Alhamdulillah 2
Ramadhan hari ni. Aktiviti hujung minggu diisi dengan jadual yang telah saya
susun dalam minda saya. Semalam telah susun dengan cantik jadual waktu saya.
Dengan diiringi bacaan Al-Quran, saya mengemas bilik saya seawal subuh.. di
saat rumah saya sunyi sepi. Semua orang
masih lagi lena dibuai mimpi selepas bersahur dan solat subuh. Alhamdulillah…
matlamat pertama hari ni selesai.
Petang teringin
nak ke Pasar Ramadhan.. tapi kemalasan menguasai diri… akhirnya, segalanya tinggal
harapan. Tak keluar pun di hari pertama Ramadhan. Kagum sekejap sebab tak
berbelanja pada 1 Ramadhan dengan juadah yang pelbagai.
Hari ni tak pasti
le…. Setelah menyiapkan tugasan utk
latihan anak-anak esok hari and beberapa persiapan sekolah… tergerak hati nak
mengisi ink printer.. Oh. Tidak… dua btl. Ink telah tumpah.
Arghhhhhhhhhhhhhh…….. tension. Tak de kerja cari kerja . Habis semua kotor
tangan, lantai dan kerusi… sampai ke lengan dimusnahkan. Huhuhu…Punah harapan
rasanya tika tu… yalah kan… tgh nak print bahan, ink habis… dalam keadaan malas
nak keluar… and driving… ink pula tak de….. Keadaan yang cukup tidak saya
sukai.
Yang bestnya...
esok hari nya isnin.... baru saya perasan.. tapak kaki habis merah..... so...
saya pergi ke sekolah dengan tapak yang berwarna merah. Macam hiasan pulak
dah... hahhaha
Sebenarnya entry
dah lama saya type ... masa hari ke tiga Ramadhan dah,... tapi saya terlupa
untuk mempublishkan kat sini. Hari ni dah masuk hari ke 18 Ramadhan. Betapa
ketinggalannya peristiwa bersejarah ini untuk dipaparkan. ENtah kenapa mood
untuk menype di sini seolah-olah malap. Sedangkan target masih jauh lagi nak
capai..... hahahahahha... Berangan ada target konon dalam berblog. Tapi blog
sekadar mengisi masa and melepaskan kebosanan dan keboringan di hati.
Heheheheheh
Okey jumpa
lagi.... rajin-rajin nanti saya akan kembali.
No comments:
Post a Comment