...
Yang penting...
Jangan dihancurkan kehidupan kita kerana kekecewaan itu.
Kerana kita mesti menyimpan rasa sayang pada diri juga...
Insya Allah kita akan mampu menghadapi
apa jua kelukaan yang mendatang.
Yang penting...
Allah sentiasa bersama dengan kita.
Saya ambil kata-kata ni di facebook
So.... fikir-fikirlah... jangan kita membiarkan kehidupan kita
binasa... semata-mata kerana terluka
Jangan berdendam dalam kehidupan
kerana pastinya ia akhirnya menyakitkan diri sendiri
Hidup kena senyum selalu...
and.. jangan lupa.....
banyakkan bersabar dan ingat Allah sentiasa...
No comments:
Post a Comment